Photobucket - Video and Image Hosting

 
     


 

 

 

Tuesday, August 01, 2006
WAKTU YG DIHARAMKAN BERSOLAT

WAKTU YG DIHARAMKAN BERSOLAT

Waktu diharamkan sembahyang ialah:

1. Waktu syuruk iaitu 28mins selepas subuh ketika matahari baru naik ke langit. ie subuh from 5.35am to 7.05am. 7.05am + 28mins = 7.33am. Therefore from 7.05am to 7.33am ialah waktu syuruk. Waktu ini adalah haram utk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.


Rasulullah mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia men yamai org yang menyembah matahari. Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7am dan ingin mengqadakan sembahyang subuh, kita harus melepasi waktu syuruk itu.

2. Waktu zawal/Istiwa/rembah iaitu matahari berada tegak diatas kepala iaitu apabila kita berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali dibawah kaki kita. Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan syaitan berkeliaran. Waktu ini panjangnya dalam 5-10mins sebelum waktu zohor.

Waktu fadilat/afdal untuk solat ialah sepertiga waktu selepas azan ie 20 mins selepas azan. Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat. Kecuali Isyak, afdalnya ialah sepertiga malam ie sesudah azan hingga 10.30mlm.

Wallahualam. Sudahkah anda menunaikan SOLAT? Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Posted at 02:18 pm by fareaster
Bagi Comment  




Monday, July 31, 2006
PERSIMPANGAN HIDUP

 PERSIMPANGAN HIDUP


Bagi mukmin sejati, ujian bukanlah momok yang menakutkan. Sebab, ia

telah memiliki kelengkapan menghadapinya. (Iaitu) kemampuan bersabar dan bersyukur

sebagai buah dari keberhasilannya melalui ujian-ujian sebelumnya. Ya, bersabar

dan bersyukur adalah peringkat penting dalam menghadapi ujian dengan beragam bentuknya.

Jika ujian itu berwujud sesuatu yang merujuk pada erti kesusahan, penderitaan,

kesedihan, ketakutan dan sebagainya maka kunci sabar menjadi Pelindung. Jika kunci ini

dipakai saat menghadapi anak keras kepala, mithalnya, kita akan memilih jalan

tinggi. Dan jika ujian itu berwujud sesuatu yang berupa kesenangan, kepuasan, kenyamanan dan sebagainya, maka kunci syukur yang harus dipakai. Jika kunci ini dipakai saat menghadapi money politic, mithalnya, maka kita pun akan memilih jalan tinggi.

 

Sabar dan syukur memang amat diperlukan. Namun sayangnya, keduanya

bukanlah anugerah yang datang begitu sahaja dari arsy Allah SWT ke dalam dada

kita. Kita perlu menatanya, sebata demi sebata, sampai ia tegak berdiri sebagai

benteng yang kukuh. Kita perlu mengejanya, sekata demi sekata hingga ia terrangkai menjadi prosa nan indah.

 

Ketahuilah, bata dan kata itu kita ambil dari ujian kecil demi ujian

kecil yang kita temui dalam beragam persimpangan kecil hidup kita. Jika kita tidak pernah

berhasil menyimpan satu batu bata, jangan pernah berharap mampu membangun benteng nan kukuh; jika kita tidak pernah memungut kata demi kata, jangan bermimpi mampu

merangkai prosa nan indah.

 

Itulah benteng atau prosa tentang kesabaran dan kesyukuran.

 

Sujud aku di kakiMu

Bersimpuh dalam lautan doa

Laa ilaaha illallaah

Memuja namaMu

Pada zikir-zikir tanpa batas


Posted at 08:01 pm by fareaster
Bagi Comment  




Sunday, July 30, 2006
STATUS ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

STATUS ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN –

MEMPERKASA UMAT  MENGHADAPI ANCAMAN MURTAD

Oleh : Dato’ Syeikh Azmi Bin Haji Ahmad

(Mantan Timbalan Khadi Besar Kedah Darulaman)

 

 

“Dan sesiapa yang murtad di kalangan kamu daripada agamanya, lalu ia mati dalam kekufuran itu, maka terhapuslah segala pahala amalan mereka itu di dunia dan akhirat, dan mereka itu adalah para penghuni neraka secara kekal di dalamnya” – Surah al-Baqarah ayat 217

 

 

1.0        MUQADDIMAH

 

Sejarah telah mencatatkan bahawa kemegahan dan keagungan Islam bermula dicarikkan sedikit demi sedikit bersama runtuhnya Daulah Islamiah Othamaniah pada tahun 1924. Daulah yang diamanahkan untuk menjaga hak asasi manusia telah hancur lebur. Malah hari ini kita menyaksikan akidah yang menjadi benteng kekuatan umat Islam juga mula diruntuhkan setelah 82 tahun runtuhnya ad-Daulah al-Islamiah.

 

Mutakhir ini gejala murtad mula ‘menyerang’ orang-orang Islam di Malaysia. Apa yang menyedihkan kebanyakan yang terlibat ialah anak-anak Melayu yang kurang berpendidikan agama, walaupun tidak dinafikan  sebahagian dari mereka telah ‘dibekalkan’ dengan ilmu agama sejak kecil tetapi ‘terlalu nipis’ untuk menjadi benteng serangan murtad.

 

Di dalam perlembagaan Malaysia, “Melayu”, secara definasi, mesti beragama Islam, oleh itu mana-mana orang Melayu yang meninggalkan kepercayaan Islamnya akan kehilangan  statusnya sebagai seorang Melayu dan juga hak-hak dan keistimewaan yang dinikmatinya.

 

2.0        MURTAD DALAM HUKUM SYARAK

 

Murtad bermaksud keluar daripada Agama Islam dan terkeluarnya seseorang daripada Agama Islam disebabkan oleh salah satu daripada tiga perkara sama ada disebabkan oleh iktiqad, perkataan ataupun perbuatan. Iman seseorang itu juga boleh terbatal dengan pelbagai cara sama ada meragui sesuatu yang diturunkan oleh Allah s.w.t. ataupun mempersenda-sendakan hukum-hukum Allah s.w.t.

 

Isu berkenaan hukuman ke atas orang murtad adalah antara isu-isu yang dipolemikkan tanpa kesudahan sejak era moden dan pasca-modenisme dalam dunia umat Islam kini. Serangan pemikiran oleh orientalis untuk menghilangkan keyakinan umat Islam terhadap hukum-hakam agamanya sendiri nampaknya membuahkan hasil apabila kembalinya ahli-ahli akademik, penulis, pemikir dan pemimpin negara umat Islam yang menuntut di madrasah orientalisme sama ada di Barat ataupun di negara mereka sendiri melalui bahan-bahan pembacaan yang berunsur pemikiran Barat. Sebelum era tersebut, hukuman murtad tidak pernah dipolemikkan dari aspek ke’sah’annya sebagai salah satu hukum Islam untuk membendung jenayah ke atas agama. Namun pada hari itu, telah muncul anak-anak umat Islam sendiri yang telah berani mengatakan hukum murtad tiada dalam al-Quran, maka ia bukanlah hukum Islam yang sebenarnya, seterusnya menuduh dan memfitnah para ulama’ besar Islam sebagai merekacipta hadis-hadis berkenaan hukum murtad demi kepentingan peribadi.

 

Tidak dapat dinafikan bahawa hukuman bunuh ke atas si murtad tidak disebut secara jelas dalam al-Qur’an, tetapi jangan lupa bahawa larangan membunuh si murtad juga tidak disebut secara langsung di dalam kitab Allah itu. Kesedaran terhadap hal ini amat perlu supaya kita tidak mudah membuat keputusan mengatakan hadis-hadis murtad itu bercanggah dengan ajaran al-Quran. Di manakah percanggahannya jika hadis hanya menyebutkan sesuatu hukum yang tidak disebutkan dan ianya tidak pula dilarang oleh al-Quran. Bukankah peranan hadis itu sebagai penafsir serta penghurai kepada al-Quran? Dan jangan tidak tahu atau jahil bahawa hadis sahih itu kadang-kadang berdiri sendiri sebagai sumber hukum Islam yang tidak pernah disebutkan dalam al-Quran. Di dalam beberapa ayat al-Quran Allah s.w.t mengecam sekeras-kerasnya orang yang murtad. Antaranya :-

 

·        Ayat 137 Surah an-Nisa’ bermaksud :

 

Sesungguhnya orang-orang yang beriman kemudian kafir, kemudian beriman semula, kemudian kafir lagi, serta bertambah-tambah lagi kekufuran mereka selepas itu, Allah tidak akan mengampunkan mereka dan tidak akan menunjukkan jalan yang benar.”

 

·        Ayat 21 Surah al-Maidah yang bermaksud :

 

“Dan janganlah kamu berpaling tadah (murtad) ke belakang maka kamu akan rugi serugi-ruginya.”

 

·        Ayat 54 Surah al-Maidah yang bermaksud :

 

“Sesiapa yang murtad di kalangan kamu daripada agamanya maka sesungguhnya Alllah akan gantikan mereka itu dengan satu kaum yang benar-benar dikasihi Allah dan mereka juga mengasihi-Nya....”

 

·        Ayat 25 Surah Muhammad bermaksud :

 

“Sesungguhnya orang-orang yang murtad (berpaling tadah) ke belakang selepas ternyata hidayat kepada mereka, sebenarnya syaitanlah yang telah menipu mereka...”

 

Ayat-ayat di atas memang tidak menyebutkan sebarang hukuman dunia ke atas orang murtad melainkan ancaman untuk ditukarkan dengan  kaum yang lain seperti di dalam surah al-Maidah : ayat 54 dan tidak akan menunjukkan jalan yang benar seperti dalam surah an-Nisa’: ayat 137 itu. Namun hukuman akhirat yang disebutkan amatlah keras dan dasyat sekali sehingga terhapus segala amalan kebaikan yang pernah dilakukan sebelum murtad dan akan kekal di dalam neraka.

 

Manakala hadis-hadis berkenaan hukum murtad adalah sahih pada darjatnya yang tertinggi (riwayat al-Bukhari dan Muslim dll). Antaranya:

 

“Daripada ‘Ikrimah bahawa orang-orang zindiq di bawa kepada Ali bin Abi Talib lalu beliau hendak membakar zindiq itu, tetapi Ibn ‘Abbas melarangnya kerana mendengar Nabi s.a.w. pernah melarang menyiksa dengan api, lalu Ibn ‘Abbas menasihatinya supaya beramal dengan sabda Nabi s.a.w. : Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia.”

(Riwayat al-Bukhari)

 

Hadis ini juga berasal dari Bahz bin Hakim dan ‘Aisyah mengikut riwayat al-Tabrani.

 

“Daripada Ibn Mas’ud dan ‘Aisyah, Nabi s.a.w. bersabda : Tidak halal darah seseorang muslim selain daripada tiga sebab: berzina selepas menjadi muhsan, membunuh orang lain tanpa hak dan mengasingkan diri dari jemaah serta meninggalkan agama (murtad).”

 

(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dll)

 

Hadis ini juga berasal daripada ‘Uthman bin Affan dalam riwayat Imam al-Shafie, Ahmad, al – Tarmizi, Ibn Majah dan al-Hakim melalui Abu Umamah bin Sahl.

 

3.0        ISLAM DALAM PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

 

Terdapat hanya beberapa peruntukan yang membicarakan mengenai Islam dalam Perlembagaan Malaysia, di antaranya ialah :-

 

Perkara 3(1)

Agama Islam ialah Agama bagi persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan.

 

Perkara 3(2)

... Kedudukan Raja sebagai Ketua Agama Islam dalam negerinya secara setakat mana yang diakui dan di isytiharkan oleh Perlembagaan negeri itu....

 

Perkara 11(4)

Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganut agama Islam.

 

Perkara 76 (2)

Tiada sesuatu undang-undang boleh dibuat menurut perenggan (a) fasal (1) mengenai apa-apa perkara berhubung dengan Hukum Syarak atau Adat Istiadat orang Melayu atau mengenai apa-apa perkara berhubung dengan undang-undang atau adat istiadat bumiputera di Negeri-negeri Borneo dan tiada sesuatu Rang Undang-undang bagi maksud dijadikan suatu undang-undang perenggan itu boleh dikemukakan dalam mana-mana Majlis Parlimen sehingga Kerajaan Negeri yang berkenaan itu telah diminta fikirannya.

 

Perkara 121 (1A)

Mahkamah yang disebutkan dalam Fasal (1) – iaitu Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak – tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.

 

Perkara 160 (2)

“Melayu” ertinya seseorang yang menganut Agama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan...

 

a)       lahir, sebelum hari merdeka, di Persekutuan atau di Singapura, atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Simgapura atau pada hari Merdeka itu, ia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau

 

b)       ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.

 

4.0        BEBERAPA KES RUJUKAN DI MALAYSIA

 

4.1         Kes Nur Aishah Bukhary menggunakan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan

 

...Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam cina kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 Kanun Acara Jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa di dakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bak 36 atas alasan Perkara 11 perlembagaan persekutuan iaitu hak kebebasan beragama. Permohonan tu menyatakan perenggan 6, bertarikh 28 november 1997 di Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah. Sebab yang dia beri, “Saya Lenneth Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nuraishah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nuraishah menolak dan meninggalkan agama Islam” : perenggan 6 dan Perenggan 23: “Saya Lenneth Teoh percaya bahawa Nur Aishah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibu bapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nuraishah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik”.

 

4.2         Kes Suzie Teoh memeluk Islam pada umur 16 tahun

 

Dalam kes ini, seorang budak perempuan dari kelantan umur 16 tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada mahkamah agar anak dia masuk Islam tak sah. “Dibawah perlembagaan persekutuan hak seorang anak tertakluk bawah jagaan ibu-bapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam berumur 16 tahun dia tak sah peluk Islam.” Tun Salleh Abas menyimpan kes ini selama 2 tahun, barulah dibicarakan setelah budak ini berumur 18 tahun. Akhirnya aqidah Suzie Teoh dapat diselamatkan.

 

5.0        PENUBUHAN IFC (InterFaith Commission)

 

Cadangan penubuhan Majlis Agama atau Kepercayaan (IRC –Inter Religiuos Council) kemudian berubah pada IFC ( Interfaith Commission of Malaysia) atau Suruhanjaya Antara Kepercayaan yang telah diusahakan oleh pelbagai kumpulan seperti Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Silk (MCCBCHS) melalui memorandum pada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001.

 

Draf yang dikemukan melalui satu resolusi seminar juga jelas mempunyai tanggapan negatif terhadap Islam seolah-olah majlis ini nanti mempunyai kuasa yang lebih besar dari badan yang berotoriti dalam pelaksanaan Islam khasnya institusi mufti dan mahkamah syariah. Kenapa kita mesti bantah IFC;-

 

5.1        Sikap Anti-Islam Pihak Penaja

 

Pihak Penaja jelas menunjukkan sikap yang anti-Islam. Ini adalah kerana beberapa memorandum yang dikeluarkan oleh mereka sebelum ini seperti agama tetapi adalah bersabit dengan ajaran Islam yang tidak boleh dipertikaikan oleh penganut-penganutnya sendiri apatah lagi oleh orang-orang bukan Islam. Sikap dan perasaan benci yang amat mendalam terhadap Islam di kalangan ahli-ahli pihak penaja yang bukan Muslim amat jelas kerana tidak mengendahkan bantahan seluruh umat Islam dan badan-badan yang SAH mewakili Islam.

 

5.2        Isu-isu yang dibangkitkan Tidak ada Kena Mengena Dengan Hubungan Antara Agama

 

Tidak satupun perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat-mesyuarat mereka ada berhubung dengan isu-isu orang-orang bukan Muslim. Malah isu-isu yang antaranya disebut di atas adalah kesemuanya berhubung kait dengan ajaran dan hak-hak orang Islam.

 

5.3        IFC/IRC Mencabar Perlembagaan Islam Sebagai Agama Rasmi Malaysia

 

Sebagai suatu strategi bagi menentukan penubuhan IRC, hanya bentuk kasar pertubuhan ini sahaja diperkenalkan buat masa ini. Isu-isu yang dibangkitkan itu, sekiranya tidak diambil kira implikasinya, kelihatan seperti munasabah: contohnya, mualaf yang ingin kembali kepada agama asal mereka apabila perkahwinan mereka dengan orang Islam gagal.

 

5.4        IFC akan Menjadi Badan Yang Boleh Mempersoalkan Hukum-Hakam Islam

 

Berdasarkan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Penubuhan IRC badan ini akan diwakili oleh individu Islam dan yang bukan Islam dengan kuasa untuk menerima aduan daripada penganut mana-mana agama terhadap agama Islam dan akan membuat keputusan menyoal dan menuntut supaya di ubah beberapa ajaran Islam yang fundamental, yang telah sekian lama termaktub dalam sistem perundangan Malaysia.

 

5.5        IFC Bakal Campur Tangan Dalam Pentadbiran Hal Ehwal Islam

 

IFC semestinya akan campur tangan dalam susunan perlembagaan sedia ada yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal agama Islam yang mana kuasa diberi kepada Raja-raja, Majlis Agama Islam Negeri dan Badan-badan lain serta pegawai-pegawainya. IFC akan mendapat tentangan hebat daripada pihak-pihak tersebut. Implikasi bagi perpaduan ummah, hubungan di peringkat Persekutuan dengan Negeri dan cabaran kepada pentadbiran Islam yang sedang menghadapi pelbagai masalah, adalah serius.      

 

6.0        PENUTUP

 

Bila berlaku pertembungan antara hukum syarak’ dengan undang-undang sivil, kebiasaannya undang-undang syarak akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya pelantikan sultan, bacaan doa dalam majlis rasmi, perasmian Perlimen dan lain-lain. Tidak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi...semua tidak termasuk. Perkara 4 pula menyatakan: “mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syarak.”

 

Umat Islam mesti bangun mempertahankan agamanya daripada segala unsur melalui pelbagai saluran termasuk politik dan perundangan, atau mengadu kepada malis Raja-raja Melayu yang mempunyai kuasa untuk mempertahankan agama Islam daripada di goyah oleh orang-orang bukan Islam. Itu sahaja yang masih tinggal kepada kita kini. Sekiranya perkara inipun gagal kita pertahankan, maka kita termasuk dari golongan orang-orang yang dayus. Para sahabat telah berusaha untuk mempertahankan Islam dengan darah, harta benda dan nyawa mereka. Apa yang boleh kita sumbangkan untuk mempertahankan Islam yang kita cintai ini?

 

Diceritakan kisah Abu Nuas yang diperintahkan bersama rakannya untuk terjun dalam kolam mencari telur ayam, sekiranya tidak dapat maka dia akan dipancung oleh baginda Sultan. Sedangkan hanya sebiji telur ayam sahaja yang diletakkan dalam kolam tersebut. Rakannya memperolehi telur tersebut. Apabila Abu Nuas gagal mendapatkan telur tersebut maka, dia timbul di permukaan kolam dengan berkokok seperti ayam jantan. Apabila ditanya oleh Sultan mengapa dia berkokok, maka dia menjawab “Ayam jantan tak ada telur, Tuanku”. Apakah kita akan menjadi hanya seperti ayam jantan yang tidak ada telur yang hanya tahu berkokok sahaja tanpa mampu berbuat sesuatu.

 

Sekian, wassalam...


Posted at 06:34 pm by fareaster
Bagi Comment  




Saturday, July 29, 2006
Bicara tetang hati

bicara tentang hati

S Abu Yazid al Busthami mengatakan:

Aku mengubati dan memperbaiki hati selama sepuluh tahun,
Demikian juga lisan dan nafsuku, sepuluh tahun juga aku
memperbaikinya. Di antara ketiga-tiganya, hatilah yang paling
sukar untuk dibaiki. Oleh kerana itu, ambil dan amalkanlah ilmu
ini.


Sedikit huraian;

Ilmu tasauf adalah ilmu memperbaiki hati. Hati itu adalah
umpama raja yang mana sekalian tubuh adalah rakyatnya.
Segala-galanya sama ada baik atau buruk berpunca dari
seketul darah ini.

Di dalam tubuh anak adam itu ada seketul daging, baik ia maka
baiklah seluruh anggota anak adam, buruk ia maka buruk
pulalah seluruh anggotanya, ketahuilah bahawasanya ia itu
adalah hati – maksud hadith.

Di dalam Al Quran juga ada menyebut, maksudnya - Allah
memandang pada hati2 kamu.

Sungguh, hati itu amat besar peranannya kepada insan.
Perbuatan yang baik tetapi tidak diiringi oleh hati yang ikhlas
tidak akan membawa apa-apa makna di sisiNya. Maka itu
ulama' sufi amat menitik beratkan penjagaan dan pembersihan
hati. Berusaha bersungguh-sungguh mengisinya dengan sifat
mahmudah sebagai menggantikan sifat mazmumah yang
wujud di dalam setiap hati anak adam (selain para Nabi dan
RasulNya).

Lisan adalah perbuatan dan cermin kepada hati adalah
perbuatan. Hati yang bersih akan melahirkan lidah yang bersih
dari kata-kata yang keji dan bersifat sia-sia. Lidah itu
sesungguhnya untuk 2 perkara, sama ada berkata sesuatu yang
haq atau diam dan sesungguhya diam itu mendekati kepada
wara'.

Berkenaan nafsu, ianya amat berat untuk ditundukkan.
Perjuangan itu memerlukan muhasabah dan mujahadah diri
yang berterusan. Nafsu itu akan tunduk kerana lemahnya jasad.
Maka itu penting untuk mereka yang tidak mampu berkahwin
tetapi mempunyai nafsu syahwat yang menyala-nyala untuk
berpuasa. Puasa yang biasa dilakukan adalah dengan
menahan lapar dan dahaga. Puasa yang lebih halus adalah
menahan diri dari perkara yang bersifat makruh, syubhah
malahan menahan diri juga dari yang harus kerana segenap
perbuatan akan dihisab termasuklah sesuatu yang harus.
Melakukan perbuatan harus tanpa batasan bakal
memanjangkan hisab di yaumil mahsyar kelak.

Kekangan kepada nafsu, selain dari berpuasa adalah iman
yang teguh. Iman yang teguh adalah perisai kepada orang yang
beriman. Iman ini duduk di dalam hati dan ianya adalah
anugerah Allah kepada hamba-hamba Yang DikasihiNya. Maka
itu, hati tetaplah memainkan peranan utama dalam
segala-galanya. Maka itu benarlah kata S Abu Yazid al
Busthami, menjaga dan memperbaiki hatilah yang paling sukar,
kerana hati yang bersih itu merupakan bekas kepada iman dan
nurNya. Membersihkannya adalah satu perbuatan yang amat
berat tetapi jelas terpuji...

Wallahua'lam…


Posted at 09:05 pm by fareaster
Bagi Comment  




Thursday, July 27, 2006
SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH ......


Assalam Mu'alaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam dan juga yang Bukan Islam... bacalah Email ini dari sahabat yg menetap di US:
"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya.  Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi .
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an" .
Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an.  Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainy a.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,
maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah .  Padahal setiap inci otak manusia  memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja.  Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!
tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!  
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini."


PETUA IMAM SYAFIE


4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih


Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama


4 CARA TIDUR


1. TIDUR PARA NABI

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.


2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH

Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.


3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.


4. TIDUR SYAITAN

Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


* Kalau rajin .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara
Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu
yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati.


Posted at 01:38 pm by fareaster
Bagi Comment  




Wednesday, July 26, 2006
Merenungi Kemunculan Dajjal

Merenungi Kemunculan Dajjal

Assalamualaikum w.t.h
Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: "Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: "Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya." Kemudian berkata: "Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?" Kami menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu."


Rasulullah s.a.w berkata lagi: "Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal. Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya.

Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.

Mereka bertanya kepada binatang itu: "Makhluk apa engkau ini?" Binatang itu menjawab: "Saya adalah Al-Jassasah." Mereka tanya: "Apa itu Al-Jassasah?" Binatang itu hanya menjawab: "Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: "Siapakah anda?" Orang seperti raksaksa itu menjawab: "Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: "Siapa kamu ini?"Mereka menjawab: "Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.

"Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: "Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu."

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya." Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: "Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu," nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab: "Keadaan apanya yang tuan maksudkan?" Orang besar itu menjawab: "Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?" Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: "Aku takut pokok itu tidak berbuah."

Orang besar itu bertanya lagi: "Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah." Mereka menjawab: "Tentang apanya yang tuan maksudkan?" Lelaki itu menjawab: "Maksudku airnya apakah masih ada." Mereka menjawab: "Airnya tidak susut." Lelaki itu berkata: "Air sungai itu disangsikan akan kering."

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: "Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?" Mereka menjawab: "Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah." Lelaki itu bertanya lagi: "Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?" Mereka menjawab: "Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab." Lelaki itu bertanya lagi: "Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?" Mereka ceritakan bahawaRasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.


Orang besar itu berkata lagi: "Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya." Kata orang besar itu lagi: "Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah telah aku jelajahi semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya."

Kata Tamim Al-Dariy lagi, "Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: "Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?" Mereka menjawab: "Ya, sudah ya Rasulullah." Rasulullah s.a.w berkata lagi: "Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur," kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur. Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfihan.

Khutbah Rasulullah SAW tentang Dajjal

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.
"Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

"Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: "Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu." di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah." Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di
syurga."

Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

"Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

"Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya.

Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya.
Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur."

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: "Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi."

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: "Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya." Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikansebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."

Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu." Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?" Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal itu."

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita


Posted at 04:49 pm by fareaster
Bagi Comment  




Next Page
 

Web Master

 




fareaster
October 17th
Male
Malaysia


Image hosted by Photobucket.com

   




 
<< August 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31





 

 

 

 

 

  Archive

 

JOm LInk

 

Links Menarik

 

 

 

 

Demi Masaa

 

Kenalan Blog

 

Group

 

 

 

Layarilah

 

Laman Web  Pilihan

 

Inspirasi

INSAN ACUAN QUR'AN

"tak pernah membazirkan masa

matanya kepenatan kerana kuat membaca

suaranya lesu kerana kuat mengaji & berzikir

tidurnya lena dengan cahaya keimanan

bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan

kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

sumbangan dan kewajipan hanya pada agama"

===================

To be able to defeat,
Shaytaan and his deceit,
Ask Allah for help and repeat,
Lailahailallah.

If we want to succeed,
We must purify our greed,
Obey him in every deed,
Lailahailallah.

To become completely freed,
From your envy and your greed,
In your hart plant the seed of,
Lailahailallah.

Every night and every day,
Every night and every day,
Never Forget to say Lailahailallah.
Never Forget to say Lailahailallah.

By : Khurram Malik

===================

 

Firman Allah:Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat:
"Sesungguhnya Aku hendak jadikan seorang khalifah di muka bumi. "
(Al-Baqarah: 30)

Maksudnya: Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya
mereka menyembah-Ku.
(Adz-Dzariat: 5)
Maka tibalah giliran bagi “UMAT ISLAM” melaksanakan tujuan Allah yang
telah melahirkan umat ini ke tengah-tengah masyarakat umat manusia:

Maksudnya: Kamu [umat Islam] adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk
manusia, iaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat
kejahatan dan kamu beriman kepada Allah.
(Aali Imraan: 110)

Dan firman Allah:
Maksudnya: Dan demikianlah kami jadikan kamu [umat Islam] umat yang adil
dan pilihan, agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul
[Muhammad] menjadi saksi atas perbuatan kamu ...
(Al-Baqarah: 143)

Firman Allah:
Maksudnya: “Dan Al-Quran itu telah Kami bahagi-bahagikan dia agar kamu
membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dengan lambat dan tenang dan
Kami menurunkannya dengan beransur-ansur.”
(Al-Isra': 106)

 

Beautified is the life of this world for those who disbelieve and they mock at those who believe. But those who obeys Allah`s orders and keep away from what He has forbidden , will be above them on the Day of Resurrection. And Allah gives (of His Bounty Blessings Favours Honours on the Day of Resurrection) to whom He wills without limit.

 
( Al-Baqarah : 212 )


 
(It will be said):"Seize him and fetter him .Then throw him in a blazing fire. Then fasten him with a chain whereof the length is seventy cubits! Verily he used not to believe in Allah ,the Most Great..

 
( Al-Haqqah : 30-33 )


 
O you who believe! Spend of that with which We have provided for you , before a Day comes when there will be no bargaining ,nor friendship nor intercession.And it is the disbelievers who are Zalimun (wrong doers).

 
( Al-Baqarah : 254 )

 

 

 IKLAN

 

 

 

 

 
 



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed






Blogdrive