Photobucket - Video and Image Hosting

 
     


 

 

 

Saturday, August 12, 2006
OIC OH OIC ... OH! I SEE

SN 82 : OIC  OH  OIC ...  OH! I SEE

 

Lebanon pada hari ini bagaikan retak menanti belah. Krisis antara Hizbullah dan Israel terus berlanjutan menyebabkan korban nyawa dan harta benda kesemua pihak saban hari semakin meningkat. Setakat minggu lepas sahaja, Lebanon terpaksa melihat 3 lapangan terbangnya dibom, 62 jambatan dimusnahkan, 3 empangan dan 3 pelabuhan dibedil, 5,000 buah rumah rosak, 22 stesen minyak, 152 perniagaan, 2 penjana elektrik, sebuah pusat rawatan kumbahan, sebuah stesen television, 80% daripada jalanraya utama, sekolah-sekolah dan hospital-hospital dihancurkan. Anggaran kemusnahan yang telah ditanggung oleh Lebanon mencecah lebih USD3 Billion. Yang nyata, dari sebuah bancian pendapat yang dibuat oleh sebuah akhbar Israel, Maariv, 82% daripada penduduk Israel menyokong tindakan ketenteraan yang dilancarkan oleh negara mereka dan 95% percaya tindakan mereka adalah benar.

 

Sautun Nahdhah minggu lepas telah mengupas hakikat PBB yang hanya merupakan pentas lakonan Barat dalam menghancurkan umat Islam. Kini sebuah lagi pentas digunakan untuk `menyelamatkan' umat Islam dari bencana yang sedang melanda. Bezanya, pentas kali ini diduduki oleh mereka yang hanya beragama Islam sahaja. Inilah pentas yang menjadi harapan sebahagian besar umat ketika ini – The OIC (The Organization of Islamic Conference). Sautun Nahdhah kali ini akan mengajak pembaca meneliti dan menilai apakah pentas ini merupakan penyelamat kaum Muslimin atau hanya sebuah lagi pentas lakonan yang para pelakonnya berebut-rebut untuk menjadi hero dengan harapan dapat menambat hati para penonton dan pengarah utamanya, rejim Amerika.

 

OIC atau nama bahasa arabnya Munazzhamat Al-Mu'tamar Al-Islami, sering `bersidang' di dalam mencari penyelesaian di peringkat antarabangsa bagi isu-isu yang melibatkan Islam. Saat ini, ketika dunia Islam sedang menangis menyaksikan tragedi di Lebanon, OIC sekali lagi `bersidang' (kali ini secara tergempar) bagi mencari jalan untuk menyelesaikan konflik ini. Persidangan yang diadakan di Malaysia selaku pengerusi badan dunia ini, menyaksikan Deklarasi Putrajaya telah dibuat pada 3 Ogos lalu. Antara isi kandungan Deklarasi adalah mengutuk keganasan Israel terhadap Lebanon, melahirkan rasa risau terhadap kekakuan Majlis Keselamatan PBB dalam melaksanakan sebarang tindakan agar gencatan senjata dilaksanakan, menggesa Majlis Keselamatan PBB melaksanakan tanggungjawabnya menjaga keamanan sejagat dan mengutuk serangan udara Israel ke atas Qana pada 30 Julai 2006 yang telah membunuh lebih dari 60 orang awam yang kebanyakannya kanak-kanak.

 

Persoalannya, adakah Deklarasi Putrajaya ini akan menyelesaikan masalah umat Islam di Lebanon yang sekarang ini sedang dihujani dengan pelbagai jenis bom dan peluru? Adakah kita berpuas hati mendengar OIC hanya `mengutuk' tindakan kejam yang sedang dilakukan oleh Israel? Adakah kita bergembira setelah mendengar OIC menjerit meminta tolong dengan PBB, yang jelas-jelas musuh yang nyata bagi umat Islam? Adakah kita rela melihat umat Islam di Lebanon bermandikan darah, mati dibom, hilang tempat tinggal, pakaian tinggal sehelai sepinggang, tiada lagi bekalan makanan dan hidup dalam ketakutan, sedangkan para pemimpin OIC datang ke Malaysia menaiki penerbangan kelas khas, layanan kelas pertama, tinggal di hotel mewah, berpakaian segak, duduk di kerusi empuk serta menikmati hidangan yang lazat-lazat, kemudian mengeluarkan deklarasi kosong seperti di atas?? Begitulah nasib yang menimpa umat Islam dan begitulah apa yang selalu dilakukan oleh OIC. Setiap kali melihat masalah yang menimpa kaum Muslimin, maka setiap kali itulah mereka akan duduk semeja dan bersidang. Tidak hairanlah jika sindiran "Oh! I See" akan terus bermain di mulut-mulut mereka yang menzahirkan kekecewaan masing-masing terhadap badan antarabangsa itu.

 

OIC – Bersekutu Atau Berseteru?

 

Sejak penubuhannya pada tahun 1969 di Rabat, Maghribi, OIC dilihat masih lagi tidak dapat memberi impak besar kepada senario politik antarabangsa. OIC terus menjadi kesatuan pinggiran yang dapat ditundukkan dengan mudah oleh badan-badan dunia yang lain, terutamanya PBB. Antara perkara-perkara yang ingin dicapai oleh OIC adalah melaksanakan kerjasama dalam bidang politik, ekonomi, sosial, budaya dan sains. Ia juga bertujuan untuk memperjuangkan kehormatan umat Islam, kebebasan umat Islam dan hak-hak negara umat Islam. Pada masa yang sama badan dunia ini juga telah bersetuju untuk menjaga tempat-tempat suci umat Islam dan menyokong perjuangan rakyat Palestin dan membantu mereka dalam mengembalikan semula hak dan membebaskan tanah Palestin dari jajahan Israel.

 

Sekali pandang, cita-cita OIC nampaknya memang sinonim dengan harapan umat yang sedang mencari `pembela' mereka, rentetan dari pelbagai peristiwa hitam yang telah menimpa umat Islam. Saudara-saudara kita di Palestin tak henti-henti dibunuh oleh Israel. Sabra dan Shatilla menjadi saksi kepada sifat kebinatangan Israel ke atas mereka. Kaum Muslimin di Bosnia Herzegovina disembelih seperti binatang, dirogol dan dibunuh tanpa peri kemanusiaan. Umat Islam di Kashmir diperangkap oleh Barat dengan konflik berdarah yang sehingga kini tidak berkesudahan. Ini belum lagi mengambil kira penderitaan umat Islam di tempat-tempat lain yang masih tidak mendapat pembelaan seperti penderitaan umat Islam di selatan Thai, masalah kebuluran yang melanda Ethopia (yang dahulunya dikenali sebagai Habsyah), kemiskinan dan kesengsaraan saudara-saudara kita di seluruh dunia dan pelbagai masalah lain lagi. Semua ini memerlukan `pembelaan' dari para pemimpin yang diamanahkan oleh Allah untuk menjaga umat ini.

 

Apakah yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin OIC dalam menangani isu-isu di atas? Apakah mereka telah melaksanakan amanah Allah ke atas mereka? OIC yang kononnya ditubuhkan untuk membantu umat Islam hanya dilihat membuat pertemuan demi pertemuan, persidangan demi persidangan dan deklarasi demi deklarasi yang penuh kebaculan tanpa sebarang makna. Lihat sahaja Deklarasi Putrajaya yang hanya menagih ihsan dan simpati dari organisasi kafir pembunuh umat Islam (PBB) agar organisasi tersebut dapat menyelamatkan umat Islam!! Bagaikan di saat sekumpulan pembunuh datang dan sedang membunuh adik-beradik kita, bapa kita sibuk menjemput dan berbincang dengan kawan-kawannya merayu agar salah seorang pembunuh `mengutuk' pembunuhan tersebut. Bagaikan di saat perompak menceroboh rumah kita dan merogol ibu dan kakak kita, bapa kita menjemput kawan-kawannya untuk bermesyuarat bagi mengutuk perlakuan penjenayah tersebut. Na'uzubillah!!!! Wahai kaum Muslimin! Sedarlah oleh kalian bahawa inilah apa yang telah, sedang dan sentiasa dilakukan oleh OIC.

 

Secara hakikinya, kebaculan dan tidak relevenannya OIC dapat dilihat sejak dahulu. Pada sidang kemuncak 2003 di Malaysia, OIC seolah-olah harimau yang hilang taring apabila draf resolusi yang meminta rejim Amerika mengundurkan tenteranya dari Iraq `dengan mengikut jadual yang ketat', ditarik balik dan diganti dengan kenyataan lain yang begitu lemah di mana OIC sekadar meminta Amerika berundur dari Iraq `seberapa segera'. OIC sekali lagi diperkotak-katikkan pada akhir 2000 apabila India dengan bongkaknya menolak resolusi OIC berkenaan Kashmir yang dibuat di Doha. Permintaan seperti pengunduran Israel dari kawasan-kawasan Palestin yang dicerobohnya sejak 1967 terus berlalu tanpa sebarang tindakan jelas bagaimana ianya dapat dilaksanakan. Deklarasi atau gesaan OIC kepada PBB atau Majlis Keselamatan PBB hanyalah seperti `anjing menyalak bukit', tiada guna dan tidak berfaedah sedikit pun, apatah lagi jika ditinjau dari sudut hukum syara', ia jelas-jelas haram.

 

Kesatuan yang cuba dibentuk di dalam OIC juga hanyalah sebuah kesatuan yang di asaskan atas manfaat yang rapuh. Krisis kepimpinan di dalam OIC pernah disuarakan. Ini dikuatkan lagi apabila sejak akhir-akhir ini suara desakan agar berlaku perubahan dramatik di dalam OIC mula kuat kedengaran sejak Kemuncak Doha pada tahun 2005 [IslamOnline.net]. Melihat ke akar umbi, masing-masing negara anggota sebenarnya mempunyai agenda tersendiri yang kadangkala bercanggah dengan aspirasi OIC itu sendiri. Kononnya ingin bersatu, hakikatnya sering berseteru - Iraq dan Iran terjebak dalam kancah perang saudara selama lebih kurang 8 tahun, menyaksikan sejarah pembunuhan sesama Muslim yang begitu menyayat hati. Kuwait `diceroboh' oleh Iraq pada 1991, sudahnya menyebabkan campur tangan rejim Amerika secara langsung di dalam krisis ini. Apa reaksi OIC? Kebanyakan dari negara-negara anggota (terutama negara-negara Arab) dengan rela hati menyerahkan pengkalan di negara mereka kepada rejim Amerika dan sekutunya untuk menyerang Iraq. Lain-lain negara anggota OIC terus meng'amin'kan tindakan rejim Amerika yang mengebom dan membedil serta membunuh saudara seagama di Iraq. Pada satu masa OIC mengutuk Israel dan menggesa ahlinya memutuskan hubungan dengan Israel, pada masa yang sama terdapat beberapa negara anggota yang menjalin hubungan baik dengan Israel. Contohnya Turki yang mengadakan pakatan strategik dengan Israel dan Mesir serta Jordan yang mempunyai perjanjian damai dengan negara yang terlaknat itu.

 

OIC – Harapan Yang Punah

 

Realitinya, OIC sememangnya lemah dalam apa jua tindakan yang diambilnya. Sebagai sebuah badan yang sentiasa takut dan tunduk kepada PBB, OIC tidak akan ke mana. Dan setelah kita menyedari harapan sia-sia umat kepada PBB (SN minggu lepas), maka kita tidak dapat lari dari kenyataan bahawa harapan umat terhadap OIC akan melalui jalan yang sama. Dalam isu Lebanon ini, semua tindakan yang dibuat oleh OIC hanya sekadar `reaksi' kepada masalah, bukannya penyelesai. Para pemimpin OIC hanyalah sekadar watak yang samada sedar atau tidak, sedang melakonkan `kisah benar' dalam sebuah pementasan yang diarahkan oleh sutradara terkenal, Amerika dan dibantu oleh Israel.

 

Secara ringkasnya, tragedi yang sedang berlaku di Lebanon sekarang adalah salah satu daripada percaturan politik dunia yang sedang dimainkan oleh rejim Amerika melalui proksinya Iran dan Syria bagi kesinambungan usahanya untuk Timur Tengah Baru (The New Middle East). Dalam percaturan ini, Hizbullah dijadikan kambing korban yang digembalakan menerusi Syria dan Iran bagi mengukuhkan cita-cita Israel yang mempunyai pelan tersendiri untuk menubuhkan Israel Raya yang berkuasa dari Sungai Nil hingga ke Sungai Euphrates. Di samping itu, krisis ini juga akan digunakan Amerika untuk menyekat kembalinya pengaruh Eropah (terutamanya British dan Perancis) dari kembali ke persada geo-politik Timur Tengah. Rejim Amerika, yang sedang menggadaikan nyawa Hizbullah, akan memastikan pelan Timur Tengah Barunya berjalan lancar agar aib yang telah diterimanya di Afghanistan dan Iraq dapat dialih dari tumpuan dunia dan seterusnya mengukuhkan kepentingannya di wilayah tersebut. Buat sementara waktu sekarang ini, dunia akan `melupakan' kekejaman dan keganasan Amerika ke atas Iraq dan Afghanistan.

 

Inilah pementasan yang sedang dijalankan oleh rejim Amerika dengan meletakkan barisan pelakon seperti PBB, OIC, Eropah, Iran, Syria dan Israel yang masing-masing memainkan peranan yang dicipta samada secara sedar mahupun tidak. Setelah ribuan umat Islam dibunuh dan Hizbullah dapat dilumpuhkan, babak seterusnya adalah mengadakan gencatan senjata, tetapi ia tidak akan dibuat serta-merta. Sang pengarah akan memastikan bahawa perkara ini berlaku hanya setelah ia berpuas hati dengan segala adegan atau babak yang diatur. Dunia yang menjadi penonton selepas itu akan turut berpuas hati dan menutup mulut dengan `keamanan' yang dicipta hasil dari gencatan senjata ini. Wahai kaum Muslimin!! Adakah kalian hanya ingin menjadi `penonton setia' terhadap drama kejam ini? Adakah kalian akan berpuas hati jika gencatan senjata dilakukan, setelah Israel dan Amerika puas melakukan pembunuhan terhadap saudara-saudara kalian? Apakah ini yang kalian harapkan dari OIC atau PBB? Gencatan senjata bukannya jawaban kepada kebiadaban rejim Israel dan Amerika ke atas Lebanon!.

 

Antara Kewajipan & Harapan

 

OIC adalah salah satu platform yang sengaja dibiarkan wujud oleh Amerika la'natullah agar momentum umat Islam terus menerus berpusing dalam lingkaran yang tiada jalan keluar. Segala deklarasi OIC yang bertentangan dengan aspirasi mereka akan dibakul-sampahkan. Segala resolusi OIC yang bertentangan dengan pelan induk mereka pasti akan di`veto'kan. Akhirnya, OIC akan terus lesu dan terus lesu tanpa dapat melakukan apa-apa kecuali sekadar melahirkan `rasa kecewa' dan `mengutuk' tindakan-tindakan biadab yang dilakukan oleh rejim Israel dan Amerika ke atas umat Islam.

 

Umat perlu sedar dan bangkit mengingatkan pemimpin-pemimpin mereka bahawa konflik di Lebanon bukanlah isu Hizbullah semata-mata, bukan juga isu Palestin atau Lebanon semata-mata tetapi ia adalah isu umat Islam. Ia adalah isu bagi mereka yang mengucapkan kalimah yang sama sebagaimana yang diucapkan oleh Hizbullah dan Palestin. Ia adalah isu yang memerlukan pembelaan segera dari para pemimpin yang yang sepatutnya memelihara umat Islam dan menjaga agama Allah. Rasulullah Sallallu `alaihi wa Sallam mengingatkan kita bahawa setiap titik darah seorang muslim yang tumpah ke bumi adalah lebih berharga di sisi Allah dari seisi Ka'abah dan sekelilingnya. Oleh itu, ingatlah wahai para pemimpin, kamu wajib menjaganya dan kamu akan di soal oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala tentang setiap titik darah yang tidak kamu bela. Allah akan menyoal kamu tentang setiap deklarasi kosong yang kamu ambil di bawah OIC yang dengannya kamu membiarkan darah umat Islam terus membasahi bumi Lebanon. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,

 

"Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita mahupun anak-anak yang semuanya berdoa: Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau!" [TMQ an-Nisa'(4):75].

 

Sesungguhnya umat Islam adalah umat yang satu. Tiada yang membezakan antara kita dan mereka yang sedang menderita di Lebanon dan Gaza. Tanah mereka yang dicerobohi oleh rejim zionis adalah tanah kita umat Islam. Umat Islam sedang mengharapkan seorang pembela yang mampu menyelamatkan mereka. Umat Islam menantikan kemunculan seorang lagi Salahuddin Al-Ayubi yang boleh membebaskan mereka dari cengkaman kufur. Ummah mengharapkan pembela seperti Khalifah Mu'tasim yang benar-benar menjaga kehormatan dan kemuliaan kaum Muslimin. Pahlawan-pahlawan ulung Islam ini menyedari akan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka. Mereka bangkit melaksanakan tanggungjawab dan amanah tersebut berdasarkan tuntutan syara', bukannya menagih simpati dari musuh agar musuh mengasihani kaum Muslimin.

 

Umat Islam memerlukan pelindung yang mampu menggentarkan setiap sendi musuh. Umat Islam memerlukan perisai yang mampu melaksanakan tanggungjawab berdasarkan fikrah dan thariqah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallu `alaihi wa Sallam. Umat Islam memerlukan Khilafah. Kekuatan rejim Israel dan Amerika hanya boleh dijawab dengan kekuatan Khilafah Islam, yang pasti datang untuk menghancurkan mereka. Musuh Allah yang selama ini membunuh, mencabul dan menghina umat dan Islam perlu dibawa bersemuka dengan pelindung sebenar umat Islam, Al-Khalifah.

 

Sesungguhnya, untuk merealisasikan Khilafah bukanlah sesuatu yang susah. Namun yang menjadi penghalang utama adalah pemikiran pemimpin-pemimpin kaum Muslimin yang hanya mementingkan kuasa, ingin mengekalkan kekuasaan dengan menjaga sempadan geografi yang telah direka oleh penjajah. Sekiranya pemikiran kufur ini dapat dihindari dari benak pemimpin kaum Muslimin, maka, jalan menuju kepada kekhilafahan akan terpampang jelas di depan mata. Jika kaum Muslimin dapat bersatu di bawah satu Daulah dan dipimpin oleh seorang yang bergelar Khalifah, maka kaum kuffar tidak akan dapat memudharatkan kita sedikitpun. Saat itu, pertolongan Allah akan bersama kita. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,

 

"Mereka sekali-kali tidak akan dapat membuat mudharat kepada kamu, selain dari gangguan-gangguan celaan saja, dan jika mereka berperang dengan kamu, pastilah mereka berbalik melarikan diri ke belakang (kalah). Kemudian mereka tidak mendapat pertolongan." [TMQ al-Imran(3):111]

 

Khatimah

 

Untuk pemimpin-pemimpin umat Islam yang ikhlas, tidakkah kamu lihat kewujudan dunia sekular yang tidak membawa manfaat melainkan kehancuran dunia keseluruhannya? Tidakkah kamu merasai bagaimana umat Islam ditindas dan bagaimana Islam diserang di seluruh dunia? Cukupkah sekadar kamu bersyukur dirahmatkan Allah dengan keadaan yang aman tanpa menyedari bahawa kekecohan di kawasan saudaramu adalah kekecohan yang berlaku di kawasanmu juga?

 

Tidakkah kamu melihat di mana musuh-musuh Islam memaksa kamu berdiri di barisan mereka dalam semua jenayah yang telah mereka lakukan ke atas umat Islam? Tidakkah kamu lihat sewaktu salah seorang dari mereka memasuki kancah peperangan memerangi umat Islam maka kesemua kamu akan turut terjun ke kancah peperangan itu, sebaliknya kamu berpecah belah dan lari dari peperangan kerana mengikut telunjuk mereka? Tidakkah kamu sedar bahawa apabila mereka dicederakan, mereka memaksa dunia untuk menitiskan air mata bersama mereka? Tetapi apabila anak-anak kamu dibunuh dengan kejam, mereka tersenyum dan ketawa dengan membiarkan kamu teresak-esak sendirian? Tidak mampukah kamu memahami bahawa jika sekiranya kita berdiri sebagai satu umat seperti yang telah diperintahkan oleh Allah dan RasulNya, permasalahan ini mampu diselesaikan dalam sekelip mata?

 

Wahai pemimpin-pemimpin umat Islam!! Dengarlah rintihan suara umat Islam. Hati dan perasaan mereka adalah dari Islam. Mereka merintih mengharapkan Deen Allah Subhanahu wa Ta'ala diterapkan dan bersedia untuk menyokong kepimpinan yang ikhlas. Pahlawan-pahlawan kita telah tertunggu-tunggu Jannah mereka dan bersedia untuk melancarkan Jihad ke atas mereka yang menjajah dan menodai tanah Islam dan mereka yang memerangi Islam. Mereka menyeru akan kesatuan umat Islam dengan pengembalian Islam secara total dalam kehidupan. Dengarlah seruan rakyatmu, kami memerlukan kamu menyatukan kita semua di bawah satu kekuatan – Khilafah. Kami umat Islam memerlukan kamu menghantar pasukan tentera, semata-mata kerana Allah, untuk memerangi kaum kuffar di atas kekejaman mereka ke atas umat Islam.

 

Demi Allah! Kamu yang mengaku pemimpin kepada orang-orang Islam, perlulah melaksanakan Islam sepenuhnya. Dan bersemukalah dengan kuffar dengan satu suara dan sokongan dari umat. Cukuplah segala kehancuran, kematian dan kesengsaraan yang telah mereka akibatkan. Kami menyeru kepada kamu untuk menegakkan dan melaksanakan Deen yang telah dibawa oleh Rasulullah Sallallu `alaihi wa Sallam. Kami menyeru agar kamu berusaha dengan segala keupayaan yang ada untuk membebaskan kesemua tanah umat Islam; bukan sekadar Lebanon dan Palestin semata-mata tetapi juga Iraq, Afghanistan dan keseluruhan dunia yang diliputi kekejaman kuffar. Pulihkanlah kembali kehormatan, keamanan dan keselamatan umat Muhammad Sallallu `alaihi wa Sallam dengan menegakkan kembali Khilafah Rashidah `ala minhaj nubuwwah dan InsyaAllah kamu akan menerima ganjaran dari Tuhan sekelian Alam.

 

"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun denganKu, dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik" [TMQ an-Nur(24):55]

 

Posted at 05:31 pm by fareaster
Bagi Comment  




Friday, August 11, 2006
Memperkasa Umat Menghadapi Cabaran Global

Memperkasa Umat Menghadapi Cabaran Global

Oleh

Ustaz Hj. Abdul Ghani Samsdin


I.Pendahuluan

Era penjajahan dan penguasaan sistem perundangan dunia serta pertubuhan antara bangsa yang dicorakkan oleh kuasa penjajah Barat dan sekutunya terhadap dunia Islam dan dunia ketiga amnya ternyata masih belum berakhir. Umat Islam masih di belenggu, diuruscara dan dipantau oleh jaringan penjajah dengan kerjasama kumpulan liberal-sekular yang menguasai pemerintahan dikebanyakkan negara umat Islam berkenaan. Kemerdekaan yang dinikmati sebenarnya masih cacat dan terbelenggu walaupun pekikan kemerdekaan dan perisytiharan kemerdekaan telah dikumandangkan bertahun-tahun lamanya.

Anihnya kuasa penjajah dari Blok tamadun Barat dan Zionist sedunia sering mengelak untuk mendefinisikan dengan tepat dan jitu erti kebenaran dan keadilan yang sering mereka warwarkan. Menurut Chomsky :sejak lima kurun yang silam serangan salib terhadap umat dan Negara umat Islam terus meneruskan dilakukan secara terang-terangan maupun secara tersembunyi. Serangan yang berterusan dengan pelbagai cara hanya untuk melakukan genocide terhadap orang lain.

British telah membunuh ramai umat Islam di benua India dan Afrika. Perancis sahaja pernah membunuh 8 juta muslimin dalam tempoh sekitar 130 tahun silam. Arus pertembungan terus berlaku antara kumpulan peradaban Euro-American di sebelah pehak dan Islam di sebelah yang lain.

Bertolak dari pemikiran keagamaan animist purba yang mengandaikan pertembungan berterusan komuniti tuhan dalam pemikiran Greec kuno, sampai kepada pemikiran falsafah Nitsche dan Hegel, pemikiran eknomi yang berasakan kepada pertarungan kasta dan kekejaman kapitalisme yang sering memehak kepada kepentingan orang kaya untuk merealsiasi apa yang disebut globalisai kemiskinan demi menidakan empat perlima kehadiran penduduk dunia, hinggalah kepada penampilan pemikiran The End of History oleh Fokoyama; untuk kepentingan Kapitalisme , selain dari ; Pertembungan Peradaban tulisan Huntington serta gurunya Bernard Louis ahli fikir Zionist Britain; kumpulan Euro American tidak jemu jemu menatar pemikiran tentang perlunya dihapuskan umat Islam dengan apa cara sekalipun.

Kecenderungan pemikiran yang herot dan chauvinistic ini telah menyebabkan kelompok berkenaan bersikap double standard dalam menanggapi krisis Israel dan Arab. Mereka sering menhalang keberkesanan fungsi PBB dan Majlis Keselamatan Dunia. Mereka memfubrikasikan bentuk-bentuk terrorisme tertentu melalui agen-agen sewaan mereka atau golongan muslimin yang berfikiran senting, golongan awam yang tidak dikenali orang untuk menjustifikasikan tindakan pembunuhan beramai-ramai terhadap bangsa-bangsa umat Islam hanya kerana kesalahan yang bersifat individu atau oleh kumpulan kecil umat. Anihnya mereka terus menjatuhkan hukuman tanpa pengadilan yang betul atau mengikut tataca penghakiman yang lumrah . Hingga kinipun peristiwa 11 September masih jauh dari pengadilan yang saksama oleh Mahkamah Antarabangsa.1

Sejajar dengan ketidakadilan berkenaan ; Di Mesir – umpamanya - suara umat dan gerakan Islam terus ditekan. Dari semasa kesemasa penangkapan terhadap para pemimpin Ikhwan Muslimin yang menjuarai gerakan rakyat terus dilakukan baik di Kaherah mahupun di Elexandria dan kota-kota yang lain.Demonstrasi rakyat diganyang dan diganasi oleh polis dengan menjatuhkan martabat kemanusiaan penunjuk perasaan berkenaan. Di Jordan beberapa orang ahli parlimen Islam ditangkap hanya kerana mengucapkan takziah kepada keluarga Zarqawi yang dituduh sebagai terrorist oleh Amerika dan sekutunya.Di Palestin, Perdana Menterinya perlu minta izin kepada pehak berkuasa Israel seminggu lebih awal sebelum diizinkan keluar dari kawasan; apatah lagi untuk keluar Negara. Berpuluh ahli parlimen dan wakil rakyat Palestin termasuk speakernya di tahan atas tuduhan menganggotai kumpulan terorist.

Di Lebanon Kemerdekaan dan kedaulatan Negara tersebut diratah dengan dahsyatnya oleh Israel bagaikan daging mentah setelah mereka dan Amerika berjaya menghalau tentera Syria dari mempertahankan Lebanon sedikit masa dahulu. Pengarah Human Rights Watch yang berpusat di New York Kenneth Roth baru-baru ini menegaskan tentang tanggongjawab tentera Israel sepenuhnya terhadap dosa pembunuhan berama-ramai rakyat Lebanon di Qana. Beliau menegaskan:

"Today's strike on Qana, killing at least 54 civilians, more than half of them children, suggests that the Israeli military is treating southern Lebanon as a free-fire zone”"The Israeli military seems to consider anyone left in the area a combatant who is fair game for attack."He said Israel has no excuse whatsoever to target innocent civilians."Just because the Israeli military warned the civilians of Qana to leave does not give it carte blanche to blindly attack," Dalam kenyataan akhbarnya beliau menegaskan lagi:."It still must make every possible effort to target only genuine combatants."2

:

Di Malaysia pertuduhan sebagai KMM dan penahanan tanpa bicara telah memangsakan ratusan rakyat di bawah ISA. Pada satu Ogos 2006 yang lalu genap 46 tahun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dikuatkuasakan di persada Malaysia. Selama itulah, berpuluh ribu rakyat telah menjadi mangsa penahanan tanpa bicara, penyeksaan dan pencabulan hak asasi manusia berlaku. Menurut Pengerusi Gerakan Memansuhkan ISA saudara Syed Ibrahim, :

Akta yang kejam ini digunakan oleh semua Perdana Menteri untuk menindas rakyat jelata yang dahagakan demokrasi dan keadilan.

Sebagai contoh, pada tahun 1960-an, ISA digunakan untuk melumpuhkan gerakan kesatuan sekerja dan parti politik pembangkang yang begitu aktif.

Sementara pada tahun 1970-an, selain daripada kesatuan sekerja dan aktivis politik, mahasiswa dan para pensyarah yang aktif dalam gerakan sosial pula dijadikan mangsa ISA.

Pada tahun 1980-an, golongan yang dijadikan mangsa lebih meluas sehingga para aktivis alam sekitar, gerakan agama dan aktivis hak wanita turut dizalimi.

Awal 1990-an, kumpulan agama seperti Al-Arqam, pengikut Syiah dan aktivis Reformasi turut dijadikan sasaran kezaliman ISA, katanya.

Kemuncaknya, pada tahun 1998 apabila mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dibelasah oleh Ketua Polis Negara (ketika itu), Tan Sri Rahim Noor, semasa dalam tahanan, ISA digunakan mengelakkan diketahui umum.”3

. Demokrasi dipalsukan untuk meneruskan kekuasaan regim yang menghakis maruah dan kedaulatan umat. Mahasiswa terbelenggu dengan AUKU. Media massa memberikan gambaran serta maklumat sebelah pehak sehingga menimbulkan keherotan yang parah terhadap keseimbangan pemikiran dan kewarasan rakyat.

Sekolah agama dan pondok tradisional yang mendidik rakyat dituding sebagai penyebab kemunduran dan menjadi sarang pengganas. Gerakan politik Islam dilihat sebagai musuh peradaban dunia dan manusia. Al Quran dan sunnah Rasul dianggap sebagai punca ideology jahanam yang melahirkan penjahat dunia yang bersedia bunuh diri demi membunuh tentera Imprealist , Zionist dan rakyatnya. Sebab itu golongan Islamist mesti diperangi dan dihalang daripada berkuasa meskipun kalau perlu proses demokrasi itu dikhianati.

II.Strategi Politik Kuasa Besar

Dalam arena antara bangsa pula strategi politik yang digunakan oleh Negara Kuasa Besar telah berubah . Kalau pada suatu masa dahulu strategi politik ialah dengan mendorong proses demokrasi diamalkan dinegara Negara Arab dan umat Islam yang lain untuk menghasilkan reformasi dan mengatasi konflik dalaman yang tidak berkesudahan . Perkara ini ditekankan di samping menggalakan konsep good governance dan pembelaan terhadap hak asasi manusia. Tapi kini persepsi dan strategi politik Negara kuasa besar terhadap Timur Tengah – umpamanya - telah berubah.

Sejak Israel melancarkan serangan besar-besaran memusnahkan Palestin dan Lebanon Amerika semakin berkecenderungan untuk membentuk pakatan strategi dengan penguasa dan pemimpin Negara Arab Diktator tertentu untuk memusnahkan golongan apa yang dipanggil“ Muqawamah” atau pejuang pembebasan nasional; baik Hamas di Palestin maupun Hizbullah di Lebanon. Polisi dan strategi ini menggantikan strategi menggalakan perkembangan demokrasi, reformasi terhad, dan pembelaan hak asasi. Ini kerana perkembangan demokrasi di Negara umat Islam dan Arab dianggap akan melahirkan serta menonjolkan kepimpinan gerakan politik Islam dan aktivist madani Islam yang memusuhi kepentingan Amerika , Israel dan sekutu Baratnya. Dasar memehak kepada regim korup yang sedang berkuasa dan menindas rakyat diteruskan semula kerana mereka dianggap dapat melindungi kepentingan Amerika di Negara berkenaan.

Perkara ini ditegaskan oleh penganalisa politik Islam online Mohd. Jamal ‘Arafah baru-baru ini. Beliau menegaskan:

ولهذا بدأ التخلي الأمريكي تدريجيا عن فكرة نشر الديمقراطية وتفريغ مفهوم الشرق الأوسط الديمقراطي من مضمونه الحقيقي الأول وهو الديمقراطية بدعوى أن القوى الإسلامية المتطرفة (خصوصا حركات المقاومة) تسعى لتقويض هذه التجربة الديمقراطية واختطافها لصالحها، والتركيز على محاربة هذه المقاومة، وإقناع الأنظمة العربية القديمة بالمشاركة في هذه المعركة باعتبار أن المقاومة خطر على الأنظمة وأمريكا معا!.

أما الهدف الحقيقي لهذه الخطة فهو الوصول إلى شرق أوسط جديد تهيمن عليه إسرائيل وتقوده بالوكالة عن واشنطن، مع القبول بدولة فلسطينية صغيرة منزوعة السلاح ومقسمة جزأين وتعيش جنبا إلى جنب مع الدولة الصهيونية، ونزع سلاح المقاومة ووضعها تحت إمرة الحكومات المتعاونة مع مشروع الشرق الأوسط الأمريكي الجديد.4

Menurut beliau strategi baru khasnya yang berkaitan dengan Palestin dan Lebanon untuk menghapuskan Hamas dan Hizbullah berpaksikan kepada dua tonggak iaitu:

  1. Menggunakan pendekatan ketenteraan dengan cara membantu jentera dan peralatan perang Israel bahkan dengan menekan Israel agar jangan menamatkan pencerobohan dan menerima gencatan senjata; sebaliknya Israel mesti terus menyerang dan memusnahkan Hizbullah dan Hamas.
  2. Pendekatan lunak ialah dengan mengadakan perkongsian atau kerjasama dengan regim pemerintah Arab yang menyokong perdamaian dengan Israel yang juga sekuturapat Amerika agar berkerjasama dengan perancangan Amerika melumpuh dan membegal kumpulan pembebasan , mengeringkan sokongan rakyat terhadap mereka justeru regim tersebut dianggap sebagai orang tengah dunia Arab dan Islam dengan Amerika.

III.Ciri dan Tujuhala Strategi Baru

Ciri dan tujuhala strategi baru ini dapat dikesan dengan tindakan berikut:

1. Setelah Israel hampir selesai membedil dan meruntuh sasaran asas di Lebanon Amerika malah menganjurkan agar Israel meneruskan lagi penyerangannya terhadap Lebanon dengan niat melemahkan lagi keupayaan tempur Hizbullah sebelum berrunding di meja perundingan. Amerika juga turut menggagalkan usaha PBB , usaha Negara G8 untuk merealisasi gencatan senjata baru-baru ini.

2. Apabila Israel mengadu kesukaran mengebom sasaran ketenteraan Hizbullah dan kelihaian mereka menyembunyikan diri dalam benteng pertahanan bawah tanah Amerika menurut laporan News Week 22Julai 06 segera menghantar lebih seratus bom GBU28 penembak tepat seberat 2268 kilogram untuk memusnahkan benteng kebal di bawah tanah melalui pancaran lesser dan penyelarasan stalet.

3. Dalam masa yang sama digemburgemburkan melalui jaringan media massa secara luas bahawa pejuang pembebasan sebenarnya tidak bertindak untuk kepentingan Lebanon tetapi ialah untuk memenuhi kepentingan strategi Iran dan Syria. Oleh itu mereka sebenarnya tidak menghiraukan kerugiaan yang akan menimpa rakyat Lebanon , mereka tidak mempedulikan kepentingan nasional Lebanon. Akhirnya tuduhan Bush yang mengatakan perbuatan Hizbullah menyembunyikan roket dicelah rumah penduduk awam adalah suatu pencabolan terhadap demokrasi serta usaha untuk menjatuhkan kerajaan Lebanon yang dipilih secara demokratik dan ini menunjukkan bahawa Hizbulah bukan sahabat sejati Lebanon. Sebaliknya Hizbullah telah mendedahkan kemajuan pembangunan Lebanon dalam bahaya kemusnahan. Oleh itu Hizbullah sebenarnya telah mengkhianati rakyat Lebanon.

4. Saluran media Fox News yang mewakili aliran ekstrimis kanan dalam pentadbiran Bush baru-baru ini menerangkan secara tidak langsung bahawa Amerika ikut serta dalam perancangan ketenteraan Israel menyerang Lebanon . Hal ini telah merunsingkan pentadbiran Amerika yang dengan serta merta melalui jurucakap rumah putih Tony Snow menafikannya. Beliau berkata: Kami tidak membuat rancangan ketenteraan bersama Israel. Kami hanya mengatakan kepada mereka bahawa kalian perlu mengawal perasaan. Namun situasi harus berubah. Sebab Hizbulah tidak boleh dibenarkan melemahkan kerajaan Lebanon dan menggugat kestabilan di rantau berkenaan. Snow mengukuhkan lagi dakwaannya dalam NBC bahawa : Kami tidak merancang bersama atau melakukan latihan ketenteraan bersama Israel.

IV.Situasi Dalam Negara

Di persada tanah air kita dikejutkan dengan berbagai permasalahan. Antaranya:

  1. Agama

Gejala murtad semakin berleluasa, bilangan dan angka yang disebut oleh mufti Perak baru-baru ini masih sedikit kalau dibandingkan hakikat yang sebenar dari sudut ilmu akidah tentang criteria kemurtadan. Serangan terhadap status dan kewibawaan ajaran syara’ terus dilancarkan oleh kumpulan artikel 11 dan kuncu-kuncu mereka.

Menurut Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), kumpulan Artikel 11 yang mengatakan seseorang itu bebas menukar agama, sebenarnya mempromosikan jenayah, justeru murtad adalah satu jenayah mengikut undang-undang negara ini. Ini dinyatakan dalam enakmen jenayah syariah di setiap negeri yang meletakkan murtad dalam kategori jenayah.

"Perlembagaan Persekutuan dalam Jadual 9 jelas menyatakan bahawa kerajaan negeri berkuasa untuk mewujudkan undang-undang yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam."

"Oleh sebab itu hampir semua enakmen yang wujud di negeri-negeri telah meletakkan murtad dalam enakmen jenayah syariah. Ini bermakna sesiapa yang ingin mengubah kedudukan murtad sebagai suatu hak, bermakna mereka telah memberi hak kepada seseorang untuk melakukan jenayah.

Kumpulan Artikel 11 yang mendakwa mereka memperjuangkan hak individu atas dasar Perkara 11 dalam Perlembagaan sepatutnya membaca peruntukan Perkara 11 itu bersama dengan peruntukan yang lain Kerana adalah tidak wajar, dari segi undang-undang untuk hanya mengambil satu peruntukan sahaja dan tidak mengaitkan dengan peruntukan-peruntukan di bahagian lain dalam Perlembagaan Persekutuan.

Rakyat Malaysia sudah bersepakat dalam Perlembagaan Malaysia, beberapa perkara tidak boleh dipertikaikan seperti kuasa Raja-Raja, kedudukan bahasa Melayu, hak istimewa orang Melayu dan kedudukan agama Islam dalam negara.Oleh itu Kumpulan Artikel 11 tidak boleh mempersoalkan perkara yang sudah disepakati dalam Perlembagaan Persekutuan."5

Menurut PEMBELA dalam memorandum khasnya kepada Perdana menteri baru-baru ini “Semenjak 49 tahun mencapai kemerdekaan, umat Islam dinegara ini telah hidup dengan harmoni bersama-sama penganut-penganut agama lain. Kini, beberapa kelompok dan individu telah cuba mengeksploitasi suasana toleransi yang sedia ada, dengan sengaja cuba mencampuri urusan dalam menentukan bagaimana umat Islam seharusnya mengamalkan ajaran agama Islam. Kelompok-kelompok dan individu ini telah menggunakan Mahkamah untuk merendah-rendahkan status Islam yang telah pun diperuntukkan di dalam Perlembagaan .

Terdapat beberapa usaha agresif yang cuba menyeret isu berkaitan Islam ke Mahkamah dengan niat utama untuk merendahkan status Mahkamah Syariah. Kewujudan kelompok antara agama dan Artikel 11 adalah di antara beberapa usaha yang tidak diiktiraf untuk menyerang Islam di atas dakwaan mempertahankan hak kemanusiaan sejagat.

     Serangan berterusan ini adalah untuk mencabar kewibawaan Perlembagaan yang mana seandainya berjaya, akan menimbulkan beberapa implikasi jangka panjang di dalam pembentukan identiti Melayu, kedaulatan Raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam, dan kuasa pentadbiran Majlis Agama Negeri.

  1. Sosial:

Gejala maksiat malah semakin menjadi-jadi, jenayah bunuh termasuk bunuh ibu sendiri oleh keluarga di Raja, zina , rogol , curi ,culik, minum arak, berjudi dan sebagainya semakin berleluasa dalam masyarakat..

Manakala tindakkan menghina ajaran agama Islam ,peranan dan pengaruh media, orang bukan Islam, kumpulan-kumpulan penentang Islam yang memperolehi bantuan antarabangsa .Di samping isu-isu yang sensitif kepada cara mengamalkan ajaran Islam telah diberi liputan oleh media dan dibincangkan secara terbuka dan dicabar , menyebabkan kekecewaan, tekanan, syak-wasangka, terhadap Islam dan umatnya semakin merebak

Sebagai contohnya,- menurut PEMBELA - ketua kumpulan penekan orang-orang Islam secara terbuka mengatakan perempuan-perempuan Islam di Malaysia  sebagai golongan kelas kedua, sentiasa didiskriminasikan, ‘bound and gagged’ dan tidak ada bezanya daripada golongan yang mengalami keadaan apartheid.

Kumpulan yang sama di platform antarabangsa merendahkan Islam dan menuduh Syariah  berpihak kepada jantina tertentu sahaja. Kajian telah menunjukan bahawa tidak ada bukti  kukuh untuk menyokong kenyataan ini di Malaysia.   

Semua serangan terhadap Islam telah ditambah dengan ‘Islamophia’ yang menyebabkan orang bukan Islam melihat orang Islam secara negatif dan membuatkan orang Islam merasa ‘defensive’ dan apolegitik terhadap Islam. 

Walaupun arahan PM kepada kumpulan 11 telah dikeluarkan pada 26 Julai lepas namun program mereka untuk menggugat dan menceroboh mertabat agama Islam tetap diteruskan. Malangnya kumpulan inidisertai oleh beberapa kerat kumpulan dan individu orang Islam yang kita ragui keislaman mereka.

Kita bimbang gerakan ini bertujuan menimbulkan ketidakstabilan dalam negara ini sebagai langkah awal untuk menjemput kuasa asing masuk campur dalam urusan dalam negara kita dalam rangka melebarkan lagi hegemoni kuasa Imprealist baru.

  1. Politik

Pentas politik memperlihatkan sifat tidak demokratiknya pemerintah dalam menguruskan pemerintahan. Gejolak politik mutakhir mempamirkan pertarungan antara PM dan ex PM. Pergisiran tersebut menyerlahkan lebih banyak lagi bukti kelemahan pemerintah dan ketidakupayaannya mengatasi masalah rasuah, salah guna wang rakyat, pengurusan kewangan yang membazir, projek mega yang mengayakan kroni, sikap tidak telus kerajaan, amalan politik yang jauh dari piawai demokrasi yang sebenar dan berbagai lagi kejahatan lain yang diwarisi oleh pemimpin kerajaan kini.

d) Ekonomi

Pembangunan adalah suatu mercu tanda kebebasan dan piawai demokrasi. Tanpa prasarana kesihatan, pendidikan, perumahan , kedudukan eknomi yang stabil sudah tentu demokrasi sukar diamalkan. Rakyat yang terbelenggu oleh kejahilan, kemiskinan , penyakit dan sebagainya sangat mudah untuk diperasugut dan digula-gulai untuk membuat keputusan politik yang merugikan mereka. Usaha negara kaya untuk terus menjadikan negara dunia ketiga dan negara umat Islam umumnya terus miskin dan tetap bergantung dengan mereka sangat jelas terpampang dengan berbagai polisi sedunia dan serantau yang membelenggu mereka.

Tindakan untuk menampilkan matawang bersama untuk negara Islam atau negara membangun masih jauh dari terlaksana. Dinar mas yang menjadi projek PM terdahalu ditentang oleh PM Malaysia kini. Pasaran bersama negar-negara Islam masih tersangkut-sangkut dan belum membawa kemakmuran yang diinginkan. Pembentukan Koperasi Islam Serantau dan Sedunia masih dalam peringkat perancangan.

e)Ketenteraan  

Peralatan ketenteraan kita berbanding negara jiran ternyata jauh tertinggal di belakang. Perbandingan angka dan jenis senjata yang dimiliki oleh Tentera Malaysia berrbanding Singapura telah merunsingkan banyak pehak yang prihatin terhadap masa depan kedaulatan negara. Menurut penulis yang membuat kajian dan tulisan berkenaan dilaporkan oleh sebuah akhbar tabloid :

Pada tahun 2003 Singapura telah menyertai program pembangunan pesawat pejuang tercanggih F-35 Joint Strike Fighter (JSF) yang dijangkan akan mula beroperasi pada tahun2015. Dalam masa akan datangRSAF dijangka akan beroperasi dengan menggunakan dua jenis pesawat pejuang iaitu F-35 dan F-15.”

Di atas kertas keupayaan RSAF (tentera udara Singapura) jauh ke hadapan jika dibandingkan dengan TUDM. Walaupun negara Singapura begitu kecil tetapi kekuatan tentera udaranya membayangkan bahawa negara tersebut adalah gergasi pertahanan udara dirantau ini6

Sekiranya laporan itu benar maka kerajaan perlu bertindak membetulkan kepincangan tersebut demi maruah dan masa depan agama , bangsa dan negara.

Kita melihat depan mata kita bagaimana Israel yang telah dibina dan di bantu oleh Amerika dengan segala senjata canggih khasnya tentera udara memusnahkan kemudahan infrastruktur , orang awam dan harta benda rakyat Palestin dan Lebanon.

Malangnya apa yang kita lihat kini ialah keupayaan berjihad tidak ditingkatkan ; sebaliknya ada usaha untuk menuduh para mujahid sebagai pengganas yang mesti dikejar dan dibunuh atau di“ISA“kan

f) Media dan Alat Sebaran Am

Kebanyakan media dibolot oleh kroni parti yang memerintah baik yang bercetak mahupun elecktronik. Media raksaksa dimiliki oleh konglemerat asing yang berperanan menyibarkan pemikiran dan budaya liberal dan faham hedonisme dalam masyarakat. Suara oposisi gabongan alternatif dan rakyat terpinggir dan langka.

Dalam masa yang sama pengaruh media luar negara dan golongan anti kemerdekaan umat , anti Islam menyerlah diseluruh pelusuk negara . Inilah cabaran pemikiran dan budaya yang menghimpit dan menghakis jatidiri umat.

Satu-satunya ruang yang memberikan sedikit kehadiran pembangkang dan suara rakyat yang tertindas ialah ruang ciber atau sesawang internet. Namun ruang inipun sedang nazak dengan sekatan yang akan dibuat oleh pehak kerajaan atas alasan menjaga keamanan dan ketenteraman awam. Trend pemerintahan yang tidak demokratik nampaknya akan terus diperkasa oleh pehak-pehak yang berkenaan.

g) Perundangan

Peruntukan yang berkait dengan kedaulatan Islam, kedudukan dan kewibawaan Mahkamah syariah , urusan melindungi akidah umt dan sebagainya digugat oleh kumpulan Islam Liberal, IFC , kumpulan artikel 11 dan pembantu-pembantu mereka dari luar negara. Manakala golongan elit parti yang memerintah tidak menampakkan sikap pembelaan yang sewajarnya terhadap kepentingan Islam. Sebaliknya bersikap apathetic dan lembab betindak.

Dalam masa yang sama perang zalim terhadap umat dan negara orang Islam yang dilancarkan atas nama memerangi terrorisme oleh negara terrorist besar telah ditunggangi oleh pemerintah zalim di negara Arab dan bukan Arab untuk lebih menceroboh hak asasi rakyat dengan penggubalan berbagai akta zalim yang menindas serta membuat pindaan yang lebih mencerut leher kebebasan umat. Di Parlimen Malaysia baru-baru ini ditampilkan cadangan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2004 dan Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (pindaan) 2004 untuk memasukkan – antara lain - ungkapan “ ..the intention of advancing a political religious or ideological cause “ .Kesamaran ungkapan tersebut boleh menghukum setiap golongan yang tidak bersetuju dengan dasar kerajaan BN UMNO yang ternyata banyak menyimpang itu dengan hukuman 30 tahun penjara.Pindaan berkenaan menyerlahkan dengan jelas akan kecenderungan menindas dan menyekat suara, idealogi dan pandangan parti lain selain dari parti pemerintah yang berkuasa.

V. Langkah-Langkah Memperkasa Umat

Tidak mungkin umat diperkasa tanpa memperkasa negara . Sebab itu unsur unsur membangun dan memajukan negara adalah perlu dan merupakan prasyarat pembangunan menyeluruh .Pembangunan negara yang berkaitan dengan infrasturktur kebendaaan memang penting dalam memberikan jaminan taraf hidup yang sustainable dan mantap.Rakyat yang tidak cukup makan, pakaian, rawatan dan tempat tinggal tentu tidak dapat mengenal erti kesejahteraan hidup.

  1. Pembangunan Ekonomi dan Infrastruktur

Sebab itu pembangunan ekonomi sangat vital dan asas dalam usaha membangun modal insan dan meningkatkan kualiti udara, air, makanan , kesihatan dan sebagainya.

Pembangunan pula diukur dengan beberapa petunjuk khusus. Dalam hal ini ada kalangan yang mencadangkan agar Indeks Pembangunan negara atau ummah ini merangkum indeks pembangunan ekonomi , pembangunan sosial dan indeks pembangunan Islam berikut:

Petunjuk Ekonomi

  1. Pendapatan Per kapita yang tinggi
  2. Kadar Pengangguran yang rendah
  3. Kadar Perbandaran yang pesat
  4. Pendapatan Bualana purata yang lumaian
  5. Jumlah kereta dan motosikal berdaftar bagi setiap 1,000 penduduk
  6. Jumlah telefon bagi setiap 1,000 orang penduduk

Petunjuk Pembangunan Sosial

  1. Kadar Kemiskinan yang rendah
  2. Jumlah penduduk yang mendapat liputan bekalan air paip
  3. Jumlah penduduk yang mendapat liputan bekalan elektrik;
  4. Kadar kematian bayi bagi setiap 1,000 kelahian hidup
  5. Bilangan doktor bagi setiap 10,000 orang penduduk

Indeks pembangunan Islam

  1. Nilai kutipan zakat
  2. Bilangn amil
  3. Nilai aset perbankan Islam
  4. Nilai aset takaful
  5. Bilangan pelabur –pelabur di dalam saham amanah
  6. Nilai aset bersih pelabur –pelabur saham amanah
  7. Bilangan masjid dan surau
  8. Bilangan pendeposit dan jumlah deposit di dalam Tabung Haji
  9. Bilangan profesional Bumiputera Islam
  10. Bilangan sekolah-sekolah agama dan
  11. Bilangan murid dan guru sekolah agama”7

Namun menurut Prof Zainal Kling : Kefahaman yang lebih mendalam dan meluas terhadap keperluan manusia , bukan sekadar keperluan asasi, timbul dari kesadaran bahawa setiap individu ataupun kelompok manusia memerlukan tahap dan jumlah pendapatan yang berlainan untuk hidup selesa dan baik. Demikian juga, pelbagai negara dan bangsa mempunyai penegasan dan tekanan terhadap pelbagai faktor kehidupan yang sedikit berbeza dengan yang lain sebagai takrif dan pencapaian untuk hidup berkualiti. Dengan demikian negara-negara yang hampir sama tahap GNP per kapitanya akan mempunyai tahap pencapaian berlainan dari sudut ukuran hidup berkualiti. Selaras dengan kesadaran itu maka ukuran klasik dengan menggunakan GNP per kapita sahaja tidak lagi sempurna dan tidak lagi memadai untuk memastikan para penduduk yang berlainan kaadaan dan tahap pencapaian dalam negara menikmati hidup yang berkualiti serta maju.

Beliau mencadangkan supaya digunapakai Petunjuk Sosial Pembangunan Berasaskan kepada HDI (Human Development Index) berikut:

i. Ekonomi- pendapatan dan kemiskinan

ii. Trend demografi

iii.Komitmen terhadap kesihatan

iv. Komitmen terhadp pendidikan

v. Difusi Teknologi

vi. Prestasi ekonomi

vii.Ketaksamaan pendapatan dan penggunaan

viii.Struktur perdagangan

vx.Tanggungjawab bantuanluar dan kerjasama

x. Pengangguran

xi. Penggunaan tenaga dan kesan alam sekitar.

xii.Gender dan kesamaan dalam kuasa, pendidikan, serta ekonomi

xii.Hak asasi manusia.8

2. Merumuskan Indeks Pembangunan Konfrehensif Dari Perspektif Islam

Cadangan cadangan ini – walaupun kita akui baik dan sebagai langkah awal – namun masih belum sempurna. Indeks ini terrnyata lebih menekankan aspek kebendaan dan tidak menyentuh aspek pertahanan , pendidikan, monetary dan sebagainya . Oleh itu ia perlu dicerakinkan lagi dan dihalusi serta dirumus oleh berbagai pakar bidang ilmu seta disepakati bersama sebagai indeks petunjuk yang mewakili perspektif Islam yang sebenarnya untuk menjadi asas pembangunan dan pemerkasan negara atau umat secara menyeluruh.

Di samping itu entiti yang paling menonjol mewakili umat ialah kerajaan atau pemerintah. Teras Pemerintah ialah golongan pemimpin. Kumpulan elit politik dan wawasan perjuangan mereka yang memerintah sesebuah negara perlu ditukar dari semasa kesemasa berdasarkan kegagalan ideologi dan pengurusan mereka memerintah menurut penilaian rakyat. Suatu sistem kepimpinan yang membenarkan proses peralihan ini lah yang dipanggil dasar syura , muafakat atau yang kini dikenali sebagai kaedah yang demokratik.

3. Empowerment Kepimpinan

Empowerment kepimpinan bermaksud sistem pembekalan kepimpinan yang lebih dinamis perlu dinikmati oleh rakyat yang merdeka untuk meningkatkan kualiti golongan elit politik yang memimpin mereka. Dengan adanya perubahan kepimpinan yang menyeluruh menyebabkan rakyat dan negara sentiasa dipimpin oleh kumpulan yang terbaik dan cemerlang. Ini memerlukan wujudnya kebebasan jentera penyelenggara demokrasi seperrti SPR yang bebas (tidak dimilik partikan oleh parti yang memerrintah), Badan Kehakiman, media, jentera penguatkuasa dan pasukan keamanan dan keselamatan yang menjaga kepentingan rakyat yang lebih tinggi dari menjaga kepentingan parti pemerintah.

Sebab itulah kita dapati dalam negara maju dari sudut amalan demokrasi di mana rakyat mereka menikmati tahap kebebasan yang lebih tinggi dan maju, pemerintahan di negara berkenaan sering beralih teraju dari berbagai parti atau kumpulan elit politik yang merintah.Ini kerana menurut kemahuan rakyat yang bebas membuat pilihan . Manakala di negara mundur negara diperintah sekian lama oleh parti tertentu sahaja. Malah parti itupun didominasi oleh orang tertentu dan kroni asuhannya untuk terus berkuasa dengan penuh kelemahan, tanpa kualiti dan terus menindas rakyat dengan undang-undang dan akta draconion.

4. Pemurnian sistem kepemimpinan

Pemimpin mencerminkan rakyat. Mutu pemimpin adalah refleksi terhadap mutu rakyat dan akhlak mereka.Terdapat Aathar yang menegaskan : “Bagaimana kaadaan kamu begitulah halnya para pemimpin yang akan dinobatkan untuk kamu “. Oleh sebab itu proses meingkatkan kualiti umat umumnya sangat perlu untuk dapat melahirkan golongan para pemimpin yang berkualiti dan tidak lemah serta melemahkan umat dan negara..

Apakah konsep kepemimpinan yang unggul, sifat dan traits kepimpinan yang terpuji , benar dan soleh, dasar perjuangan yang betul dan jitu, kaedah melahirkan kepimpinan yang terbaik dan diberkati oleh Allah. Inilah persoalan pokok yang mesti dijawab dengan jaya dan baiknya setiap individu umat.

Sebab itu amat banyak ayat dan hadith serta pandangan ulama yang menjelaskan tentang kemuliaan menjadi pemimpin, pemimpin adalah pemegang amanah, seksa Allah terhadap pemimpin korup dan menyeleweng serta zalim, Kejayaan umat kerana pemimpin yang beriman, berilmu, soleh dan bijaksana. Kegagalan umat kerana kepimpinan haprak yang tidak berkualiti dan lembam serta tidak mempunyai tujuhala yang betul dan sebagainya.

Kepimpinan pemuda dalam konteks gerakan Islam dicadangkan agar :

    1. Menguasai asas ekonomi termasuk memahami laporan-laporan ekonomi kerajaan, pengurusan kewangan kerajaan, pendapatan negra pengawalan inflasi dan sebagainya.
    2. Memahami kepentingan perniagaan dan menguasai bagaimana perniagaan berroperasi, membuat keputusan dan juga proses perakaunannya.
    3. Menguasai maklumat tentang institusi-institusi kewangan termasuk bank, insurans, unit amanah, tabung simpanan pekerja d.l.l.
    4. Menguasai ilmu pendidikan termasuk memahami sistem pendidikan yang baik dan boleh bersaing pada masa hadapan.
    5. Memiliki pengetahuan tentang undang-undang dn perlembagaan seperti doktrin pengasingan kuasa dan funsi check and balance yang menjadi sebahagian daripada sistem perundangan.
    6. Memahami selok belok pentadbiran, agar prinsip-prinsip pentadbiran yang baik dapat dikuasai.
    7. Memahami peraturan-peraturan kerajaan.
    8. Memahami bagaimana tugas, tanggungjawab dan akauntabiliti memainkan peranan ke arah membentuk etika pentadbiran.
    9. Mendalami dasar-dasar dan rancangan awam.
    10. Meningkatkan kemahiran perhubungan awam termasuk mendapatkankan maklum balas rakyat tentang kerajaan dan parti.9

5. Pemurnian demokrasi prasyarat pemerkasaan

Penjelasan mengenai peri perlunya pemulihan demokrasi di laksanakan oleh parti yang merintah Malaysia kini telah dibuat oleh banyak pehak ; baik dari dalam mahupun dari luar negara. Presiden PAS dalam ucapan dasarnya baru-baru ini menegaskan:

Asas dan sendi demokrasi yang sihat tentunya memerlukan reformasi perjalanan dan sistem pilihanraya yang mendukungi ciri-ciri, antaranya seperti berikut:

“1. Sebuah Suruhanjaya Pilihanraya yang bebas, wibawa dan kompeten.

2. Daftar pemilih yang bersih, dikemaskini dan disahkan.

3. Tidak berlaku penyalahgunaan kuasa oleh pihak kerajaan sebelum dan selepas Parlimen dibubarkan.

4. Pencapaian kepada media secara adil oleh semua parti dan calon yang bertanding.

5. Kebebasan perhimpunan yang membenarkan penyebaran maklumat dan penerangan oleh semua parti yang bertanding.

6. Tidak wujud amalan membeli undi dalam bentuk rasuah atau kekerasan dan peras-ugut.

7. Jaminan undi rahsia ditentukan sebelum dan selepas proses mengundi bagi mengelakkan budaya takut. Penggunaan dakwat tak mudah dinyahkan (indelible ink), walaupun antara kaedah yang paling tradisional, diyakini mampu menangani masalah pengundi hantu.

Demokrasi yang matang dan sihat, berhajatkan perlaksanaan dan penghayatan 3 unsur penting dalam sesebuah sistem pemerintahan. Secara khususnya: i. Persaingan politik yang ekstensif

ii. Partisipasi politik yang tinggi dan

iii. Jaminan kekebasan sivil dan politik10

Selaras dengan ini kami juga telah menegaskan beberapa perkara antaranya ialah tentang perlunya :

   “..perlaksanaan demokrasi yang berimbang dan adil, sama ada dalam bentuk multi-party system mahu pun two-party systems, kita hingga menekankan tentang perlunya diikuti kaedah perwakilan bernisbah (proportional representation) sama ada dengan sistem senarai (list system) mahupun sistem undi tunggal yang boleh dipindahkan (single transfernable vote system). Ini memastikan care taker government yang menguruskan pilihan raya berlaku adil dan bersih.11

Sejajar dengan pemurnian proses dan amalan demokrasi ialah pengamalan dasar dan perlaksanaan konsep good governance atau kerajaan yang baik yang merangkum :

   “..wujudnya pemerintahan negara yang bersih dan absah dan budaya kehidupan bermasyarakat yang demokratik dengan menitikberatkan persyaratan bahawa dalam sistem dan proses penyelenggarakan kehidupan bernegara semestinya wujud keabsahan dan kedaulatan (legitimasi), keterbukaan dan ketelusan (transperansi), pertanggungjawaban (akauntabiliti), penegakan dan kepatuhan terhadap hukum (rules of law), kelayakan dalam mengurusi masalah pemerintahan (kompetensi), - di mana perlu - dilaksanakan sistem desentralisasi yang menyuburkan demokrasi partisipatoris di daerah (desentralisasi), dan kemampuan mengelola negara dengan pertanggung-jawaban orang ramai, di samping memberikan ruang partisipasi yang luas kepada masyarakat untuk berperanan dalam dalam lingkungan kebijaksanaan umat.

   Ini adalah rentetan dari kesedaran bahawa pengelolaan negara yang baik merangkumi:

 Pemantapan penghayatan keagamaan

 Pemisahan kekuasaan

 Pengawasan dan keseimbangan (Checks and Balance)

 Ketelusan (Transperancy)

 Partisipasi yang meluas

 Akauntabiliti (Accountability)

 Desentralisasi (Decentralization)

 Penobatan Undang-undang merangkum pembelaan terhadap hak asasi manusia (Rules of law and respect for human rights)

 Perlaksanaan sistem pilihanraya yang adil, bebas dan bersih

 Kebebasan akhbar

 Pembentukan tingkah laku penjawat institusi swasta dan pemerintah yang berterusan dan lain-lain12

Beberapa program bertindak berkaitan dengan perkara ini telah juga dinyatakan dalam ucapan Kami terdahulu. Antaranya ialah :

   Umat dan gerakan Islam perlu berkerja keras untuk melahirkan proses kehidupan demokratik; berasaskan syura melalui pengamalan nilai-nilai kehidupan bermasyarakat, berbangsa, dan bernegara sebagaimana yang dituntut oleh syara’, yang antara lain termasuklah perkara-perkara berikut:

 Menegakkan kedaulatan rakyat yang memberi keabsahan kepada badan-badan kerajaan dalam penyelenggaraan pemerintahan secara demokratik.

 Mengukuhkan penghayatan ajaran beragama yang merupakan nilai-nilai akhlak dan moral yang paling tinggi dalam mencegah terjadinya pembudayaan pemerintahan yang buruk.

 Berusaha ke arah melahirkan kehidupan sosial budaya yang berkeperibadian; menjunjung tinggi nilai-nilai kebaikan, bersungguh-sungguh dalam menjalankan pekerjaan; di samping menghargai kedudukan sebagai warga negara.

   Meningkatkan pemberdayaan masyarakat dan kekuatan ekonomi nasional yang menunjangi sistem ekonomi di kalangan rakyat berlandaskan kemampuan pengelolaan sumber daya alam dan sumber daya manusia yang produktif, mandiri, maju, berdaya saing, berwawasan lingkungan, dan berkelanjutan.

   Meninggikan mutu kesejahteraan rakyat yang ditandai oleh meningkatnya kualiti kehidupan yang layak dan bermartabat serta memberikan perhatian utama untuk memenuhi keperluan asas seperti makan minum, keselamatan, kesehatan, pendidikan, dan peluang pekerjaan.

   Membantu ke arah kewujudan jentera dan petugas negara yang berfungsi melayani masyarakat secara profesional, berdaya guna, produktif, telus, bebas dari korupsi, kolusi, dan nepotisme.

   Menggalakkan perumusan dan penghayatan tata hubungan kelembagaan yang mampu mengatasi kekurangan penyeleng-garaan pemerintahan dan saling melengkapi dalam rangka membangun keupayaan lembaga atau institusi yang memiliki kemampuan dalam menjayakan program pembangunan.

   Merealisasi sistem dan iklim nasional yang demokratik dan bermutu demi memperteguh iman, akhlak mulia, kreativiti, budaya inovatif, wawasan Islam, kecerdasan, kesihatan, disiplin dan tanggung jawab, di samping melahirkan warga yang berketrampilan, serta menguasai ilmu pengetahuan dan teknologi

6. Secara lebih khusus, gerakan Islam di Malaysia perlulah:

1. Membina alternatif kepada politik negara sehingga pengaruhnya dalam menentukan halatuju dan corak politik negara dapat diperluaskan. Pendekatan menerangkan kepada masyarakat mengenai kepentingan memilih politik alternatif yang Islamik perlu diusahakan.

2. Mendidik semula fahaman politik murni di kalangan umat.

3. Mendidik para aktivisnya bahawa terangkum dalam sifat sebuah gerakan Islam itu juga termasuk aspek politik dan segala tindakannya perlu mempunyai impak politik.

4. Mempunyai kerangka agenda politik yang lengkap untuk menyelamatkan umat dari menjadi mangsa kepada golongan anti Islam yang mahu meminggirkan umat dari arus perdana politik negara dan global.

5. Mampu membina aktivis yang berkecimpung secara langsung dalam politik pilihan raya agar mempunyai integriti yang tinggi sebagai contoh yang disegani oleh masyarakat.

6. Terbina dengan sahsiah yang baik dan dihormati serta meng-gambarkan segala ciri-ciri Islam dalam dirinya.

7. Berlandaskan matlamat yang konsisten untuk menjunjung syariat dalam proses pembangunan negara.

8. Memastikan parti-parti politik Islam berfungsi sebagai wadah yang berwibawa, berintegriti, bertangungjawab dan dapat melaksanakan amanah umat tatkala memegang kuasa.

9. Pemerataan struktur Gerakan Islam yang luas dalam sesuatu kawasan perlu diimbangi dengan disiplin pengurusan yang kemas. Kesedaran untuk sentiasa meningkatkan daya pengurusan organisasi Gerakan Islam perlu dikembangkan.

10. Gerak kerja Gerakan Islam untuk membawa perubahan hendaklah dicapai melalui ‘perubahan terancang’ bukan ‘perubahan kebetulan’.

11. Proses “pengkondisian” anggota untuk bersedia berperanan hendaklah diwujudkan dalam Gerakan Islam agar semua anggota dapat berfungsi. Gerakan Islam perlu mengelakkan gejala “menganggur” dalam organisasi di kalangan aktivisnya.

12.Jaringan kerjasama antara sesama organisasi hendaklah ditingkatkan dalam menangani isu umat.

13. Berbaik sangka di antara sesama sendiri dalam dan antara organisasi untuk menghormati kepelbagaian uslub.

14. Memberi penekanan kepada mengukuhkan kekuatan ekonomi organisasi agar lebih berdikari dalam gerak kerjanya.13

7. Pemerkasaan Ulama

Para alim Ulama sebagai pewaris para Nabi mesti ditingkatkan kualiti dan kemahiran mereka dalam berbagai lapangan untuk memahami Fiq al Waqi’ dengan jitu di samping memahami fiqh al Nusus wal Mutuun. Ulama yang memenuhi hasrat dan kemahuan rakyat dari segi kejujuran , keilmuan, ketegasan dan keberanian tentulah akan berada di tengah-tengah kemelut masyarakat dan menanganinya secara yang wajar.

Untuk itu mereka perlu diperkasa dari sudut keyakinan, kefahaman tentang strategi musuh, pemerkasaan kebistarian, kerohanian, keorganisasian, kepakaran dan persekitaran sosio-Politik dan Sosio-Ekonomi. Huraian lanjut dan terpeinci mengenai hal ini telah kita cerakinkan dalam tulisan bertajuk: Menjana empowerment Ulama: Menggarap Permasalahan Umat.14

8. Memperkasa Institusi Fatwa

Fatwa dan institusi yang berkaitan dengannya perlu ditanggongjawabkan kepada mereka yang layak dan puncak dalam ilmu berkaitan.

Fatwa yang mengharamkan umat Islam menolong, mendokan Hizbullah di Lebanon berhadapan dengan kezaliman Zionist adalah salah dan tidak bertempat. Perkara ini telah ditegaskan oleh Syaikh Yusuf al Qaradhawi dalam wawancarnya dengan Station Tv al Jazeera baru-baru ini . Menurut Dr Abdullah Said , Maha Guru Fiqh al Muqaran dari Universiti al Azhar :

أن هذه الفتوى خاطئة وليست في موعدها ولا الشرع يتطلبها ولا الوقت يحتملها.. فالمسلمون أمة واحدة والعدوان -أصلاً- على الإسلام.. والصهاينة يعتدون على المقدسات وعلى الشعوب المسلمة.. فمن يقاومها فهو مناصر للإسلام.. وإذا كنا نختلف فيما بيننا اختلافًا مذهبيًّا أو فكريًّا.. فإن العقيدة واحدة وهي لا إله إلا الله محمد رسول الله.. يؤمن بها الإيراني كالسعودي والمصري لا فرق فيها بين سني وشيعي.. واختلافنا كشيعة وسنة لا يعني أن نمكّن عدونا منا فهذه فتنة.. وعلى مدى التاريخ وقف المسلمون جميعًا في العراق، وفي أرض فارس في وجه جميع من اعتدى على الإسلام، وعلى رأسهم التتار بجميع حملاتهم والصليبيون حتى اندحروا وهزموا.. ولم نسمع أن مسلمًا قال لمسلم أنت سني لا تقاتل أو شيعي لا تقاتل.. بل وقف الجميع في خندق واحد، هدفهم إعلاء كلمة الله ونصرة دينه وهذا هو المطلوب.. وإن كانت مثل هذه الفتاوى من باب تصفية الحسابات فقد أساء قائلها وخالفه التوفيق؛ لأن هذا ليس وقت تصفية الحسابات.15

Menurut Dr. Abdul Rabbi al Nabi :

“أنه يجب علينا في الاجتهاد ألا ننظر لفقه النص وحده، فالنظر لفقه النص غير كاف، وقد علمنا الإسلام أن ننصر من هم أقرب إلينا في الملة، فلقد حزن المسلمون أولاً في مكة بهزيمة الروم؛ لأنهم كانوا أهل كتاب.. ووعدهم الله بالفرح القريب وأقرهم عليه بنصرهم على الفرس "وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ (4) بِنَصْرِ اللَّهِ يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ" (الروم: 4 - 5)، كما أننا نعين النصارى في قتالهم ضد اليهود؛ لأنهم أقرب إلينا مودة بشهادة القرآن {لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آَمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَوَدَّةً لِلَّذِينَ آَمَنُوا الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَى} [المائدة: 82]، والحكم هنا على عموم اللفظ لا على خصوص السبب.. فإذا كان الإسلام علمنا هذا مع من يخالفونا في الملة فمن باب أولى أن تكون النصرة لمن ينتمون لديننا ويؤمنون بربنا ويصدقون نبينا، ويصلون صلاتنا.. 16

Dalam kenyataan terbaru Dr


Posted at 12:33 pm by fareaster
Bagi Comment  




Thursday, August 10, 2006
Saying Of Abu Bakr

Sayings of Abu Bakr

 

 Abu Bakr was of a contemplative bent of mind. He often expressed his thoughts in words conspicuous for their wisdom. A number of his sayings has come down to us, and these show the depths and dimensions of his thought and philosophy. Some of the sayings of Abu Bakr which have assumed the character of proverbs are given hereunder:

Greatness. About greatness, Abu Bakr said: 

  1. Run away from greatness and greatness will follow you. 
  2. There is greatness in the fear of God, contentment in faith of God, and honor in humility. 

Good actions. About good actions, Abu Bakr said: 

  1. Good actions are a guard against the blows of adversity. 
  2. Be good to others, that will protect you against evil. 
  3. If you expect the blessings of God, be good to His people. 
  4. Every day, nay every moment, try to do some good deed. 

Death. About death, he said: 

  1. Have an earnestness for death, and you will have life. 
  2. Death is the easiest of all things after it, and the hardest of all things before it. 

Knowledge. About knowledge, he said: 

  1. The more knowledge you have, the greater will be your fear of Allah. 
  2. Without knowledge action is useless, and knowledge without action is futile. 
  3. Knowledge is the life of the mind. 
  4. When a noble man learns knowledge he becomes humble, when an ignoble person gains knowledge he gets conceited. 
  5. When knowledge is limited, it leads to folly; when knowledge exceeds a certain limit, it leads to exploitation. 

Advice. In the matter of advice, he said: 

  1. When you seek advice, do not withhold any facts from the person whose advice you seek. 
  2. When you advise any person you should be guided by the fear of God. 
  3. If any body seeks your advice, offer right and sincere advice. 
  4. He who is not impressed by sound advice lacks faith. 

Kindness. About kindness he said: 

  1. If you expect the blessings of God, be kind to His people. 
  2. He who aspires to paradise should learn to deal with the people with kindness. 
  3. He who fears to weep should learn to be kind to those who weep.

Self-control. About self-control he said, "If you want to control other people, first control your self."

Patience and confidence. With regard to patience and confidence, he said: "Patience is half faith, and confidence is full faith."

Society of evil persons. About the society of evil persons he held, "Solitude is better than the society of evil persons."

Honesty. About honesty he said, "The greatest truth is honesty, and the greatest falsehood is dishonesty."

Treatment of Muslims. About the treatment of Muslims he said, "Do not look down upon any Muslim, for even the most inferior believer is great in the eyes of God."

Help and cooperation. About help and cooperation, he said: 

  1. "God blesses him who helps his brother". 
  2. "Do not non-cooperate with one another, and have no grudge of jealousy". 
  3. "Muslims should live like brothers". 
  4. "God helps those who fear Him''. 
  5. "Allah will help him who moves in the way of Allah".

Jihad. About "Jihad", he said: 

  1. "The people who abandon Jihad fall a victim to humility and degradation". 
  2. "Jihad is obligatory for the Muslims". 
  3. "To fight against the infidels is Jihad, but to fight against your evil self is greater Jihad.

Intentions. With regard to intentions, he said, "Intentions count in your actions".

Sadaqah. In the matter of the offering of "Sadaqah" he said, "When you offer any Sadaqah to a beggar, do it with humility and respect, for what you are offering is an offer to Allah".

Mosques. With regard to mosques he said: "He who builds a mosque in the way of Allah, God will build a house for him in the paradise."

Way of life. About the way of life he said, "Follow the way of life, which the Holy Prophet has shown you, for verily that is the right path".

Prayers. With regard to prayers, he said, "He who prays for five times a day is in the protection of God, and he who is protected by God cannot be harmed by any one."

Neighbors. About neighbors, he said, "You should not quarrel with your neighbor, for he will remain where he is, but your high handedness will become the talk of the people".

Appearance of things. About the outward appearance of things he said: 

  1. "Maybe a thing that you do not like is really in your interest". 
  2. "It is possible that a thing that you may desire may be against your interest".

Love of God. About the love of God, and the love of the world, he said, "He who comes to take the love of God can have no taste for the love of the world".

Becoming a Muslim. About becoming a Muslim, he said, "He who becomes a Muslim does so in his own interest".

Falsehood. About falsehood, he said "He who indulges in falsehood will find the paths of paradise shut to him".

Boasting. About boasting, he said, "He who boasts lowers himself".

Pride. About pride he said, "Pride in the case of a rich man is bad, but pride in the case of a poor man is worse".

Elation. In the matter of elation, he said, "Do not get elated at any victory, for all such victory is subject to the will of God."

Avoidance of complaints. With regard to the avoidance of complaints he said, "He who avoids complaints invites happiness."

Attraction of the things of the world. About the attraction of the things of the world, he said, "If an ignorant person is attracted by the things of the world this is bad, but if a learned person is thus attracted, it is worse." He also said, "O man you are busy working for the world, and the world is busy trying to turn you out".

Justice. About justice, he said: "In the matter of justice, all should be equal in your eyes".

Deception and faithlessness. About deception and faithlessness he said, "Do not deceive or be faithless even with your enemy."

Measure. About the use of measure he said, "Use same measure for selling which you use for purchase".

Sin. About Sin, he said: 

  1. It is good to repent from sin; it is better to avoid sin. 
  2. It is bad for a young man to sin, but it is worse for an old man to sin.

Evil. About evil he said "Cursed is the man who dies himself, but the evil done by him survives."

Dyeing of hair. In the case of the dyeing of hair he said, "Youth is not restored by the dyeing of your hair".

Early rising. About early rising, he said, "It is a matter of shame that in the morning the birds should be awake earlier than you."

Piety. About Piety he said: Piety is the most solid goodness, and the vilest of what is evil is vice.

Truth and falsehood. About truth and falsehood he said, "Truth is a trust, falsehood a treason."

Vain desires. About vain desires, he said, "Do not follow vain desires for verily he prospers who is preserved from lust, greed and anger."

The best. Abu Bakr prayed, "O Lord, render You the best of my life its close, the best of my deeds as the last, and the best of my days the day of Your meeting." "O God verily I ask of You that which may be the best for me in the end. O God vouchsafe that the last good that You bestow upon me, is Your approbation."

Deadly things. Abu Bakr said, "The most deadly of things are the two that are red, gold and saffron."

Reward of the believer. Abu Bakr said, "The true believer is rewarded in every thing, even in affliction."

Life of the world. About the life of the world, Abu Bakr said, "Our abode in this world is transitory. Our life therein is but a loan. Our breaths are numbered, and our indolence is manifest. "

Condolence. While condoling the death of a companion, Abu Bakr said to the bereaved family: "There is no harm in patience, and no profit in lamentation. Death is easiest to bear than that which precedes it, and more severe than that which comes after it. Remember the death of the Apostle of God, and your sorrow will be lessened. "

Prayer for a dead man. When praying for a dead man. Abu Bakr said: "O God his people and his goods and his kindred have forsaken this servant of Yours. His sin was grievous, but You are Merciful and Compassionate."


Posted at 08:36 am by fareaster
Bagi Comment  




Wednesday, August 09, 2006
BUMI YANG BERDARAH

Cerpen

BUMI YANG BERDARAH

Oleh  Ummu Afeera Binti Zainulabid



Assalamualaikum, ya Humaira, Apa khabar iman di hatimu? Sepuluh jari dipohonkan atas kelewatan marsum maya Humaira abang balasi.Abang agak sibuk akhir-akhir ini dan sudah jarang menghabiskan masa di hadapan jaringan internet. Kiranya, sebagai sayap kiri perjuangan, Humaira lebih memaklumi kesibukan abang, bukan? Bersama Aman Palestin, abang semaikan jihad berkorban dalam jihat atma yang paling dalam. Istilah penat dan mengharapkan kerehatan terpaksa abang entengkan. Bukankah dunia sebagai tempat pertempuran kerana kerehatan yang sebenarnya akan kita temui di Jannah kelak? Kamar syurga sedang menanti, ya Humaira.

Apa khabar mujahid dan mujahidah muda, Umar AlFaruq dan Sumayyah? Bagaimana hafazan mereka? Abang rindukan kalian. Namun perjuangan yang ada masih berbaki dan perlu dilunaskan. Bisikkan di cuping telinga mereka bait-bait perjuangan agar mereka mengertinya. Khabarkan mereka erti sebuah perjuangan yang memerlukan pengorbanan yang tiada taranya.

Misi terus menanti ya Humaira di sini. Saudara-saudara seislam kita di kem pelarian ini amat memerlukan perhatian dan pertolongan yang tiada henti. Malangya isu Palestin ini kurang mendapat perhatian saudara seislam kita di bumi Malaysia. Terlalu jauh ungkapan akrab dalam diri setiap Muslim terhadap isu ini. Jika hati bergetar kerana isu ini, cukuplah masa yang dipanggil minit untuk menyisihkan isu ini dari minda benak kita. Andai jantung berdegup kencang bila terdengar tangisan saudara seislam di sini, renungannya hanya seketika. Tidak pernah terdengar esakan andai butir-butir air mata mengalir. Cukuplah kesatan untuk mengkhatankan apa yang dipanggil sebagai keinsafan.

Gema wahyu dalam surah al-Isra’ ayat pertama mengungkapkan : “ Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambanya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa”. Hebatnya masjid ini tiada duanya, tiada tiganya dan tiada seterusnya kerana namanya sahaja telah diungkapkan sendiri oleh Allah dalam kalamNya. Namun telah bertahun bumi ini berdarah, Humaira. Sadis sekali Yahudi Laknatullah memperlakukan bumi ini. Keturunan-keturunan kera ini begitu menginginkan Palestin kerana lokasinya yang terletak di tengah-tengah dunia Islam. Palestin ibarat badan seekor burung, kedua-dua sayapnya adalah dunia Islam. Menjajahnya kiranya menakluk dunia Islam, ya Humaira. Namun umat Islam sedunia seolah-olah tidak mengetahui fakta ini, ya Humaira.

Kau tahu Humaira apa yang diperkatakan oleh Yahudi Laknatullah itu dalam petikan Talmud? Israel bertanya kepada Tuhannya : Mengapa Engkau ciptakan makhluk selain bangsa pilihanmu (Yahudi)? Kau tahu Humaira apa kononnya jawapan yang diberikan oleh Tuhan dalam kitab Taurat yang telah diubah itu? Kononnya Tuhan menjawab : Supaya kamu menaiki belakang mereka, menghisap darah mereka, membakar yang baik, mencemari yang suci dan menghancurkan segala yang dibangunkan. Buat pengetahuanmu, doktrin ini disuntik dalam benak setiap Yahudi, tidak kira dari kalangan kanak-kanak mahupun orang tua yang mula dijangkiti penyakit Alzheimer dan nyanyuk. Membunuh bukanlah suatu dosa! Menghancurkan sebuah binaan adalah pahala bagi mereka!

Ingin abang khabarkan sesuatu pada dirimu yang cukup membuat abang tersentak. Abang telah menemukan beberapa mayat yang keadaannya cukup mengerikan sewaktu abang membantu misi kemanusiaan di sini. Jantung, hati dan dua buah pinggang mayat-mayat tersebut telah dicuri. Ya, satu nyawa rakyat Palestin digunakan untuk menyambung nyawa empat orang Yahudi Laknatullah! Dapat kau gambarkan betapa kejamnya mereka? Dan itu bukanlah satu, malah ribuan nyawa telah diperlakukan seperti itu. Semuanya kerana doktrin yang telah disuntik oleh petikan Talmud itu. Malah pembunuhan yang ngeri sebegini adalah pahala buat mereka. Ajaran-ajaran dalam kitab Talmud membuatkan orang Yahudi menganggap bangsa lain adalah lebih rendah dari haiwan dan lebih hina dari anjing.

Humaira, sematkan kalimah-kalimah dan bait-bait ini dalam dirimu. Seandainya mereka berpegang pada Taurat yang telah diubah itu maka sewajarnya kita perlu memerangi mereka dengan AlQuran. Apabila ajaran Talmud disanjung oleh mereka, maka menjadi tanggungjawab kita untuk berpegang pada Bukhari dan Muslim. Sekiranya hari Sabtu menjadi hari kebesaran mereka, bukankah kita sewajarnya berbangga dengan hari Jumaat? Andainya mereka berimpian untuk membina Haykal Sulaiman, sewajarnya kita mempertahankan Masjidil Aqsa sepenuh hati. Sekiranya panji Yahudi mejadi lembayung kekuatan mereka, maka kita wajib berperang dengan mereka di bawah bendera Islam. Kita akan berperang atas nama Musa, Isa dan Muhammad seandainya mereka membangunkan kekuatan tentera di bawah nama Musa. Bukankah kedudukan kita adalah lebih utama terhadap Musa daripada mereka?

Humaira, kecintaan terhadap bumi AlQuds ini sewajarnya perlu ada dalam lubuk hati setiap orang beriman. Sewaktu pembukaan Mekah, hanya dua nyawa sahaja yang terkorban, namun untuk membebaskan bumi AlQuds, ribuan nyawa telah syahid untuk mengadukan kekejaman dan keterlaluan manusia kepada Allah. Humaira, mengapa Masjidil Aqsa menjadi kiblat pertama dalam Islam? Mengapa bumi ini yang dipilih Allah sebagai bumi pertama untuk mendapat kefardhuan solat? Mengapa 16 bulan lamanya Allah mengarahkan Rasulullah dan umat Islam mengadapkan wajah mereka ke arah Masjidil Aqsa sedangkan di kala itu Masjidil Aqsa di dalam pemerintahan orang Kristian? Mengapa tidak dihadapkan sahaja wajah ke arah Masjidil Haram? Bukankah Allah berkuasa untuk mengangkat Rasulullah secara terus daripada Masjidil Haram di Mekah dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj? Akan tetapi mengapa Allah sengaja ‘memperjalankan’ baginda ke Masjidil Aqsa terlebih dahulu? Pastinya ada sesuatu yang hebat mengenai masjid ini. Betapa Allah mengetahui bahawa pada zaman ini, ramai manusia akan melupakan Masjidil Aqsa dalam diri mereka.

Ya Humaira, ingatkah kau akan peperangan Mu’tah? Peperangan yang menghimpunkan tiga panglima serangkai. Peperangan untuk melawan kerajaan Rom yang menguasai AlQuds. Sebuah peperangan di mana tiga panglima sekaligus gugur sebagai syahid seperti mana ramalan Rasulullah, “Jika Zaid bin Harithah gugur, Jaafar bin Abi Talib penggantinya, dan jika Jaafar gugur, Abdullah bin Rawwahah penggantinya”. Kekuatan musuh adalah seramai 200000 orang melawan 3000 orang tentera muslim. Seorang tentera Islam perlu melawan dengan sekurang-kurangnya 67 orang musuh. Dapat kau bayangkannya Humaira? Berlawan dengan lautan manusia. Namun bergema kalimah jihad dari bibir Abdullah bin Rawwahah, “Wahai saudara-saudaraku sekalian! Kenapa kita tidak menyukai mati syahid yang menjadi tujuan kita berangkat ke medan peperangan ini? Peperangan kita tidak bergantung kepada bilangan anggota pasukan atau besarnya kekuatan, tetapi semata-mata kerana agama yang dikurniakan Allah kepada kita. Kerana itu marilah kita maju! Tidak ada pilihan lain kecuali satu dari dua kebaikan iaitu menang atau mati syahid!”. Maka gugurlah ketiga-tiga mereka sebagai syuhada’. Keinginan untuk berada di taman-taman syurga dan dikelilingi oleh bidadari menjadi azimat yang menjadikan mereka merindui syahid. Malah, keinginan mereka yang paling tinggi adalah untuk bertemu Allah, Rabb sekalian alam. Tahukah engkah wahai Humaira siapakah insan-insan yang telah terkorban? Zaid bin Harithah, anak angkat yang begitu disayangi Rasulullah sehingga terakam kisah yang melarang memberikan “bin” atau menisbatkan seseorang kepada selain bapa kandungnya sendiri di dalam AlQuran. Siapa lagi yang terkorban? Jaafar bin Abi Talib! Sepupu yang bersama Rasulullah dalam suka duka perjuangan. Peperangan Mu’tah membuatkan Rasulullah menggugurkan butir-butir air mata.

Namun, sedarkah kita mengenai pentingnya AlAqsa? Alangkah Rasulullah sendiri sanggup menghantar orang yang dikasihi ke perbatasan perang untuk membebaskan Alquds. Anak dan sepupu yang sangat disayangi. Bagaimana pula dengan kita? Apa yang telah kita korbankan untuk AlAqsa? Betapa hebat sejarah Islam. Namun, kesedaran remaja kini memandang enteng terhadap kehandalan para panglima Islam bagai hembusan angin yang tidak dihiraukan. Di bibir mereka meniti nama-nama yang hanya ada di alam fantasi. Minda benak mereka juga disuntik oleh doktrin Zionis yang ingin melihat Islam terkubur di dunia ini. Zionis yang ingin melihat AlAqsa diganti dengan Haykal Sulaiman. Mereka berusaha setiap minit dan setiap saat untuk menghancurkan AlAqsa. Terowong digali untuk merobohkan Masjil AlAqsa secara semulajadi seperti mana pendedahan Syeikh Raed Solah, ketua Harakah Islamiyah di Palestin.

Paling membuatkan hati tersiat, adalah melihat sikap berdiam diri umat Islam sedunia. Umat Islam begitu membisu memandang isu ini. Dayus apabila membiarkan Masjid Ibrahimi dibahagi dua, satu pertiga dijadikan masjid dan dua pertiga dijadikan kuil. Dayus kerana membiarkan masjid Ibrahimi dibakar di mana lebih 60 jemaah terkorban. Dayus kerana membiarkan lebih 1200 masjid dirampas dan dijadikan kandang kambing, tempat perzinaan dan juga tempat berpesta. Dayus apabila membiarkan saudara seislam dizalimi, dirogol dan disembelih.

Rasulullah telah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari Thauban : Hampir sahaja seluruh bangsa dari setiap penjuru dunia, berebutan terhadap kamu, sebagaimana orang-orang yang makan berebut terhadap mangkuk makanannya. Para sahabat bertanya, “Apakah jumlah kita sedikit pada masa itu wahai Rasulullah?”. Baginda menjawab, “ Bahkan pada saat itu jumlah kamu sangat banyak, tetapi kewujudan kamu tidak ubah seperti buih air bah, sesungguhnya Allah akan mencabut rasa takut dari dada musuh-musuhmu terhadap kamu dan akan melemparkan rasa wahan ke dalam hati kamu”. Para sahabat bertanya, “Apakah wahan itu wahai Rasulullah?”. Baginda menjawab, “Cinta dunia dan takut mati”.

Sememangnya benar ramalan Rasulullah itu. Hari ini, ramai umat Islam yang telah dijangkiti penyakit wahan sehingga ukhwah sesama mereka terlalu rapuh. Tidak dapat membezakan di antara isu bangsa dan agama. Bukankah Islam tidak membezakan yang mana Arab dan yang mana bukan? Bukankah kita telah diikat dengan ikatan ukhwah di bawah panji Islam? Di mana mahu dicari pejuang-pejuang seperti Imaduddin Zanki? Di mana mahu mencari pejuang seperti anaknya, Nuruddin Zanki yang bercinta dengan solat malam? Di mana mahu mencari seorang Kurdi seperti Salahuddin Al Ayyubi, yang melatih dan mengumpul kekuatan ketenteraan selama 33 tahun sehingga tidak sempat menunaikan haji semata-mata kerana AlQuds? Bilakah sejarah peperangan Yarmuk akan berulang? Tentera Rom yang berjumlah 240 000 orang dengan peralatan yang hebat, bekalan yang cukup dan pengalaman perang berpuluh tahun boleh dikalahkan oleh tentera Islam yang hanya berjumlah 39 000 orang yang hanya memiliki peralatan ketenteraan yang sangat sederhana.Rahsianya adalah apa yang pernah diucapkan oleh seorang tua di hadapan Kaisar Herculis, “Wahai tuanku, kekalahan kita adalah disebabkan musuh yang kita hadapi adalah suatu kaum yang bangun beribadah di waktu malam dan berpuasa di siang hari. Mereka juga adalah kaum yang berpegang pada janji, menyuruh mengerjakan yang baik dan melarang dari berbuat perkara yang munkar dan saling menjalinkan ukhwah di antara mereka. Sedang yang menyebabkan kita kalah ialah tabiat suka minum arak, berzina, sentiasa berbuat yang haram, melanggar janji, selalu marah, menganiaya, menyuruh mengerjakan perkara yang dimurkai Allah, melarang berbuat perkara yang diredhai Allah dan membuat kerosakan di muka bumi”.

Humaira, kekuatan yang menjadi kegerunan bagi pihak musuh adalah kekuatan taqwa. Bukan fizikal mahupun luaran yang akan menimbulkan ketakutan. Saidina Umar mengambil kunci kota AlQuds hanya dengan berjalan kaki dan memakai pakaian yang memiliki 17 tampalan. Namun musuh menggeruninya dan mematuhi Perjanjian Umariah. Dia bukan sahaja digeruni musuh malah dia merupakan salah seorang sahabat Rasulullah yang paling ditakuti oleh iblis dan syaitan. Wahai Humaira, jahitlah pakaian taqwa dalam dirimu serta diri mujahid dan mujahidah kita.

Humaira, tanamkan benih kecintaan dalam diri Umar dan Sumayyah akan kecintaan terhadap AlAqsa. Ingatkan mereka bahawa AlAqsa adalah sebuah tanah wakaf yang menjadi milik umat Islam. Sebuah tanah waqaf tidak mungkin menjadi milik musuh-musuh Islam. Berilah mereka kefahaman yang sebenarnya mengenai AlQuds, sebuah tanah haram yang tidak boleh dipijak hatta oleh seorang kuffar pun. Sematkan dalam diri mereka mengenai setiap siri peperangan untuk membebaskan AlAqsa seperti peperangan Khaibar, peperangan Mu’tah, pengutusan pasukan Usamah bin Zaid, peperangan Ajnadain, peperangan Yarmuk dan peperangan lainnya agar mereka mengerti bumi ini adalah bumi para syuhada’ yang telah berjuang bermati-matian dalam usaha membebaskan bumi isra’ dan mikraj ini. Khabarkan kepada mereka akan bahaya yang menimpa AlAqsa agar mereka mengerti penderitaan hati saudara seislam mereka di bumi ini.

Bumi ini telah lama berdarah. Bumi ini telah lama terluka. Bumi ini menanti fajar baru untuk terus bernyawa. Harapan abang agar kau mengertinya, Humaira. Abang terpaksa khatami marsum maya ini di sini dahulu. Moga doa menjadi penghubung hati kita. Moga doa mampu memberi kekuatan kepada saudara seislam kita yang telah lama berduka.

Nun jauh di sana,

Iwadh Soleh

sumber dari Weblog
http://ummuafeera.blogspot.com/

Posted at 07:35 pm by fareaster
Bagi Comment  




Tuesday, August 08, 2006
Remember Allah

 
I begin with the Name of Allaah

 
Assalam-o-Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuhu,
O Noble Readers! Firstly it should be noted that ALLAH did not create jin or human except his worship. ALLAH says in quran,

"And I (Allah) created not the jinn and mankind except that they should worship Me (Alone)." [Surah adh-Dhaariyaat 51:56]

 
Forward this email to maximum people you can.
 
[2. Surah Al-Baqarah : Ayah 152]

"Therefore remember Me, I will remember you, and be thankful to Me, and do not be ungrateful to Me."
Remember Allah
 
[4.Surah An-Nisaa : Ayah 103]

"Then when you have finished the prayer, remember Allah standing and sitting and reclining; but when you are secure (from danger) keep up prayer."
[7.Surah Al-Araf : Ayah 205]
"And remember your Lord within yourself humbly and fearing and in a voice not loud in the morning and the evening and be not of the heedless ones."

[8.Surah Al-Anfal : Ayah 45]
"O you who believe! when you meet a party, then be firm, and remember Allah much, that you may be successful."

[13.Surah Ar-Ra'd : Ayah 27-28]
"Those who believe and whose hearts are set at rest by the remembrance of Allah; now surely by Allah's remembrance are the hearts set at rest."

20. Surah Taha : Ayah 14]

"Surely I am Allah, there is no god but 1, therefore serve Me and keep up prayer for My remembrance."


[29. Surah Al-Ankabut : Ayah 45]
"Certainly the remembrance of Allah is the greatest, and Allah knows what you do."


[33. Surah Al-Ahzab : Ayah 35,41-42]
"And the men who remember Allah much and the women who remember-- Allah has prepared for them forgiveness and a mighty reward."

"O you who believe! remember Allah, remembering frequently, And glorify Him morning and evening."

[62. Surah Al-Juma : Ayah 10]
"Remember Allah much, that you may be successful."

[63. Surah Al-Munafiqun : Ayah 9]
"O you who believe! let not your wealth, or your children, divert you from the remembrance of Allah; and whoever does that, these are the losers."

[73. Surah Al-Muzzammil : Ayah 8]
"And remember the name of your Lord and devote yourself to Him with (exclusive) devotion."

 

[74. Surah Al-Muddathhir : Ayah 3]
"And your Lord do magnify."

[76. Surah Al-Insan : Ayah 25-26]
"And glorify the name of your Lord morning and evening. And during part of the night adore Him, and give glory to Him (a) long (part of the) night."

[94. Surah Al-Sharh : Ayah 7-8]
"So when you are free, nominate. And make your Lord your exclusive object."

[110. Surah Al-Nasr : Ayah 3]
"Then celebrate the praise of your Lord, and ask His forgiveness; surely He is oft-returning (to mercy)."

[Sahih Hadith: Volume 8, Book 75, Number 416]
Narrated 'Abu Musa (Radi Allah Anhu) : The Prophet Muhammad (sal-allahu-alleihi-wasallam) said, "The example of the one who remembers (glorifies the Praises of his Lord) Allah in comparison to the one who does not remember (glorifies the Praises of his Lord) Allah, is that of a Living creature to a Dead one."

Please Remember me in your prayers and please forword this mail to each and everyone you can.

Remember ALLAH SUBHAN wa'ta ALLAH sees you.

http://groups.msn.com/ISLAMzProtector/join

join ISLAMz Protector


Posted at 02:32 pm by fareaster
Bagi Comment  




Monday, August 07, 2006
Ya Allah

Ya Allah


All praises are for you Allah, how I hope that you are there.

For sinful though I know I am, your displeasure I can not bear.

Never, till this moment, did I realize how much I've strayed.

Never, till now, was I more conscious of all those times when I should have prayed.

For sins are like heavy baggage, that one carries through Life, the airport.

Why didn't I realize sooner, that Earth is but a place of sport?

Ya Allah ! Forgive me. Save me from the fire of Hell.

Forgive me as you did my parents, from Jannah though they fell.

Ya Allah ! Protect me. From myself for my soul is weak.

Let me not falter ever, for Jan'ah is the abode I seek.

Ya, Allah! Please help me. For I don't understand and thus, I fear.

What happened to all those moments when I never doubted that you were near?

My actions once were guided, by my faith which, once, was strong.

Ya Allah! please guide me . What happened, what went wrong?

Each footstep that I used to take, I took with you ever near my side.

The Qur'an was my faithful companion, Rasulallah my beloved guide.

How I yearn for those bygone days Allah, for I know that the day comes near

When we'll each receive our just rewards, and Truth will stand sparkling clear.

Life is like a spider's web Allah. We get caught in its tricky snare

So thoroughly are we disillusioned, time for salat we can not spare.

I sit here and I wonder, Ya Allah! Why did I fall so low?

What happened to my faith Allah? Where did my Iman go?

In this earthly life of ours, so often does sin seem right.

Falsehood seems to be the truth, as if days are confused with night.

Man is an imperfect creature. And thus, Man shall always wrong.

For the road to Jan'ah is rocky, and the journey seems awfully long.

Ya Allah ! Our creator, we are all just peices of clay.

Please help us with our steps in life, and let us not lose our way.

All praises are for you Allah, I know that you are near.

I know that you have read my heart, and my words I know you hear.


Posted at 02:15 am by fareaster
Bagi Comment  




Next Page
 

Web Master

 




fareaster
October 17th
Male
Malaysia


Image hosted by Photobucket.com

   




 
<< August 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31





 

 

 

 

 

  Archive

 

JOm LInk

 

Links Menarik

 

 

 

 

Demi Masaa

 

Kenalan Blog

 

Group

 

 

 

Layarilah

 

Laman Web  Pilihan

 

Inspirasi

INSAN ACUAN QUR'AN

"tak pernah membazirkan masa

matanya kepenatan kerana kuat membaca

suaranya lesu kerana kuat mengaji & berzikir

tidurnya lena dengan cahaya keimanan

bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan

kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

sumbangan dan kewajipan hanya pada agama"

===================

To be able to defeat,
Shaytaan and his deceit,
Ask Allah for help and repeat,
Lailahailallah.

If we want to succeed,
We must purify our greed,
Obey him in every deed,
Lailahailallah.

To become completely freed,
From your envy and your greed,
In your hart plant the seed of,
Lailahailallah.

Every night and every day,
Every night and every day,
Never Forget to say Lailahailallah.
Never Forget to say Lailahailallah.

By : Khurram Malik

===================

 

Firman Allah:Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat:
"Sesungguhnya Aku hendak jadikan seorang khalifah di muka bumi. "
(Al-Baqarah: 30)

Maksudnya: Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya
mereka menyembah-Ku.
(Adz-Dzariat: 5)
Maka tibalah giliran bagi “UMAT ISLAM” melaksanakan tujuan Allah yang
telah melahirkan umat ini ke tengah-tengah masyarakat umat manusia:

Maksudnya: Kamu [umat Islam] adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk
manusia, iaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat
kejahatan dan kamu beriman kepada Allah.
(Aali Imraan: 110)

Dan firman Allah:
Maksudnya: Dan demikianlah kami jadikan kamu [umat Islam] umat yang adil
dan pilihan, agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul
[Muhammad] menjadi saksi atas perbuatan kamu ...
(Al-Baqarah: 143)

Firman Allah:
Maksudnya: “Dan Al-Quran itu telah Kami bahagi-bahagikan dia agar kamu
membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dengan lambat dan tenang dan
Kami menurunkannya dengan beransur-ansur.”
(Al-Isra': 106)

 

Beautified is the life of this world for those who disbelieve and they mock at those who believe. But those who obeys Allah`s orders and keep away from what He has forbidden , will be above them on the Day of Resurrection. And Allah gives (of His Bounty Blessings Favours Honours on the Day of Resurrection) to whom He wills without limit.

 
( Al-Baqarah : 212 )


 
(It will be said):"Seize him and fetter him .Then throw him in a blazing fire. Then fasten him with a chain whereof the length is seventy cubits! Verily he used not to believe in Allah ,the Most Great..

 
( Al-Haqqah : 30-33 )


 
O you who believe! Spend of that with which We have provided for you , before a Day comes when there will be no bargaining ,nor friendship nor intercession.And it is the disbelievers who are Zalimun (wrong doers).

 
( Al-Baqarah : 254 )

 

 

 IKLAN

 

 

 

 

 
 



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed






Blogdrive