Photobucket - Video and Image Hosting

 
     


 

 

 

Wednesday, February 28, 2007
TEKNIK SUPAYA NAMPAK SIBUK DAN EFEKTIF

Teknik Supaya Nampak Sibuk dan Efektif

Sebagai orang bawahan, terdapat beberapa teknik menunjukkan kita sibuk dan efektif. Kita perlu menerima hakikat tidak semua kerja memerlukan kita 'bersembunyi' melakukannya.  

Apatah lagi dengan kehendak dunia sekarang ini, iaitu semuanya mahukan kerja mereka dipromosikan bagi makluman semua orang. Tidak ada lagi istilah kerja ikhlas, tanpa balasan ataupun menyembunyikan hasil kerja masing-masing. Jika difikirkan, bagaimana pekerja dapat dinilai pencapaiannya jika semua kerja yang dilakukannya dalam keadaan senyap-senyap atau di sebalik tabir sahaja sedangkan ganjaran diberikan berdasarkan apa yang dilihat, dirasa, didengar dan dikecapi.

Kepada pekerja bawahan yang mahukan kejayaan datang kepada mereka, bukannya berpenat lelah untuk orang lain mendapat habuannya, maka diberikan beberapa panduan berikut:

1. Lewat meninggalkan pejabat

Dengan melakukan demikian, lazimnya orang lain menganggap kita sebagai pekerja yang sibuk, banyak kerja dan berat tanggungjawab serta mempunyai senarai kerja yang perlu disegerakan. Lewat meninggalkan pejabat adalah yang nyata dan mudah dilihat oleh orang lain. Lewat di sini bukan bermaksud sengaja melakukannya kerana ia boleh membawa kesan negatif jika dilakukan dengan cara yang tidak betul ataupun munasabah. Ini kerana ada pandangan sesetengah pihak, pekerja sebegini sebenarnya tidak efektif. Mereka sepatutnya mampu bekerja mengikut masa yang ditetapkan. Jika mereka melangkaui masa yang ditetapkan, bermakna mereka tidak melakukan kerja secara terbaik dalam masa yang ditetapkan.

Biarpun demikian, anggapan majoriti ahli organisasi terutamanya pihak atasan adalah pekerja yang cemerlang adalah seorang yang masuk bertugas awal dan kembali ke rumah paling lewat. Biarpun tidak banyak kerja yang dilakukan, persepsi begini sering menentukan nasib pekerja iaitu kesanggupan melakukan kerja lebih masa, tanpa mengira waktu. Jika inilah persepsi dan pandangan mereka yang memimpin organisasi, maka itulah yang sewajarnya menjadi pilihan orang bawahan bagi dilakukan demi memastikan kerjayanya cerah pada masa hadapan.

Namun demikian, janganlah berlebih-lebihan dalam melakukan kaedah ini. Keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan sosial dengan keluarga dan masyarakat juga penting dalam melahirkan pekerja yang berkualiti. Biar betapa sibuknya seseorang itu sehingga menjadi seorang yang workaholic, peranan mereka selaku ketua keluarga dan ahli masyarakat tidak boleh diabaikan sama sekali.

Biasanya organisasi turut menilai peranan pekerja dalam membangunkan masyarakat di sekeliling mereka. Oleh itu, libatkan diri anda dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan sosial. Ini akan menambahkan lagi 'bisa' diri anda. Jika anda turut dikenali oleh masyarakat sekeliling, anda mungkin diberi kepercayaan memimpin persatuan, kelab dan kumpulan sosial oleh masyarakat. Dengan kejayaan ini mungkin bos anda juga tidak mampu menandinginya dan rasa 'segan' dengan anda.

2. Selalu banyak kerja

Kaedah ini seperti memasarkan diri kepada orang lain. Semakin lama kita bercakap dengan orang lain berkenaan kesibukan kita, semakin percayalah orang kepada kita. Walaupun demikian, janganlah kita melakukannya sehingga sampai ke tahap yang memualkan orang lain seolah-olah orang lain tidak sibuk ataupun tidak penting dalam organisasi. Yang terbaik adalah kesederhanaan. Biar orang lain merasakan apa yang sedang kita lakukan pada masa itu adalah atas pengorbanan kita bagi aktiviti lain yang menurut ilmu ekonomi ada kos lepasnya.

Jika kita berada di suatu tempat, kita sebenarnya sudah mengorbankan peluang kita berada di suatu tempat lain. Ini berlaku kerana manusia normal tidak mampu berada di dua tempat dalam satu masa. Dengan menyatakan sedemikian boleh menyebabkan orang lain faham kita berada di tempat itu ataupun melakukan aktiviti tertentu, kita sebenarnya sanggup mengorbankan aktiviti lain. Mungkin perkara itu tidak kurang ataupun lebih nilainya berbanding aktiviti yang sedang kita lakukan.

Sekiranya kita berjaya menyampaikan mesej ini, maka kita akan menyebabkan orang lain menghargai kehadiran kita dan berusaha memanfaatkannya secara optimum. Lihat dalam kehidupan ini, mereka yang bergelar pemimpin sama ada dalam pertubuhan politik mahupun organisasi perniagaan biasa melakukan perkara ini. Apabila mereka dijemput menyampaikan ucapan dalam satu majlis, mereka selalu berkata mereka sebenarnya ada temu janji di tempat lain yang terpaksa dikorbankan supaya dapat hadir ke majlis itu. Orang yang mendengarnya terus menganggap beliau sangat sibuk dan menghargai kehadirannya. Mereka begitu berbesar hati dengan kehadirannya dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pemimpin itu biarpun kebenaran dakwaannya belum lagi dibuktikan.

Ada juga orang yang menyarankan supaya kita berjalan dengan pantas bagi ke sana ke mari ataupun melakukan sesuatu dengan cepat sebagai tanda masa itu penting dan kita tidak bersedia membuangnya begitu sahaja.

3. Melakukan kerja secara besar-besaran

Apabila kita melakukan sesuatu kerja dengan betul, kita perlu melakukannya dengan sebaik-baiknya. Tunjukkan kepada semua ahli organisasi yang kita sedang melakukan sesuatu. Mempromosikan kerja kepada orang lain adalah antara syarat kejayaan dalam kerjaya. Anda boleh melakukannya dengan mengatur beberapa siri mesyuarat yang tidak berkesudahan, mengeluarkan laporan kemajuan kepada pihak atasan serta berjalan mundar-mandir dengan mengelek fail ke mana sahaja kita pergi.
Ada baiknya jika apa yang anda lakukan itu, dibuat pelancaran secara rasmi yang melibatkan bos anda ataupun VIP yang lain. Ini tentu membanggakan anda, organisasi dan bos anda sendiri. Bukan sahaja bos menjadi saksi kepada kejayaan anda, tetapi semua orang yang hadir di majlis itu turut melihat kejayaan anda melakukan kerja yang diamanahkan. Bukankah itu bonus kepada kerjaya anda?

Satu panduan berguna bagi sentiasa diingati oleh orang lain terutamanya pemimpin di peringkat per-tengahan adalah, jangan sekali-kali
cuba mengatasi bos sendiri dalam apa jua aspek, terutamanya pada masa berada di hadapan orang lain. Pesanan ini sudah menjadi semacam pantang larang yang perlu diawasi oleh pekerja bawahan. Jika panduan atau pantang larang ini dilanggar, kerjaya seseorang itu tidak akan bertahan lama.

Pada peringkat awal seseorang itu memulakan kerjaya, kejayaannya banyak bergantung pada ihsan, bimbingan dan kepercayaan pihak atasannya. Jika beliau menjadi 'ayam tambatan' bos dan organisasinya, beliau akan melangkah ke hadapan dengan mudah dan cepat. Segala kesusahan yang orang lain lalui mungkin tidak dilalui olehnya kerana mereka adalah golongan terpilih yang diasuh bagi mengambil alih kepimpinan organisasi pada masa hadapan.

Semasa persaingan bagi mendapatkan pekerja bawahan yang terbaik, organisasi selalunya menggunakan pelbagai tawaran ke arah itu. Sementara itu, pekerja yang sedia ada sedikit sebanyak rasa tergugat, terutamanya dalam keadaan peluang pekerjaan yang terhad. Terdapat beberapa langkah yang dicadangkan oleh beberapa pakar pengurusan bagi memastikan kita kekal dalam organisasi dan kewujudan kita masih dianggap relevan.

Dipetik daripada: Dapatkan teknik-teknik dan panduan-panduan selanjutnya daripada Aku Mahu Naik Pangkat oleh Khairur Rizal Ramli

Sumber dari web http://www.pts.com.my

Posted at 01:31 am by fareaster

  

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry
 

Web Master

 




fareaster
October 17th
Male
Malaysia


Image hosted by Photobucket.com

   




 
<< February 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28





 

 

 

 

 

  Archive

 

JOm LInk

 

Links Menarik

 

 

 

 

Demi Masaa

 

Kenalan Blog

 

Group

 

 

 

Layarilah

 

Laman Web  Pilihan

 

Inspirasi

INSAN ACUAN QUR'AN

"tak pernah membazirkan masa

matanya kepenatan kerana kuat membaca

suaranya lesu kerana kuat mengaji & berzikir

tidurnya lena dengan cahaya keimanan

bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan

kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

sumbangan dan kewajipan hanya pada agama"

===================

To be able to defeat,
Shaytaan and his deceit,
Ask Allah for help and repeat,
Lailahailallah.

If we want to succeed,
We must purify our greed,
Obey him in every deed,
Lailahailallah.

To become completely freed,
From your envy and your greed,
In your hart plant the seed of,
Lailahailallah.

Every night and every day,
Every night and every day,
Never Forget to say Lailahailallah.
Never Forget to say Lailahailallah.

By : Khurram Malik

===================

 

Firman Allah:Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat:
"Sesungguhnya Aku hendak jadikan seorang khalifah di muka bumi. "
(Al-Baqarah: 30)

Maksudnya: Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya
mereka menyembah-Ku.
(Adz-Dzariat: 5)
Maka tibalah giliran bagi “UMAT ISLAM” melaksanakan tujuan Allah yang
telah melahirkan umat ini ke tengah-tengah masyarakat umat manusia:

Maksudnya: Kamu [umat Islam] adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk
manusia, iaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat
kejahatan dan kamu beriman kepada Allah.
(Aali Imraan: 110)

Dan firman Allah:
Maksudnya: Dan demikianlah kami jadikan kamu [umat Islam] umat yang adil
dan pilihan, agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul
[Muhammad] menjadi saksi atas perbuatan kamu ...
(Al-Baqarah: 143)

Firman Allah:
Maksudnya: “Dan Al-Quran itu telah Kami bahagi-bahagikan dia agar kamu
membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dengan lambat dan tenang dan
Kami menurunkannya dengan beransur-ansur.”
(Al-Isra': 106)

 

Beautified is the life of this world for those who disbelieve and they mock at those who believe. But those who obeys Allah`s orders and keep away from what He has forbidden , will be above them on the Day of Resurrection. And Allah gives (of His Bounty Blessings Favours Honours on the Day of Resurrection) to whom He wills without limit.

 
( Al-Baqarah : 212 )


 
(It will be said):"Seize him and fetter him .Then throw him in a blazing fire. Then fasten him with a chain whereof the length is seventy cubits! Verily he used not to believe in Allah ,the Most Great..

 
( Al-Haqqah : 30-33 )


 
O you who believe! Spend of that with which We have provided for you , before a Day comes when there will be no bargaining ,nor friendship nor intercession.And it is the disbelievers who are Zalimun (wrong doers).

 
( Al-Baqarah : 254 )

 

 

 IKLAN

 

 

 

 

 
 



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed






Blogdrive