Photobucket - Video and Image Hosting

 
     


 

 

 

Friday, August 04, 2006
RAHSIA MUKJIZAT AL QURAN

RAHSIA MUKJIZAT AL QURAN


Pernah dengar atau baca kisah Tamar Jalis menentang tentera Jepun suatu
ketika dulu??


Tuan-tuan:- Dengan izin Allah dan dengan penuh keyakinan dan keimanan,
Saya
mohon tuan tuan berdoa kepada Allah memohon bantuan.
RAHSIA MUKJIZAT AL QURAN
1. Mari kita bertafakur, Dengan penuh keyakinan, fahami terjemahan dan
Maksud surah Al-Fil.............
2. Bacakan surah tersebut dibibir dengan hati mengingati peristiwa
Kehancuran tentera Bergajah, kemudian tumpukan (gantikan) kepada
kehancuran tentera Israel dan sekutunya
3. KEMUDIAN BERDOALAH BEGINI:- "Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah
menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah
Musyrikin,
maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... turunkan lah bantuan mu
kali
ini kepada orang orang Islam di Lubnan, hancurkanlah rejim
zionis.........
amin...." (kemudian dibaca surah Al Fil sambil membayangkan kehancuran
tentera Yahudi - dihancurkan dengan Izin Allah)

SAHAM PIRAMID ANDA !!!!!!!!! Lipatgandakan doa ini. Selepas anda
membuat
apa yang saya anjurkan, Sila lipatgandakan doa ini, Hantar kepada 7
orang
rakan anda yang lain. Maka 7 X 7 X 7 X 7 X 7 X 7 X 7 = 823453 orang
akan
berbuat perkara yang sama, kemudian 823453 X 7 = 5.8 juta
orang.........
InsyaAllah ......... sesungguhnya Allah maha pemurah lagi mengasihani,
mendengar doa kita. Adalah dialu-alukan kepada sesiapa yang
berinisiatif
menterjemahkan dalam bahasa Inggeris untuk dihantar ke saudara Islam di
UKdan USserta pelusuk dunia.

surah al fil
--------------
A'lam tarakayfa fa'ala  rabbuka bi as-hab al-fil
A'lam ya'jal kaydahum fi tadlil
Wa arsala alayhim  tayran ababil
Tarmihim bi hijaratin min sijjil
Fa ja'ala hum ka asfin  ma'kul

Posted at 05:05 pm by fareaster
Bagi Comment  




Thursday, August 03, 2006
TELADAN ISRAA' DAN MIKRAAJ

TELADAN ISRAA' DAN MIKRAAJ

 

Firman Allah SWT:

Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.” [Al-Israa’ 17: 7]

Sesungguhnya fasad kedua Yahudi ini akan dihapuskan semula oleh umat Islam. Berkumpulnya Yahudi di bumi Palestin adalah untuk dibinasakan oleh umat Islam. Namun, kemenangan kali ini hanya akan diperolehi apabila umat Islam masuk semula ke bumi Palestin sebagaimana mereka memasukinya buat kali pertama iaitulah di zaman Umar al-Khattab Radhiyallahu ‘anhu. Umar dan tentera Muslimin masuk ke bumi Palestin dengan kemegahan Islam yang digantung di pedang Jihad fi Sabilillah. Mereka masuk dengan iman serta akhlak yang tinggi lagi terhormat. Kepelbagaian masalah umat Islam boleh diselesaikan dengan pelbagai cara. Namun permasalah Palestin hanya dapat diselesaikan dengan Jihad. Jihad yang mencontohi Umar al-Khattab RA dan tenteranya. Pada masa itulah bumi Palestin akan merdeka. Dan kemerdekaan bumi Palestin adalah kemenangan bagi seluruh umat Islam!

 

“Tidak akan berlaku Kiamat sehinggalah kamu memerangi Yahudi. Dan kamu memerangi mereka sehingga pokok dan batu berkata-kata. Lantas ia menyebut, wahai Muslim, wahai hamba Allah, dibelakangku ini ada Yahudi, marilah ke sini dan bunuhlah ia! Kecuali pokok Gharqad kerana ia adalah dari pokok Yahudi”

 

[Hadeeth riwayat al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidhi]

Hayatilah peristiwa al-Israa’ wa al-Mi’raaj ini dengan semangat membebaskan umat Islam dari penjajahan Yahudi. Penjajahan fizikal di Palestin serta penjajahan budaya, undang-undang dan cara hidup di seluruh pelusuk tanah air umat Islam yang tercinta.

Ya Allah, yang Maha pedih pembalasan-Nya. Yang Maha Pemaksa penentang-Nya. Wahai yang Maha Bijaksana, kami berlindung kepada-Mu dari tipu daya nafsu kami menyangkut apa yang Engkau tetapkan dan kehendaki. Kami berlindung kepada-Mu dari kejahatan mereka yang iri terhadap anugerah nikmat-Mu. Ya Allah, wahai yang Menyempurnakan segala yang kurang, yang Memperkaya segala yang miskin, yang Memberi rasa aman segala yang takut, yang Mempermudah segala yang sulit, amat Mudah, Amin. Wa Shalallahu 'ala Sayyidina Muhammad wa 'Ala Aalihi wa Sahbihi wa Sallam

 

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. Wa lillahil Hamd.

 

HASRIZAL ABDUL JAMIL @ www.saifulislam.com

Posted at 01:35 am by fareaster
Bagi Comment  




Wednesday, August 02, 2006
SEJARAH SILAM BERULANG KEMBALI

SEJARAH SILAM BERULANG KEMBALI

 

Hari ini Beirut sekali lagi menjadi medan berdarah. Luka-luka lama yang baru sahaja sembuh kini berdarah semula, dan kali ini ia lebih parah. Bukan hanya Beirut dan pekan-pekan di selatan Lubnan seperti Qana yang binasa, malah ia sebenarnya adalah rentetan kehancuran bumi Palestin di tangan Regim Yahudi yang digerakkan oleh puak Neo Conservatives di Amerika Syarikat yang memegang remote controller.

 

Sebagaimana bumi Syam panas dan hangus dibakar kerakusan Yahudi, umat Islam di seluruh dunia juga memberikan pelbagai reaksi. Terlalu banyak yang boleh diperkatakan. Namun saya ingin berkongsi rasa terhadap Sunnatullah yang berlangsung di sebalik tragedi demi tragedi ini.

 

Ya, kita terluka sama dengan kematian dan kehilangan erti hidup warga Palestin dan Lubnan. Tangan dan mulut kita tidak henti-henti melafazkan Qunut Nazilah demi merintih bantuan Allah agar dilepaskan umat Islam dari derita ini.






Walau bagaimana pun, kita tidak harus lupa bahawa bencana di Lebanon ini bukan tragedi pertama umat Islam. Kita pernah kelam kabut, gelisah dan kebingungan semasa menyambut berita penyembelihan umat Islam beramai-ramai di Bosnia Herzagovina lebih 10 tahun yang lalu. Kita tidak tahu apa yang patut dilakukan dan kita cepat melancarkan demonstrasi besar-besaran demi meredakan ledakan emosi yang dibakar oleh kekejaman Serbia. Kita segera membuka Malaysia kepada pelarian Bosnia dan menghulurkan atap dan pinggan untuk mereka berteduh.

 

Selain Bosnia, kita sudah banyak kali terkejut, gelisah dan kebingungan terhadap satu demi satu bencana yang menimpa umat Islam. Iraq, Afghanistan, Kashmir, Ambon, Tak Bai dan aduh, terlalu sukar untuk menyenaraikan kesemuanya.

 

Saya amat percaya bahawa semua yang berlaku ini adalah mengikut apa yang dikehendaki oleh pemilik papan catur yang kita hari ini sedang menjadi butir-butir pawns yang dilaga-lagakan dalam permainan tangan-tangan ghaib itu. Pemain-pemain catur ini merancang pergerakan buah caturnya bukan selapis malah berlapis-lapis. Pemikiran simplistik tidak memungkinkan kita untuk keluar dari papan catur itu. Jika kita menang sekali pun, permainan akan diulang oleh tangan-tangan ghaib itu dan pada siri yang seterusnya, kita mungkin kalah pula dan menang semula selepasnya. Menang atau kalah, kita masih buah catur di papan permainan yang dimiliki oleh orang lain.

 

Tangan-tangan ghaib itu mesti dikenali oleh umat Islam. Taaruf mesti bermula dengan mengimbas kembali sejarah Revolusi Perancis dengan gelagat Jacobins yang menganggap diri mereka di pihak yang benar. Mereka tidak perlu mengambil kira pendapat orang lain atau cuba menyediakan common ground untuk berbincang dengan tamadun dan nilai yang bertembung. Lihat apa yang saya petik dari Wikipedia ini, di bawah kata kunci NEOCONSERVATISM:

The "traditional" conservative Claes Ryn has argued that neoconservatives are "a variety of neo-Jacobins." Ryn asserts that true conservatives deny the existence of a universal political and economic philosophy and model that is suitable for all societies and cultures, and believe that a society's institutions should be adjusted to suit its culture, while Neo-Jacobins are attached in the end to ahistorical, supranational principles that they believe should supplant the traditions of particular societies. The new Jacobins see themselves as on the side of right and fighting evil and are not prone to respecting or looking for common ground with countries that do not share their democratic preferences. (Ryn 2003: 387)

Further examining the relationship between Neoconservatism and moral rhetoric, Ryn argues that Neo-Jacobinism regards America as founded on universal principles and assigns to the United States the role of supervising the remaking of the world. Its adherents have the intense dogmatic commitment of true believers and are highly prone to moralistic rhetoric. They demand, among other things, "moral clarity" in dealing with regimes that stand in the way of America's universal purpose. They see themselves as champions of "virtue." (p. 384).

Thus, according to Ryn, neoconservatism is analogous to Bolshevism: in the same way that the Bolsheviks wanted to destroy established ways of life throughout the world to replace them with communism, the neoconservatives want to do the same, only imposing free-market capitalism and American-style "liberal democracy" instead of socialism.

Colonel Lawrence Wilkerson, former chief of staff to U.S. Secretary of State Colin Powell, had the following to say in a December, 2005 interview with the German weekly Der Spiegel: "They are not new conservatives. They're Jacobins. Their predecessor is French Revolution leader Maximilien Robespierre."[9]

Jacobins inilah sebenarnya yang sedang memegang remote controller yang membinasakan Palestin dan Lubnan. Peranan golongan ini di Amerika Syarikat bersama sekutunya di Britain, amat bertepatan dengan keterangan Surah al-Israa' yang menjelaskan tentang dua kerosakan yang dilakukan oleh Yahudi.

“Kemudian, Kami kembalikan kepada kamu (Yahudi) kekuatan untuk mengalahkan mereka (umat Islam), dan Kami perpanjangkan kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.” [Al-Israa’ 17.6]

Nas di atas memahamkan kepada kita bahawa terusir dan terhinanya bangsa Yahudi dari Tanah Arab tidak berterusan. Setelah merempat dari Semenanjung Tanah Arab, setelah terusir dari bumi Andalus, bangsa Yahudi ini kembali bangun berkuasa dan mengalahkan “mereka” iaitulah umat Islam yang suatu ketika dulu telah menunduk dan menamatkan fasad pertama mereka. Ia adalah pertembungan gelombang kedua. Namun kali ini mereka berkuasa bukanlah dengan kekuatan dari sumber mereka sendiri. Sebaliknya melalui sokongan pihak ‘luar’ berupa harta kekayaan, senjata dan anak pinak serta pasukan penyokong yang ramai. Kerana itulah Allah SWT menggunakan lafaz (ﻢﻛﺎﻧﺪﺪﻣﺃﻮ) iaitu “Kami perpanjangkan sokongan” sebagai mengisyaratkan kekuatan sumber ekonomi dan tenaga manusia kepada Yahudi di era kerosakan kedua mereka itu adalah dari sumber luar.

Sesungguhnya kita hari ini sedang berhadapan dengan fasad kedua Yahudi. Mereka sedang menghancur binasakan bumi Syam, umat Islam dan dunia secara keseluruhannya. Sifat takbur dan bongkak mereka berulang kembali. Dan kini, Amerika Syarikat serta kuasa Barat menghulurkan segala macam bantuan kepada Yahudi untuk mengekalkan kewujudkan mereka di bumi Palestin. Yahudi hari ini menjadi kuasa besar dunia dan Amerika Syarikat serta beberapa negara Eropah menjadi sumber kekuatannya.

Bacalah dengan lebih lanjut apa yang telah saya coretkan berkenaan dengan hal ini di bawah artikel MASA DEPAN PALESTIN DARI KACA MATA AL-ISRAA' WA AL-MI'RAAJ .

Posted at 01:35 pm by fareaster
Bagi Comment  




Tuesday, August 01, 2006
WAKTU YG DIHARAMKAN BERSOLAT

WAKTU YG DIHARAMKAN BERSOLAT

Waktu diharamkan sembahyang ialah:

1. Waktu syuruk iaitu 28mins selepas subuh ketika matahari baru naik ke langit. ie subuh from 5.35am to 7.05am. 7.05am + 28mins = 7.33am. Therefore from 7.05am to 7.33am ialah waktu syuruk. Waktu ini adalah haram utk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.


Rasulullah mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia men yamai org yang menyembah matahari. Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7am dan ingin mengqadakan sembahyang subuh, kita harus melepasi waktu syuruk itu.

2. Waktu zawal/Istiwa/rembah iaitu matahari berada tegak diatas kepala iaitu apabila kita berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali dibawah kaki kita. Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan syaitan berkeliaran. Waktu ini panjangnya dalam 5-10mins sebelum waktu zohor.

Waktu fadilat/afdal untuk solat ialah sepertiga waktu selepas azan ie 20 mins selepas azan. Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat. Kecuali Isyak, afdalnya ialah sepertiga malam ie sesudah azan hingga 10.30mlm.

Wallahualam. Sudahkah anda menunaikan SOLAT? Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Posted at 02:18 pm by fareaster
Bagi Comment  




Monday, July 31, 2006
PERSIMPANGAN HIDUP

 PERSIMPANGAN HIDUP


Bagi mukmin sejati, ujian bukanlah momok yang menakutkan. Sebab, ia

telah memiliki kelengkapan menghadapinya. (Iaitu) kemampuan bersabar dan bersyukur

sebagai buah dari keberhasilannya melalui ujian-ujian sebelumnya. Ya, bersabar

dan bersyukur adalah peringkat penting dalam menghadapi ujian dengan beragam bentuknya.

Jika ujian itu berwujud sesuatu yang merujuk pada erti kesusahan, penderitaan,

kesedihan, ketakutan dan sebagainya maka kunci sabar menjadi Pelindung. Jika kunci ini

dipakai saat menghadapi anak keras kepala, mithalnya, kita akan memilih jalan

tinggi. Dan jika ujian itu berwujud sesuatu yang berupa kesenangan, kepuasan, kenyamanan dan sebagainya, maka kunci syukur yang harus dipakai. Jika kunci ini dipakai saat menghadapi money politic, mithalnya, maka kita pun akan memilih jalan tinggi.

 

Sabar dan syukur memang amat diperlukan. Namun sayangnya, keduanya

bukanlah anugerah yang datang begitu sahaja dari arsy Allah SWT ke dalam dada

kita. Kita perlu menatanya, sebata demi sebata, sampai ia tegak berdiri sebagai

benteng yang kukuh. Kita perlu mengejanya, sekata demi sekata hingga ia terrangkai menjadi prosa nan indah.

 

Ketahuilah, bata dan kata itu kita ambil dari ujian kecil demi ujian

kecil yang kita temui dalam beragam persimpangan kecil hidup kita. Jika kita tidak pernah

berhasil menyimpan satu batu bata, jangan pernah berharap mampu membangun benteng nan kukuh; jika kita tidak pernah memungut kata demi kata, jangan bermimpi mampu

merangkai prosa nan indah.

 

Itulah benteng atau prosa tentang kesabaran dan kesyukuran.

 

Sujud aku di kakiMu

Bersimpuh dalam lautan doa

Laa ilaaha illallaah

Memuja namaMu

Pada zikir-zikir tanpa batas


Posted at 08:01 pm by fareaster
Bagi Comment  




Sunday, July 30, 2006
STATUS ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

STATUS ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

MEMPERKASA UMAT  MENGHADAPI ANCAMAN MURTAD

Oleh : Dato Syeikh Azmi Bin Haji Ahmad

(Mantan Timbalan Khadi Besar Kedah Darulaman)

 

 

Dan sesiapa yang murtad di kalangan kamu daripada agamanya, lalu ia mati dalam kekufuran itu, maka terhapuslah segala pahala amalan mereka itu di dunia dan akhirat, dan mereka itu adalah para penghuni neraka secara kekal di dalamnya Surah al-Baqarah ayat 217

 

 

1.0        MUQADDIMAH

 

Sejarah telah mencatatkan bahawa kemegahan dan keagungan Islam bermula dicarikkan sedikit demi sedikit bersama runtuhnya Daulah Islamiah Othamaniah pada tahun 1924. Daulah yang diamanahkan untuk menjaga hak asasi manusia telah hancur lebur. Malah hari ini kita menyaksikan akidah yang menjadi benteng kekuatan umat Islam juga mula diruntuhkan setelah 82 tahun runtuhnya ad-Daulah al-Islamiah.

 

Mutakhir ini gejala murtad mula menyerang orang-orang Islam di Malaysia. Apa yang menyedihkan kebanyakan yang terlibat ialah anak-anak Melayu yang kurang berpendidikan agama, walaupun tidak dinafikan  sebahagian dari mereka telah dibekalkan dengan ilmu agama sejak kecil tetapi terlalu nipis untuk menjadi benteng serangan murtad.

 

Di dalam perlembagaan Malaysia, Melayu, secara definasi, mesti beragama Islam, oleh itu mana-mana orang Melayu yang meninggalkan kepercayaan Islamnya akan kehilangan  statusnya sebagai seorang Melayu dan juga hak-hak dan keistimewaan yang dinikmatinya.

 

2.0        MURTAD DALAM HUKUM SYARAK

 

Murtad bermaksud keluar daripada Agama Islam dan terkeluarnya seseorang daripada Agama Islam disebabkan oleh salah satu daripada tiga perkara sama ada disebabkan oleh iktiqad, perkataan ataupun perbuatan. Iman seseorang itu juga boleh terbatal dengan pelbagai cara sama ada meragui sesuatu yang diturunkan oleh Allah s.w.t. ataupun mempersenda-sendakan hukum-hukum Allah s.w.t.

 

Isu berkenaan hukuman ke atas orang murtad adalah antara isu-isu yang dipolemikkan tanpa kesudahan sejak era moden dan pasca-modenisme dalam dunia umat Islam kini. Serangan pemikiran oleh orientalis untuk menghilangkan keyakinan umat Islam terhadap hukum-hakam agamanya sendiri nampaknya membuahkan hasil apabila kembalinya ahli-ahli akademik, penulis, pemikir dan pemimpin negara umat Islam yang menuntut di madrasah orientalisme sama ada di Barat ataupun di negara mereka sendiri melalui bahan-bahan pembacaan yang berunsur pemikiran Barat. Sebelum era tersebut, hukuman murtad tidak pernah dipolemikkan dari aspek kesahannya sebagai salah satu hukum Islam untuk membendung jenayah ke atas agama. Namun pada hari itu, telah muncul anak-anak umat Islam sendiri yang telah berani mengatakan hukum murtad tiada dalam al-Quran, maka ia bukanlah hukum Islam yang sebenarnya, seterusnya menuduh dan memfitnah para ulama besar Islam sebagai merekacipta hadis-hadis berkenaan hukum murtad demi kepentingan peribadi.

 

Tidak dapat dinafikan bahawa hukuman bunuh ke atas si murtad tidak disebut secara jelas dalam al-Quran, tetapi jangan lupa bahawa larangan membunuh si murtad juga tidak disebut secara langsung di dalam kitab Allah itu. Kesedaran terhadap hal ini amat perlu supaya kita tidak mudah membuat keputusan mengatakan hadis-hadis murtad itu bercanggah dengan ajaran al-Quran. Di manakah percanggahannya jika hadis hanya menyebutkan sesuatu hukum yang tidak disebutkan dan ianya tidak pula dilarang oleh al-Quran. Bukankah peranan hadis itu sebagai penafsir serta penghurai kepada al-Quran? Dan jangan tidak tahu atau jahil bahawa hadis sahih itu kadang-kadang berdiri sendiri sebagai sumber hukum Islam yang tidak pernah disebutkan dalam al-Quran. Di dalam beberapa ayat al-Quran Allah s.w.t mengecam sekeras-kerasnya orang yang murtad. Antaranya :-

 

        Ayat 137 Surah an-Nisa bermaksud :

 

Sesungguhnya orang-orang yang beriman kemudian kafir, kemudian beriman semula, kemudian kafir lagi, serta bertambah-tambah lagi kekufuran mereka selepas itu, Allah tidak akan mengampunkan mereka dan tidak akan menunjukkan jalan yang benar.

 

        Ayat 21 Surah al-Maidah yang bermaksud :

 

Dan janganlah kamu berpaling tadah (murtad) ke belakang maka kamu akan rugi serugi-ruginya.

 

        Ayat 54 Surah al-Maidah yang bermaksud :

 

Sesiapa yang murtad di kalangan kamu daripada agamanya maka sesungguhnya Alllah akan gantikan mereka itu dengan satu kaum yang benar-benar dikasihi Allah dan mereka juga mengasihi-Nya....

 

        Ayat 25 Surah Muhammad bermaksud :

 

Sesungguhnya orang-orang yang murtad (berpaling tadah) ke belakang selepas ternyata hidayat kepada mereka, sebenarnya syaitanlah yang telah menipu mereka...

 

Ayat-ayat di atas memang tidak menyebutkan sebarang hukuman dunia ke atas orang murtad melainkan ancaman untuk ditukarkan dengan  kaum yang lain seperti di dalam surah al-Maidah : ayat 54 dan tidak akan menunjukkan jalan yang benar seperti dalam surah an-Nisa: ayat 137 itu. Namun hukuman akhirat yang disebutkan amatlah keras dan dasyat sekali sehingga terhapus segala amalan kebaikan yang pernah dilakukan sebelum murtad dan akan kekal di dalam neraka.

 

Manakala hadis-hadis berkenaan hukum murtad adalah sahih pada darjatnya yang tertinggi (riwayat al-Bukhari dan Muslim dll). Antaranya:

 

Daripada Ikrimah bahawa orang-orang zindiq di bawa kepada Ali bin Abi Talib lalu beliau hendak membakar zindiq itu, tetapi Ibn Abbas melarangnya kerana mendengar Nabi s.a.w. pernah melarang menyiksa dengan api, lalu Ibn Abbas menasihatinya supaya beramal dengan sabda Nabi s.a.w. : Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia.

(Riwayat al-Bukhari)

 

Hadis ini juga berasal dari Bahz bin Hakim dan Aisyah mengikut riwayat al-Tabrani.

 

Daripada Ibn Masud dan Aisyah, Nabi s.a.w. bersabda : Tidak halal darah seseorang muslim selain daripada tiga sebab: berzina selepas menjadi muhsan, membunuh orang lain tanpa hak dan mengasingkan diri dari jemaah serta meninggalkan agama (murtad).

 

(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dll)

 

Hadis ini juga berasal daripada Uthman bin Affan dalam riwayat Imam al-Shafie, Ahmad, al Tarmizi, Ibn Majah dan al-Hakim melalui Abu Umamah bin Sahl.

 

3.0        ISLAM DALAM PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

 

Terdapat hanya beberapa peruntukan yang membicarakan mengenai Islam dalam Perlembagaan Malaysia, di antaranya ialah :-

 

Perkara 3(1)

Agama Islam ialah Agama bagi persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan.

 

Perkara 3(2)

... Kedudukan Raja sebagai Ketua Agama Islam dalam negerinya secara setakat mana yang diakui dan di isytiharkan oleh Perlembagaan negeri itu....

 

Perkara 11(4)

Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganut agama Islam.

 

Perkara 76 (2)

Tiada sesuatu undang-undang boleh dibuat menurut perenggan (a) fasal (1) mengenai apa-apa perkara berhubung dengan Hukum Syarak atau Adat Istiadat orang Melayu atau mengenai apa-apa perkara berhubung dengan undang-undang atau adat istiadat bumiputera di Negeri-negeri Borneo dan tiada sesuatu Rang Undang-undang bagi maksud dijadikan suatu undang-undang perenggan itu boleh dikemukakan dalam mana-mana Majlis Parlimen sehingga Kerajaan Negeri yang berkenaan itu telah diminta fikirannya.

 

Perkara 121 (1A)

Mahkamah yang disebutkan dalam Fasal (1) iaitu Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.

 

Perkara 160 (2)

Melayu ertinya seseorang yang menganut Agama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan...

 

a)       lahir, sebelum hari merdeka, di Persekutuan atau di Singapura, atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Simgapura atau pada hari Merdeka itu, ia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau

 

b)       ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.

 

4.0        BEBERAPA KES RUJUKAN DI MALAYSIA

 

4.1         Kes Nur Aishah Bukhary menggunakan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan

 

...Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam cina kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 Kanun Acara Jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa di dakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bak 36 atas alasan Perkara 11 perlembagaan persekutuan iaitu hak kebebasan beragama. Permohonan tu menyatakan perenggan 6, bertarikh 28 november 1997 di Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah. Sebab yang dia beri, Saya Lenneth Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nuraishah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nuraishah menolak dan meninggalkan agama Islam : perenggan 6 dan Perenggan 23: Saya Lenneth Teoh percaya bahawa Nur Aishah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibu bapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nuraishah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik.

 

4.2         Kes Suzie Teoh memeluk Islam pada umur 16 tahun

 

Dalam kes ini, seorang budak perempuan dari kelantan umur 16 tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada mahkamah agar anak dia masuk Islam tak sah. Dibawah perlembagaan persekutuan hak seorang anak tertakluk bawah jagaan ibu-bapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam berumur 16 tahun dia tak sah peluk Islam. Tun Salleh Abas menyimpan kes ini selama 2 tahun, barulah dibicarakan setelah budak ini berumur 18 tahun. Akhirnya aqidah Suzie Teoh dapat diselamatkan.

 

5.0        PENUBUHAN IFC (InterFaith Commission)

 

Cadangan penubuhan Majlis Agama atau Kepercayaan (IRC Inter Religiuos Council) kemudian berubah pada IFC ( Interfaith Commission of Malaysia) atau Suruhanjaya Antara Kepercayaan yang telah diusahakan oleh pelbagai kumpulan seperti Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Silk (MCCBCHS) melalui memorandum pada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001.

 

Draf yang dikemukan melalui satu resolusi seminar juga jelas mempunyai tanggapan negatif terhadap Islam seolah-olah majlis ini nanti mempunyai kuasa yang lebih besar dari badan yang berotoriti dalam pelaksanaan Islam khasnya institusi mufti dan mahkamah syariah. Kenapa kita mesti bantah IFC;-

 

5.1        Sikap Anti-Islam Pihak Penaja

 

Pihak Penaja jelas menunjukkan sikap yang anti-Islam. Ini adalah kerana beberapa memorandum yang dikeluarkan oleh mereka sebelum ini seperti agama tetapi adalah bersabit dengan ajaran Islam yang tidak boleh dipertikaikan oleh penganut-penganutnya sendiri apatah lagi oleh orang-orang bukan Islam. Sikap dan perasaan benci yang amat mendalam terhadap Islam di kalangan ahli-ahli pihak penaja yang bukan Muslim amat jelas kerana tidak mengendahkan bantahan seluruh umat Islam dan badan-badan yang SAH mewakili Islam.

 

5.2        Isu-isu yang dibangkitkan Tidak ada Kena Mengena Dengan Hubungan Antara Agama

 

Tidak satupun perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat-mesyuarat mereka ada berhubung dengan isu-isu orang-orang bukan Muslim. Malah isu-isu yang antaranya disebut di atas adalah kesemuanya berhubung kait dengan ajaran dan hak-hak orang Islam.

 

5.3        IFC/IRC Mencabar Perlembagaan Islam Sebagai Agama Rasmi Malaysia

 

Sebagai suatu strategi bagi menentukan penubuhan IRC, hanya bentuk kasar pertubuhan ini sahaja diperkenalkan buat masa ini. Isu-isu yang dibangkitkan itu, sekiranya tidak diambil kira implikasinya, kelihatan seperti munasabah: contohnya, mualaf yang ingin kembali kepada agama asal mereka apabila perkahwinan mereka dengan orang Islam gagal.

 

5.4        IFC akan Menjadi Badan Yang Boleh Mempersoalkan Hukum-Hakam Islam

 

Berdasarkan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Penubuhan IRC badan ini akan diwakili oleh individu Islam dan yang bukan Islam dengan kuasa untuk menerima aduan daripada penganut mana-mana agama terhadap agama Islam dan akan membuat keputusan menyoal dan menuntut supaya di ubah beberapa ajaran Islam yang fundamental, yang telah sekian lama termaktub dalam sistem perundangan Malaysia.

 

5.5        IFC Bakal Campur Tangan Dalam Pentadbiran Hal Ehwal Islam

 

IFC semestinya akan campur tangan dalam susunan perlembagaan sedia ada yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal agama Islam yang mana kuasa diberi kepada Raja-raja, Majlis Agama Islam Negeri dan Badan-badan lain serta pegawai-pegawainya. IFC akan mendapat tentangan hebat daripada pihak-pihak tersebut. Implikasi bagi perpaduan ummah, hubungan di peringkat Persekutuan dengan Negeri dan cabaran kepada pentadbiran Islam yang sedang menghadapi pelbagai masalah, adalah serius.      

 

6.0        PENUTUP

 

Bila berlaku pertembungan antara hukum syarak dengan undang-undang sivil, kebiasaannya undang-undang syarak akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya pelantikan sultan, bacaan doa dalam majlis rasmi, perasmian Perlimen dan lain-lain. Tidak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi...semua tidak termasuk. Perkara 4 pula menyatakan: mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syarak.

 

Umat Islam mesti bangun mempertahankan agamanya daripada segala unsur melalui pelbagai saluran termasuk politik dan perundangan, atau mengadu kepada malis Raja-raja Melayu yang mempunyai kuasa untuk mempertahankan agama Islam daripada di goyah oleh orang-orang bukan Islam. Itu sahaja yang masih tinggal kepada kita kini. Sekiranya perkara inipun gagal kita pertahankan, maka kita termasuk dari golongan orang-orang yang dayus. Para sahabat telah berusaha untuk mempertahankan Islam dengan darah, harta benda dan nyawa mereka. Apa yang boleh kita sumbangkan untuk mempertahankan Islam yang kita cintai ini?

 

Diceritakan kisah Abu Nuas yang diperintahkan bersama rakannya untuk terjun dalam kolam mencari telur ayam, sekiranya tidak dapat maka dia akan dipancung oleh baginda Sultan. Sedangkan hanya sebiji telur ayam sahaja yang diletakkan dalam kolam tersebut. Rakannya memperolehi telur tersebut. Apabila Abu Nuas gagal mendapatkan telur tersebut maka, dia timbul di permukaan kolam dengan berkokok seperti ayam jantan. Apabila ditanya oleh Sultan mengapa dia berkokok, maka dia menjawab Ayam jantan tak ada telur, Tuanku. Apakah kita akan menjadi hanya seperti ayam jantan yang tidak ada telur yang hanya tahu berkokok sahaja tanpa mampu berbuat sesuatu.

 

Sekian, wassalam...


Posted at 06:34 pm by fareaster
Bagi Comment  




Next Page
 

Web Master

 




fareaster
October 17th
Male
Malaysia


Image hosted by Photobucket.com

   




 
<< August 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31





 

 

 

 

 

  Archive

 

JOm LInk

 

Links Menarik

 

 

 

 

Demi Masaa

 

Kenalan Blog

 

Group

 

 

 

Layarilah

 

Laman Web  Pilihan

 

Inspirasi

INSAN ACUAN QUR'AN

"tak pernah membazirkan masa

matanya kepenatan kerana kuat membaca

suaranya lesu kerana kuat mengaji & berzikir

tidurnya lena dengan cahaya keimanan

bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan

kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

sumbangan dan kewajipan hanya pada agama"

===================

To be able to defeat,
Shaytaan and his deceit,
Ask Allah for help and repeat,
Lailahailallah.

If we want to succeed,
We must purify our greed,
Obey him in every deed,
Lailahailallah.

To become completely freed,
From your envy and your greed,
In your hart plant the seed of,
Lailahailallah.

Every night and every day,
Every night and every day,
Never Forget to say Lailahailallah.
Never Forget to say Lailahailallah.

By : Khurram Malik

===================

 

Firman Allah:Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat:
"Sesungguhnya Aku hendak jadikan seorang khalifah di muka bumi. "
(Al-Baqarah: 30)

Maksudnya: Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya
mereka menyembah-Ku.
(Adz-Dzariat: 5)
Maka tibalah giliran bagi “UMAT ISLAM” melaksanakan tujuan Allah yang
telah melahirkan umat ini ke tengah-tengah masyarakat umat manusia:

Maksudnya: Kamu [umat Islam] adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk
manusia, iaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat
kejahatan dan kamu beriman kepada Allah.
(Aali Imraan: 110)

Dan firman Allah:
Maksudnya: Dan demikianlah kami jadikan kamu [umat Islam] umat yang adil
dan pilihan, agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul
[Muhammad] menjadi saksi atas perbuatan kamu ...
(Al-Baqarah: 143)

Firman Allah:
Maksudnya: “Dan Al-Quran itu telah Kami bahagi-bahagikan dia agar kamu
membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dengan lambat dan tenang dan
Kami menurunkannya dengan beransur-ansur.”
(Al-Isra': 106)

 

Beautified is the life of this world for those who disbelieve and they mock at those who believe. But those who obeys Allah`s orders and keep away from what He has forbidden , will be above them on the Day of Resurrection. And Allah gives (of His Bounty Blessings Favours Honours on the Day of Resurrection) to whom He wills without limit.

 
( Al-Baqarah : 212 )


 
(It will be said):"Seize him and fetter him .Then throw him in a blazing fire. Then fasten him with a chain whereof the length is seventy cubits! Verily he used not to believe in Allah ,the Most Great..

 
( Al-Haqqah : 30-33 )


 
O you who believe! Spend of that with which We have provided for you , before a Day comes when there will be no bargaining ,nor friendship nor intercession.And it is the disbelievers who are Zalimun (wrong doers).

 
( Al-Baqarah : 254 )

 

 

 IKLAN

 

 

 

 

 
 



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed






Blogdrive