Photobucket - Video and Image Hosting

 
     


 

 

 

Wednesday, August 23, 2006
Empat negeri setuju -- Gubal perundangan sekat penyebaran agama lain di kalangan umat Islam

Sumber : Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Empat negeri iaitu Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak bersetuju untuk melaksanakan undang-undang bagi mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama lain di kalangan orang Islam.

Kesemua negeri itu sedang berusaha untuk mempercepatkan pewartaan undang-undang itu. Pulau Pinang akan membentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) November ini, Sarawak pula akan membincangkan mengenai perkara itu di Kabinet negeri secepat mungkin.

Sabah pula akan merujuk kepada Peguam Negeri untuk digubal undang-undang itu. Sementara Wilayah Persekutuan pula, yang merangkumi Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya sedang menggubal draf undang- undang itu.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata, beliau akan merujuk kepada pejabat Peguam Negara bagi menggubal undang-undang tersebut. ‘‘Kita akui di Sabah masih belum wujud undang-undang itu bagaimanapun ia perlu dirujuk kepada Peguam Negara,’’ katanya di Kota Kinabalu hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam yang mengarahkan empat kerajaan negeri mengambil tindakan yang sesuai untuk menggubal undang-undang berkenaan.
Abdullah berkata, empat negeri yang masih belum mempunyai undang-undang seperti di bawah Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan itu ialah Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya), Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Bagi Sarawak, undang-undang tersebut akan dibentangkan ke Kabinet negeri secepat mungkin.
Ketua Menterinya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, setakat ini Sarawak memang tidak mempunyai undang-undang sedemikian kerana tidak banyak kontroversi berkaitan agama berlaku di negeri itu.
“Perkara ini (menggubal undang-undang) akan dibawa ke Kabinet negeri untuk dibincangkan dan akan dilaksanakan secepat mungkin,’’ katanya. Sementara itu, mengulas perkara yang sama, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Sarawak, Datuk Daud Abdul Rahman berkata, penggubalan undang-undang tersebut akan dirujuk terlebih dahulu kepada Peguam Negeri sebelum ia dibentangkan di Kabinet negeri.

‘‘Peguam Negeri akan meneliti prosedur pelaksanaan undang-undang itu yang diamalkan di negeri lain sebagai panduan untuk dipraktikkan di negeri ini,’’ katanya.

Bagaimanapun, tambahnya, arahan Perdana Menteri semalam akan diambil tindakan segera kerana bimbang kemungkinan berlaku pertelingkahan atau kontroversi agama pada masa akan datang.‘‘Sudah sampai masanya undang-undang sedemikian diperlukan sebagai persediaan awal berlaku kontroversi berkaitan agama di negeri ini,’’ katanya. Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Shabudin Yahaya menjelaskan, draf undang-undang itu bagi mengawal atau menyekat pengembangan agama lain di kalangan orang Islam bagi negeri itu sedang dalam proses akhir disiapkan.

Ia dijangka dibentangkan untuk diluluskan pada persidangan DUN, November ini. Katanya, draf itu akan diperakukan dalam mesyuarat MAIPP September ini terlebih dahulu sebelum dibentangkan pada persidangan tersebut. ‘‘Kerajaan negeri sebelum ini telah memberi jaminan bahawa tiada halangan dalam menggubal atau mewujudkan peruntukan itu seperti yang termaktub di bawah Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996,’’ katanya.
Shabudin memberitahu, dalam usaha menyiapkan draf berkenaan, pihaknya akan merujuk kepada undang-undang yang diguna pakai di negeri lain untuk keselarasan.

‘‘Draf ini apabila diluluskan akan menyelaraskan undang-undang Pulau Pinang dengan negeri lain bagi memastikan orang Islam tidak dihasut atau dipengaruhi untuk cenderung kepada agama lain, menjadi pengikut, ahli agama bukan Islam atau meninggalkan dan membelakangkan agama Islam,’’ tegasnya.

Dalam pada itu, Ketua Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon telah mengarahkan Penasihat Undang-Undang Negeri supaya mempercepatkan kajian dan penelitian undang-undang itu sebagaimana yang diarahkan oleh Perdana Menteri semalam.

Katanya, Pulau Pinang akan mengadakan perbincangan dengan keempat-empat negeri terbabit bagi menggubal undang-undang yang sama supaya tidak menimbulkan sebarang keraguan dan masalah pada masa hadapan.

‘‘Perkara tersebut sudah ada dalam Perlembagaan Persekutuan dan ia diberi perlindungan dan perlembagaan mengatasi semua perkara. ‘‘Kerajaan negeri juga akan mengambil inisiatif untuk memberi penjelasan kepada semua penduduk agar ia tidak menimbulkan sebarang keraguan di masa hadapan,’’ katanya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, beliau akan merujuk kepada Peguam Negara esok mengenai kedudukan draf undang-undang itu untuk Wilayah Persekutuan.

Sambil menyokong arahan Perdana Menteri itu, beliau berkata, kerajaan negeri kemungkinan boleh dianggap melanggar undang-undang Malaysia sekiranya tidak mengambil inisiatif untuk berbuat demikian seperti yang diperuntukkan di bawah Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

‘‘Kita perlu ingat di dalam Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa seseorang itu tidak boleh mengembang agama lain di kalangan orang Melayu atau Islam.

‘‘Saya berharap semua kerajaan negeri akan memberi perhatian terhadap perkara ini demi melindungi orang Melayu atau Islam daripada dipengaruhi oleh agama atau kepercayaan lain,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata, perkara itu perlu disegerakan kerana ia melibatkan sensitiviti orang Islam di negara ini.


Posted at 08:48 pm by fareaster

  

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry
 

Web Master

 




fareaster
October 17th
Male
Malaysia


Image hosted by Photobucket.com

   




 
<< August 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31





 

 

 

 

 

  Archive

 

JOm LInk

 

Links Menarik

 

 

 

 

Demi Masaa

 

Kenalan Blog

 

Group

 

 

 

Layarilah

 

Laman Web  Pilihan

 

Inspirasi

INSAN ACUAN QUR'AN

"tak pernah membazirkan masa

matanya kepenatan kerana kuat membaca

suaranya lesu kerana kuat mengaji & berzikir

tidurnya lena dengan cahaya keimanan

bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan

kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

sumbangan dan kewajipan hanya pada agama"

===================

To be able to defeat,
Shaytaan and his deceit,
Ask Allah for help and repeat,
Lailahailallah.

If we want to succeed,
We must purify our greed,
Obey him in every deed,
Lailahailallah.

To become completely freed,
From your envy and your greed,
In your hart plant the seed of,
Lailahailallah.

Every night and every day,
Every night and every day,
Never Forget to say Lailahailallah.
Never Forget to say Lailahailallah.

By : Khurram Malik

===================

 

Firman Allah:Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat:
"Sesungguhnya Aku hendak jadikan seorang khalifah di muka bumi. "
(Al-Baqarah: 30)

Maksudnya: Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya
mereka menyembah-Ku.
(Adz-Dzariat: 5)
Maka tibalah giliran bagi “UMAT ISLAM” melaksanakan tujuan Allah yang
telah melahirkan umat ini ke tengah-tengah masyarakat umat manusia:

Maksudnya: Kamu [umat Islam] adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk
manusia, iaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat
kejahatan dan kamu beriman kepada Allah.
(Aali Imraan: 110)

Dan firman Allah:
Maksudnya: Dan demikianlah kami jadikan kamu [umat Islam] umat yang adil
dan pilihan, agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul
[Muhammad] menjadi saksi atas perbuatan kamu ...
(Al-Baqarah: 143)

Firman Allah:
Maksudnya: “Dan Al-Quran itu telah Kami bahagi-bahagikan dia agar kamu
membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dengan lambat dan tenang dan
Kami menurunkannya dengan beransur-ansur.”
(Al-Isra': 106)

 

Beautified is the life of this world for those who disbelieve and they mock at those who believe. But those who obeys Allah`s orders and keep away from what He has forbidden , will be above them on the Day of Resurrection. And Allah gives (of His Bounty Blessings Favours Honours on the Day of Resurrection) to whom He wills without limit.

 
( Al-Baqarah : 212 )


 
(It will be said):"Seize him and fetter him .Then throw him in a blazing fire. Then fasten him with a chain whereof the length is seventy cubits! Verily he used not to believe in Allah ,the Most Great..

 
( Al-Haqqah : 30-33 )


 
O you who believe! Spend of that with which We have provided for you , before a Day comes when there will be no bargaining ,nor friendship nor intercession.And it is the disbelievers who are Zalimun (wrong doers).

 
( Al-Baqarah : 254 )

 

 

 IKLAN

 

 

 

 

 
 



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed






Blogdrive