Photobucket - Video and Image Hosting

 
     


 

 

 

Monday, August 28, 2006
Henti bincang Artikel 121, Artikel 11 – Abdullah

Henti bincang Artikel 121, Artikel 11 – Abdullah

Go to fullsize image

D
atuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu semua pihak di negara ini menghentikan semua perbincangan berkaitan Artikel 121 dan Artikel 11 dalam Perlembagaan Malaysia.

Menurut Perdana Menteri, sekiranya perkara tersebut terus dibangkitkan, ia akan menimbulkan pelbagai masalah di negara ini dan tidak akan menguntungkan mana-mana pihak.

''Semua pihak perlu mengawal diri mereka daripada terus menimbulkan isu-isu sensitif berkaitan sesuatu kaum dan agama.

''Nasihat saya pada semua pihak, hentikan daripada terus menimbulkan isu- isu sensitif. Jangan mewujudkan keadaan yang akan menyusahkan kita semua. Jika berlaku kesusahan maka semua orang tidak akan senang,'' katanya.

Abdullah yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-53, di sini hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting; Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Chan Kong Choy; bekas Presiden MCA Tun Ling Liong Sik dan pemimpin parti komponen BN yang lain.

Perdana Menteri berkata, setiap peruntukan yang termaktub di bawah Perlembagaan Malaysia adalah hasil daripada rundingan pemimpin-pemimpin terdahulu.

''Jika kita semua mematuhi artikel- artikel yang sedia ada di bawah Perlembagaan Malaysia, saya percaya segala masalah tidak akan timbul di kalangan kita. Jika perkara sensitif terus dibincang atau ditimbulkan, ia akan meributkan keadaan sedia ada jika tidak ditangani segera.

''Tak payahlah lagi Artikel 121 dan Artikel 11 itu dipinda. Ini semua hanya akan menimbulkan masalah antara satu sama lain,'' kata Abdullah.

Abdullah berkata, ada pihak yang bertanya mengapa perkara-perkara itu tidak boleh dibincangkan.

''Agama merupakan satu isu cukup sensitif. Negara maju seperti Amerika Syarikat juga mempunyai isu-isu sensitif berkaitan agama dan kaum. Ini semua akan mengambil masa yang saya sendiri juga tidak tahu,'' ujar beliau.

Dalam ucapannya itu juga, Abdullah berkata, semangat muafakat yang diamalkan oleh parti komponen telah menjadikan BN kekal kuat dan dipercayai rakyat.

Perdana Menteri berkata, muafakat yang tercetus daripada semangat setiakawan itu menjadikan BN berterusan memerintah dan mampu memajukan rakyat negara ini.

''Ini adalah keajaiban pada BN, banyak parti yang menunjuk semangat muafakat pada parti menjadikan BN bertambah kuat,'' katanya.

Abdullah turut teringat detik-detik MCA yang berdiri teguh bersama UMNO ketika UMNO dilanda masalah dan bagaimana ketika MCA dilanda krisis, Allahyarham Tun Ghafar Baba diberi mandat oleh UMNO untuk menolong menyelesaikan krisis itu.

Sumber Dari  http://www.myislamnetwork.net/portal/ 

Posted at 07:20 pm by fareaster

shah
September 14, 2006   01:31 AM PDT
 
yup PM mmg suruh berhenti,tetapi adakah jika diteruskan juga perbincangan mengenai artikel itu melanggar undang2??

golongan IFC ini hanya ingin mmperkasakan lg perlembagaan trsebut-kata gol. ini
  

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry
 

Web Master

 




fareaster
October 17th
Male
Malaysia


Image hosted by Photobucket.com

   




 
<< August 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31





 

 

 

 

 

  Archive

 

JOm LInk

 

Links Menarik

 

 

 

 

Demi Masaa

 

Kenalan Blog

 

Group

 

 

 

Layarilah

 

Laman Web  Pilihan

 

Inspirasi

INSAN ACUAN QUR'AN

"tak pernah membazirkan masa

matanya kepenatan kerana kuat membaca

suaranya lesu kerana kuat mengaji & berzikir

tidurnya lena dengan cahaya keimanan

bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan

kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

sumbangan dan kewajipan hanya pada agama"

===================

To be able to defeat,
Shaytaan and his deceit,
Ask Allah for help and repeat,
Lailahailallah.

If we want to succeed,
We must purify our greed,
Obey him in every deed,
Lailahailallah.

To become completely freed,
From your envy and your greed,
In your hart plant the seed of,
Lailahailallah.

Every night and every day,
Every night and every day,
Never Forget to say Lailahailallah.
Never Forget to say Lailahailallah.

By : Khurram Malik

===================

 

Firman Allah:Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat:
"Sesungguhnya Aku hendak jadikan seorang khalifah di muka bumi. "
(Al-Baqarah: 30)

Maksudnya: Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya
mereka menyembah-Ku.
(Adz-Dzariat: 5)
Maka tibalah giliran bagi “UMAT ISLAM” melaksanakan tujuan Allah yang
telah melahirkan umat ini ke tengah-tengah masyarakat umat manusia:

Maksudnya: Kamu [umat Islam] adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk
manusia, iaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat
kejahatan dan kamu beriman kepada Allah.
(Aali Imraan: 110)

Dan firman Allah:
Maksudnya: Dan demikianlah kami jadikan kamu [umat Islam] umat yang adil
dan pilihan, agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul
[Muhammad] menjadi saksi atas perbuatan kamu ...
(Al-Baqarah: 143)

Firman Allah:
Maksudnya: “Dan Al-Quran itu telah Kami bahagi-bahagikan dia agar kamu
membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dengan lambat dan tenang dan
Kami menurunkannya dengan beransur-ansur.”
(Al-Isra': 106)

 

Beautified is the life of this world for those who disbelieve and they mock at those who believe. But those who obeys Allah`s orders and keep away from what He has forbidden , will be above them on the Day of Resurrection. And Allah gives (of His Bounty Blessings Favours Honours on the Day of Resurrection) to whom He wills without limit.

 
( Al-Baqarah : 212 )


 
(It will be said):"Seize him and fetter him .Then throw him in a blazing fire. Then fasten him with a chain whereof the length is seventy cubits! Verily he used not to believe in Allah ,the Most Great..

 
( Al-Haqqah : 30-33 )


 
O you who believe! Spend of that with which We have provided for you , before a Day comes when there will be no bargaining ,nor friendship nor intercession.And it is the disbelievers who are Zalimun (wrong doers).

 
( Al-Baqarah : 254 )

 

 

 IKLAN

 

 

 

 

 
 



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed






Blogdrive