Memperkasa Umat Menghadapi Cabaran Global
Oleh
Ustaz Hj. Abdul Ghani Samsdin
I.Pendahuluan
Era penjajahan dan penguasaan sistem perundangan dunia serta
pertubuhan antara bangsa yang dicorakkan oleh kuasa penjajah Barat dan
sekutunya terhadap dunia Islam dan dunia ketiga amnya ternyata masih
belum berakhir. Umat Islam masih di belenggu, diuruscara dan dipantau
oleh jaringan penjajah dengan kerjasama kumpulan liberal-sekular yang
menguasai pemerintahan dikebanyakkan negara umat Islam berkenaan.
Kemerdekaan yang dinikmati sebenarnya masih cacat dan terbelenggu
walaupun pekikan kemerdekaan dan perisytiharan kemerdekaan telah
dikumandangkan bertahun-tahun lamanya.
Anihnya kuasa penjajah dari Blok tamadun Barat dan Zionist
sedunia sering mengelak untuk mendefinisikan dengan tepat dan jitu erti
kebenaran dan keadilan yang sering mereka warwarkan. Menurut Chomsky :sejak
lima kurun yang silam serangan salib terhadap umat dan Negara umat
Islam terus meneruskan dilakukan secara terang-terangan maupun secara
tersembunyi. Serangan yang berterusan dengan pelbagai cara hanya untuk
melakukan genocide terhadap orang lain.
British telah membunuh ramai umat Islam di benua India dan
Afrika. Perancis sahaja pernah membunuh 8 juta muslimin dalam tempoh
sekitar 130 tahun silam. Arus pertembungan terus berlaku antara
kumpulan peradaban Euro-American di sebelah pehak dan Islam di sebelah
yang lain.
Bertolak dari pemikiran keagamaan animist purba yang
mengandaikan pertembungan berterusan komuniti tuhan dalam pemikiran
Greec kuno, sampai kepada pemikiran falsafah Nitsche dan Hegel,
pemikiran eknomi yang berasakan kepada pertarungan kasta dan kekejaman
kapitalisme yang sering memehak kepada kepentingan orang kaya untuk
merealsiasi apa yang disebut globalisai kemiskinan demi menidakan empat
perlima kehadiran penduduk dunia, hinggalah kepada penampilan pemikiran
The End of History oleh Fokoyama; untuk kepentingan Kapitalisme ,
selain dari ; Pertembungan Peradaban tulisan Huntington serta gurunya
Bernard Louis ahli fikir Zionist Britain; kumpulan Euro American tidak
jemu jemu menatar pemikiran tentang perlunya dihapuskan umat Islam
dengan apa cara sekalipun.
Kecenderungan pemikiran yang herot dan chauvinistic ini telah
menyebabkan kelompok berkenaan bersikap double standard dalam
menanggapi krisis Israel dan Arab. Mereka sering menhalang keberkesanan
fungsi PBB dan Majlis Keselamatan Dunia. Mereka memfubrikasikan
bentuk-bentuk terrorisme tertentu melalui agen-agen sewaan mereka atau
golongan muslimin yang berfikiran senting, golongan awam yang tidak
dikenali orang untuk menjustifikasikan tindakan pembunuhan
beramai-ramai terhadap bangsa-bangsa umat Islam hanya kerana kesalahan
yang bersifat individu atau oleh kumpulan kecil umat. Anihnya mereka
terus menjatuhkan hukuman tanpa pengadilan yang betul atau mengikut
tataca penghakiman yang lumrah . Hingga kinipun peristiwa 11 September
masih jauh dari pengadilan yang saksama oleh Mahkamah Antarabangsa.1
Sejajar dengan ketidakadilan berkenaan ; Di Mesir umpamanya
- suara umat dan gerakan Islam terus ditekan. Dari semasa kesemasa
penangkapan terhadap para pemimpin Ikhwan Muslimin yang menjuarai
gerakan rakyat terus dilakukan baik di Kaherah mahupun di Elexandria
dan kota-kota yang lain.Demonstrasi rakyat diganyang dan diganasi oleh
polis dengan menjatuhkan martabat kemanusiaan penunjuk perasaan
berkenaan. Di Jordan beberapa orang ahli parlimen Islam ditangkap hanya
kerana mengucapkan takziah kepada keluarga Zarqawi yang dituduh sebagai
terrorist oleh Amerika dan sekutunya.Di Palestin, Perdana Menterinya
perlu minta izin kepada pehak berkuasa Israel seminggu lebih awal
sebelum diizinkan keluar dari kawasan; apatah lagi untuk keluar Negara.
Berpuluh ahli parlimen dan wakil rakyat Palestin termasuk speakernya di
tahan atas tuduhan menganggotai kumpulan terorist.
Di Lebanon Kemerdekaan dan kedaulatan Negara tersebut diratah dengan
dahsyatnya oleh Israel bagaikan daging mentah setelah mereka dan
Amerika berjaya menghalau tentera Syria dari mempertahankan Lebanon
sedikit masa dahulu. Pengarah Human Rights Watch yang berpusat di New
York Kenneth Roth baru-baru ini menegaskan tentang tanggongjawab
tentera Israel sepenuhnya terhadap dosa pembunuhan berama-ramai rakyat
Lebanon di Qana. Beliau menegaskan:
"Today's strike on Qana, killing at least 54 civilians, more than
half of them children, suggests that the Israeli military is treating
southern Lebanon as a free-fire zone"The Israeli military seems to
consider anyone left in the area a combatant who is fair game for
attack."He said Israel has no excuse whatsoever to target innocent
civilians."Just because the Israeli military warned the civilians of
Qana to leave does not give it carte blanche to blindly attack," Dalam
kenyataan akhbarnya beliau menegaskan lagi:."It still must make every
possible effort to target only genuine combatants."2
:
Di Malaysia pertuduhan sebagai KMM dan penahanan tanpa bicara telah
memangsakan ratusan rakyat di bawah ISA. Pada satu Ogos 2006 yang lalu
genap 46 tahun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dikuatkuasakan
di persada Malaysia. Selama itulah, berpuluh ribu rakyat telah menjadi
mangsa penahanan tanpa bicara, penyeksaan dan pencabulan hak asasi
manusia berlaku. Menurut Pengerusi Gerakan Memansuhkan ISA saudara Syed
Ibrahim, :
Akta yang kejam ini digunakan oleh semua Perdana Menteri untuk menindas rakyat jelata yang dahagakan demokrasi dan keadilan.
Sebagai contoh, pada tahun 1960-an, ISA digunakan untuk
melumpuhkan gerakan kesatuan sekerja dan parti politik pembangkang yang
begitu aktif.
Sementara pada tahun 1970-an, selain daripada kesatuan sekerja
dan aktivis politik, mahasiswa dan para pensyarah yang aktif dalam
gerakan sosial pula dijadikan mangsa ISA.
Pada tahun 1980-an, golongan yang dijadikan mangsa lebih
meluas sehingga para aktivis alam sekitar, gerakan agama dan aktivis hak wanita turut dizalimi.
Awal 1990-an, kumpulan agama seperti Al-Arqam, pengikut Syiah dan
aktivis Reformasi turut dijadikan sasaran kezaliman ISA, katanya.
Kemuncaknya, pada tahun 1998 apabila mantan Timbalan Perdana
Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dibelasah oleh Ketua Polis Negara
(ketika itu), Tan Sri Rahim Noor, semasa dalam tahanan, ISA digunakan
mengelakkan diketahui umum.3
. Demokrasi dipalsukan untuk meneruskan kekuasaan regim yang
menghakis maruah dan kedaulatan umat. Mahasiswa terbelenggu dengan
AUKU. Media massa memberikan gambaran serta maklumat sebelah pehak
sehingga menimbulkan keherotan yang parah terhadap keseimbangan
pemikiran dan kewarasan rakyat.
Sekolah agama dan pondok tradisional yang mendidik rakyat dituding
sebagai penyebab kemunduran dan menjadi sarang pengganas. Gerakan
politik Islam dilihat sebagai musuh peradaban dunia dan manusia. Al
Quran dan sunnah Rasul dianggap sebagai punca ideology jahanam yang
melahirkan penjahat dunia yang bersedia bunuh diri demi membunuh
tentera Imprealist , Zionist dan rakyatnya. Sebab itu golongan Islamist
mesti diperangi dan dihalang daripada berkuasa meskipun kalau perlu
proses demokrasi itu dikhianati.
II.Strategi Politik Kuasa Besar
Dalam arena antara bangsa pula strategi politik yang digunakan oleh
Negara Kuasa Besar telah berubah . Kalau pada suatu masa dahulu
strategi politik ialah dengan mendorong proses demokrasi diamalkan
dinegara Negara Arab dan umat Islam yang lain untuk menghasilkan
reformasi dan mengatasi konflik dalaman yang tidak berkesudahan .
Perkara ini ditekankan di samping menggalakan konsep good governance
dan pembelaan terhadap hak asasi manusia. Tapi kini persepsi dan
strategi politik Negara kuasa besar terhadap Timur Tengah umpamanya -
telah berubah.
Sejak Israel melancarkan serangan besar-besaran memusnahkan Palestin
dan Lebanon Amerika semakin berkecenderungan untuk membentuk pakatan
strategi dengan penguasa dan pemimpin Negara Arab Diktator tertentu
untuk memusnahkan golongan apa yang dipanggil Muqawamah atau pejuang
pembebasan nasional; baik Hamas di Palestin maupun Hizbullah di
Lebanon. Polisi dan strategi ini menggantikan strategi menggalakan
perkembangan demokrasi, reformasi terhad, dan pembelaan hak asasi. Ini
kerana perkembangan demokrasi di Negara umat Islam dan Arab dianggap
akan melahirkan serta menonjolkan kepimpinan gerakan politik Islam dan
aktivist madani Islam yang memusuhi kepentingan Amerika , Israel dan
sekutu Baratnya. Dasar memehak kepada regim korup yang sedang berkuasa
dan menindas rakyat diteruskan semula kerana mereka dianggap dapat
melindungi kepentingan Amerika di Negara berkenaan.
Perkara ini ditegaskan oleh penganalisa politik Islam online Mohd. Jamal Arafah baru-baru ini. Beliau menegaskan:
ولهذا بدأ التخلي الأمريكي تدريجيا عن فكرة نشر
الديمقراطية وتفريغ مفهوم الشرق الأوسط الديمقراطي من مضمونه الحقيقي
الأول وهو الديمقراطية بدعوى أن القوى الإسلامية المتطرفة (خصوصا حركات
المقاومة) تسعى لتقويض هذه التجربة الديمقراطية واختطافها لصالحها،
والتركيز على محاربة هذه المقاومة، وإقناع الأنظمة العربية القديمة
بالمشاركة في هذه المعركة باعتبار أن المقاومة خطر على الأنظمة وأمريكا
معا!.
أما الهدف الحقيقي لهذه الخطة فهو الوصول إلى شرق أوسط
جديد تهيمن عليه إسرائيل وتقوده بالوكالة عن واشنطن، مع القبول بدولة
فلسطينية صغيرة منزوعة السلاح ومقسمة جزأين وتعيش جنبا إلى جنب مع الدولة
الصهيونية، ونزع سلاح المقاومة ووضعها تحت إمرة الحكومات المتعاونة مع
مشروع الشرق الأوسط الأمريكي الجديد.4
Menurut beliau strategi baru khasnya yang berkaitan dengan Palestin
dan Lebanon untuk menghapuskan Hamas dan Hizbullah berpaksikan kepada
dua tonggak iaitu:
- Menggunakan pendekatan ketenteraan dengan cara
membantu jentera dan peralatan perang Israel bahkan dengan menekan
Israel agar jangan menamatkan pencerobohan dan menerima gencatan
senjata; sebaliknya Israel mesti terus menyerang dan memusnahkan
Hizbullah dan Hamas.
- Pendekatan lunak ialah dengan
mengadakan perkongsian atau kerjasama dengan regim pemerintah Arab yang
menyokong perdamaian dengan Israel yang juga sekuturapat Amerika agar
berkerjasama dengan perancangan Amerika melumpuh dan membegal kumpulan
pembebasan , mengeringkan sokongan rakyat terhadap mereka justeru regim
tersebut dianggap sebagai orang tengah dunia Arab dan Islam dengan
Amerika.
III.Ciri dan Tujuhala Strategi Baru
Ciri dan tujuhala strategi baru ini dapat dikesan dengan tindakan berikut:
1. Setelah Israel hampir selesai membedil dan meruntuh sasaran asas
di Lebanon Amerika malah menganjurkan agar Israel meneruskan lagi
penyerangannya terhadap Lebanon dengan niat melemahkan lagi keupayaan
tempur Hizbullah sebelum berrunding di meja perundingan. Amerika juga
turut menggagalkan usaha PBB , usaha Negara G8 untuk merealisasi
gencatan senjata baru-baru ini.
2. Apabila Israel mengadu kesukaran mengebom sasaran ketenteraan
Hizbullah dan kelihaian mereka menyembunyikan diri dalam benteng
pertahanan bawah tanah Amerika menurut laporan News Week 22Julai 06
segera menghantar lebih seratus bom GBU28 penembak tepat seberat 2268
kilogram untuk memusnahkan benteng kebal di bawah tanah melalui
pancaran lesser dan penyelarasan stalet.
3. Dalam masa yang sama digemburgemburkan melalui jaringan media
massa secara luas bahawa pejuang pembebasan sebenarnya tidak bertindak
untuk kepentingan Lebanon tetapi ialah untuk memenuhi kepentingan
strategi Iran dan Syria. Oleh itu mereka sebenarnya tidak menghiraukan
kerugiaan yang akan menimpa rakyat Lebanon , mereka tidak mempedulikan
kepentingan nasional Lebanon. Akhirnya tuduhan Bush yang mengatakan
perbuatan Hizbullah menyembunyikan roket dicelah rumah penduduk awam
adalah suatu pencabolan terhadap demokrasi serta usaha untuk
menjatuhkan kerajaan Lebanon yang dipilih secara demokratik dan ini
menunjukkan bahawa Hizbulah bukan sahabat sejati Lebanon. Sebaliknya
Hizbullah telah mendedahkan kemajuan pembangunan Lebanon dalam bahaya
kemusnahan. Oleh itu Hizbullah sebenarnya telah mengkhianati rakyat
Lebanon.
4. Saluran media Fox News yang mewakili aliran ekstrimis kanan dalam
pentadbiran Bush baru-baru ini menerangkan secara tidak langsung bahawa
Amerika ikut serta dalam perancangan ketenteraan Israel menyerang
Lebanon . Hal ini telah merunsingkan pentadbiran Amerika yang dengan
serta merta melalui jurucakap rumah putih Tony Snow menafikannya.
Beliau berkata: Kami tidak membuat rancangan ketenteraan bersama
Israel. Kami hanya mengatakan kepada mereka bahawa kalian perlu
mengawal perasaan. Namun situasi harus berubah. Sebab Hizbulah tidak
boleh dibenarkan melemahkan kerajaan Lebanon dan menggugat kestabilan
di rantau berkenaan. Snow mengukuhkan lagi dakwaannya dalam NBC bahawa : Kami tidak merancang bersama atau melakukan latihan ketenteraan bersama Israel.
IV.Situasi Dalam Negara
Di persada tanah air kita dikejutkan dengan berbagai permasalahan. Antaranya:
- Agama
Gejala murtad semakin berleluasa, bilangan dan angka yang disebut
oleh mufti Perak baru-baru ini masih sedikit kalau dibandingkan hakikat
yang sebenar dari sudut ilmu akidah tentang criteria kemurtadan.
Serangan terhadap status dan kewibawaan ajaran syara terus dilancarkan
oleh kumpulan artikel 11 dan kuncu-kuncu mereka.
Menurut Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), kumpulan
Artikel 11 yang mengatakan seseorang itu bebas menukar agama,
sebenarnya mempromosikan jenayah, justeru murtad adalah satu jenayah
mengikut undang-undang negara ini. Ini dinyatakan dalam enakmen jenayah
syariah di setiap negeri yang meletakkan murtad dalam kategori jenayah.
"Perlembagaan Persekutuan dalam Jadual 9 jelas menyatakan bahawa
kerajaan negeri berkuasa untuk mewujudkan undang-undang yang berkaitan
dengan hal ehwal agama Islam."
"Oleh sebab itu hampir semua enakmen yang wujud di negeri-negeri
telah meletakkan murtad dalam enakmen jenayah syariah. Ini bermakna
sesiapa yang ingin mengubah kedudukan murtad sebagai suatu hak,
bermakna mereka telah memberi hak kepada seseorang untuk melakukan
jenayah.
Kumpulan Artikel 11 yang mendakwa mereka memperjuangkan hak individu
atas dasar Perkara 11 dalam Perlembagaan sepatutnya membaca peruntukan
Perkara 11 itu bersama dengan peruntukan yang lain Kerana adalah tidak
wajar, dari segi undang-undang untuk hanya mengambil satu peruntukan
sahaja dan tidak mengaitkan dengan peruntukan-peruntukan di bahagian
lain dalam Perlembagaan Persekutuan.
Rakyat Malaysia sudah bersepakat dalam Perlembagaan Malaysia,
beberapa perkara tidak boleh dipertikaikan seperti kuasa Raja-Raja,
kedudukan bahasa Melayu, hak istimewa orang Melayu dan kedudukan agama
Islam dalam negara.Oleh itu Kumpulan Artikel 11 tidak boleh
mempersoalkan perkara yang sudah disepakati dalam Perlembagaan
Persekutuan."5
Menurut PEMBELA dalam memorandum khasnya kepada Perdana menteri
baru-baru ini Semenjak 49 tahun mencapai kemerdekaan, umat Islam
dinegara ini telah hidup dengan harmoni bersama-sama penganut-penganut
agama lain. Kini, beberapa kelompok dan individu telah cuba
mengeksploitasi suasana toleransi yang sedia ada, dengan sengaja cuba
mencampuri urusan dalam menentukan bagaimana umat Islam seharusnya
mengamalkan ajaran agama Islam. Kelompok-kelompok dan individu ini
telah menggunakan Mahkamah untuk merendah-rendahkan status Islam yang
telah pun diperuntukkan di dalam Perlembagaan .
Terdapat beberapa usaha agresif yang cuba menyeret isu berkaitan
Islam ke Mahkamah dengan niat utama untuk merendahkan status Mahkamah
Syariah. Kewujudan kelompok antara agama dan Artikel 11 adalah di
antara beberapa usaha yang tidak diiktiraf untuk menyerang Islam di
atas dakwaan mempertahankan hak kemanusiaan sejagat.
Serangan berterusan ini adalah untuk mencabar kewibawaan
Perlembagaan yang mana seandainya berjaya, akan menimbulkan beberapa
implikasi jangka panjang di dalam pembentukan identiti Melayu,
kedaulatan Raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam, dan kuasa
pentadbiran Majlis Agama Negeri.
- Sosial:
Gejala maksiat malah semakin menjadi-jadi, jenayah bunuh termasuk
bunuh ibu sendiri oleh keluarga di Raja, zina , rogol , curi ,culik,
minum arak, berjudi dan sebagainya semakin berleluasa dalam
masyarakat..
Manakala tindakkan menghina ajaran agama Islam ,peranan dan pengaruh
media, orang bukan Islam, kumpulan-kumpulan penentang Islam yang
memperolehi bantuan antarabangsa .Di samping isu-isu yang sensitif
kepada cara mengamalkan ajaran Islam telah diberi liputan oleh media
dan dibincangkan secara terbuka dan dicabar , menyebabkan kekecewaan,
tekanan, syak-wasangka, terhadap Islam dan umatnya semakin merebak
Sebagai contohnya,- menurut PEMBELA - ketua kumpulan penekan
orang-orang Islam secara terbuka mengatakan perempuan-perempuan Islam
di Malaysia sebagai golongan kelas kedua, sentiasa didiskriminasikan,
bound and gagged dan tidak ada bezanya daripada golongan yang
mengalami keadaan apartheid.
Kumpulan yang sama di platform antarabangsa merendahkan Islam dan
menuduh Syariah berpihak kepada jantina tertentu sahaja. Kajian telah
menunjukan bahawa tidak ada bukti kukuh untuk menyokong kenyataan ini
di Malaysia.
Semua serangan terhadap Islam telah ditambah dengan Islamophia
yang menyebabkan orang bukan Islam melihat orang Islam secara negatif
dan membuatkan orang Islam merasa defensive dan apolegitik terhadap
Islam.
Walaupun arahan PM kepada kumpulan 11 telah dikeluarkan pada 26
Julai lepas namun program mereka untuk menggugat dan menceroboh
mertabat agama Islam tetap diteruskan. Malangnya kumpulan inidisertai
oleh beberapa kerat kumpulan dan individu orang Islam yang kita ragui
keislaman mereka.
Kita bimbang gerakan ini bertujuan menimbulkan ketidakstabilan dalam
negara ini sebagai langkah awal untuk menjemput kuasa asing masuk
campur dalam urusan dalam negara kita dalam rangka melebarkan lagi
hegemoni kuasa Imprealist baru.
- Politik
Pentas politik memperlihatkan sifat tidak demokratiknya pemerintah
dalam menguruskan pemerintahan. Gejolak politik mutakhir mempamirkan
pertarungan antara PM dan ex PM. Pergisiran tersebut menyerlahkan lebih
banyak lagi bukti kelemahan pemerintah dan ketidakupayaannya mengatasi
masalah rasuah, salah guna wang rakyat, pengurusan kewangan yang
membazir, projek mega yang mengayakan kroni, sikap tidak telus
kerajaan, amalan politik yang jauh dari piawai demokrasi yang sebenar
dan berbagai lagi kejahatan lain yang diwarisi oleh pemimpin kerajaan
kini.
d) Ekonomi
Pembangunan adalah suatu mercu tanda kebebasan dan piawai demokrasi.
Tanpa prasarana kesihatan, pendidikan, perumahan , kedudukan eknomi
yang stabil sudah tentu demokrasi sukar diamalkan. Rakyat yang
terbelenggu oleh kejahilan, kemiskinan , penyakit dan sebagainya sangat
mudah untuk diperasugut dan digula-gulai untuk membuat keputusan
politik yang merugikan mereka. Usaha negara kaya untuk terus menjadikan
negara dunia ketiga dan negara umat Islam umumnya terus miskin dan
tetap bergantung dengan mereka sangat jelas terpampang dengan berbagai
polisi sedunia dan serantau yang membelenggu mereka.
Tindakan untuk menampilkan matawang bersama untuk negara Islam atau
negara membangun masih jauh dari terlaksana. Dinar mas yang menjadi
projek PM terdahalu ditentang oleh PM Malaysia kini. Pasaran bersama
negar-negara Islam masih tersangkut-sangkut dan belum membawa
kemakmuran yang diinginkan. Pembentukan Koperasi Islam Serantau dan
Sedunia masih dalam peringkat perancangan.
e)Ketenteraan
Peralatan ketenteraan kita berbanding negara jiran ternyata jauh
tertinggal di belakang. Perbandingan angka dan jenis senjata yang
dimiliki oleh Tentera Malaysia berrbanding Singapura telah merunsingkan
banyak pehak yang prihatin terhadap masa depan kedaulatan negara.
Menurut penulis yang membuat kajian dan tulisan berkenaan
dilaporkan oleh sebuah akhbar tabloid :
Pada tahun 2003 Singapura telah menyertai program pembangunan
pesawat pejuang tercanggih F-35 Joint Strike Fighter (JSF) yang
dijangkan akan mula beroperasi pada tahun2015. Dalam masa akan
datangRSAF dijangka akan beroperasi dengan menggunakan dua jenis
pesawat pejuang iaitu F-35 dan F-15.
Di atas kertas keupayaan RSAF (tentera udara Singapura) jauh ke
hadapan jika dibandingkan dengan TUDM. Walaupun negara Singapura begitu
kecil tetapi kekuatan tentera udaranya membayangkan bahawa negara
tersebut adalah gergasi pertahanan udara dirantau ini6
Sekiranya laporan itu benar maka kerajaan perlu bertindak
membetulkan kepincangan tersebut demi maruah dan masa depan agama ,
bangsa dan negara.
Kita melihat depan mata kita bagaimana Israel yang telah dibina dan
di bantu oleh Amerika dengan segala senjata canggih khasnya tentera
udara memusnahkan kemudahan infrastruktur , orang awam dan harta
benda rakyat Palestin dan Lebanon.
Malangnya apa yang kita lihat kini ialah keupayaan berjihad
tidak ditingkatkan ; sebaliknya ada usaha untuk menuduh para mujahid
sebagai pengganas yang mesti dikejar dan dibunuh atau diISAkan
f) Media dan Alat Sebaran Am
Kebanyakan media dibolot oleh kroni parti yang memerintah baik yang
bercetak mahupun elecktronik. Media raksaksa dimiliki oleh konglemerat
asing yang berperanan menyibarkan pemikiran dan budaya liberal dan
faham hedonisme dalam masyarakat. Suara oposisi gabongan alternatif dan
rakyat terpinggir dan langka.
Dalam masa yang sama pengaruh media luar negara dan golongan anti
kemerdekaan umat , anti Islam menyerlah diseluruh pelusuk negara .
Inilah cabaran pemikiran dan budaya yang menghimpit dan menghakis
jatidiri umat.
Satu-satunya ruang yang memberikan sedikit kehadiran pembangkang
dan suara rakyat yang tertindas ialah ruang ciber atau sesawang
internet. Namun ruang inipun sedang nazak dengan sekatan yang akan
dibuat oleh pehak kerajaan atas alasan menjaga keamanan dan
ketenteraman awam. Trend pemerintahan yang tidak demokratik nampaknya
akan terus diperkasa oleh pehak-pehak yang berkenaan.
g) Perundangan
Peruntukan yang berkait dengan kedaulatan Islam, kedudukan dan
kewibawaan Mahkamah syariah , urusan melindungi akidah umt dan
sebagainya digugat oleh kumpulan Islam Liberal, IFC , kumpulan artikel
11 dan pembantu-pembantu mereka dari luar negara. Manakala golongan
elit parti yang memerintah tidak menampakkan sikap pembelaan yang
sewajarnya terhadap kepentingan Islam. Sebaliknya bersikap apathetic
dan lembab betindak.
Dalam masa yang sama perang zalim terhadap umat dan negara orang
Islam yang dilancarkan atas nama memerangi terrorisme oleh negara
terrorist besar telah ditunggangi oleh pemerintah zalim di negara Arab
dan bukan Arab untuk lebih menceroboh hak asasi rakyat dengan
penggubalan berbagai akta zalim yang menindas serta membuat pindaan
yang lebih mencerut leher kebebasan umat. Di Parlimen Malaysia
baru-baru ini ditampilkan cadangan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Rang
Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2004 dan Rang Undang-Undang
Kanun Tatacara Jenayah (pindaan) 2004 untuk memasukkan antara lain -
ungkapan ..the intention of advancing a political religious or ideological cause
.Kesamaran ungkapan tersebut boleh menghukum setiap golongan yang
tidak bersetuju dengan dasar kerajaan BN UMNO yang ternyata banyak
menyimpang itu dengan hukuman 30 tahun penjara.Pindaan berkenaan
menyerlahkan dengan jelas akan kecenderungan menindas dan menyekat
suara, idealogi dan pandangan parti lain selain dari parti pemerintah
yang berkuasa.
V. Langkah-Langkah Memperkasa Umat
Tidak mungkin umat diperkasa tanpa memperkasa negara . Sebab itu
unsur unsur membangun dan memajukan negara adalah perlu dan merupakan
prasyarat pembangunan menyeluruh .Pembangunan negara yang
berkaitan dengan infrasturktur kebendaaan memang penting dalam
memberikan jaminan taraf hidup yang sustainable dan mantap.Rakyat yang tidak cukup makan, pakaian, rawatan dan tempat tinggal tentu tidak dapat mengenal erti kesejahteraan hidup.
- Pembangunan Ekonomi dan Infrastruktur
Sebab itu pembangunan ekonomi sangat vital dan asas dalam usaha
membangun modal insan dan meningkatkan kualiti udara, air, makanan ,
kesihatan dan sebagainya.
Pembangunan pula diukur dengan beberapa petunjuk khusus. Dalam hal ini
ada kalangan yang mencadangkan agar Indeks Pembangunan negara atau
ummah ini merangkum indeks pembangunan ekonomi , pembangunan sosial dan
indeks pembangunan Islam berikut:
Petunjuk Ekonomi
- Pendapatan Per kapita yang tinggi
- Kadar Pengangguran yang rendah
- Kadar Perbandaran yang pesat
- Pendapatan Bualana purata yang lumaian
- Jumlah kereta dan motosikal berdaftar bagi setiap 1,000 penduduk
- Jumlah telefon bagi setiap 1,000 orang penduduk
Petunjuk Pembangunan Sosial
- Kadar Kemiskinan yang rendah
- Jumlah penduduk yang mendapat liputan bekalan air paip
- Jumlah penduduk yang mendapat liputan bekalan elektrik;
- Kadar kematian bayi bagi setiap 1,000 kelahian hidup
- Bilangan doktor bagi setiap 10,000 orang penduduk
Indeks pembangunan Islam
- Nilai kutipan zakat
- Bilangn amil
- Nilai aset perbankan Islam
- Nilai aset takaful
- Bilangan pelabur pelabur di dalam saham amanah
- Nilai aset bersih pelabur
pelabur saham amanah
- Bilangan masjid dan surau
- Bilangan pendeposit dan jumlah deposit di dalam Tabung Haji
- Bilangan profesional Bumiputera
Islam
- Bilangan sekolah-sekolah agama dan
- Bilangan murid dan guru sekolah agama7
Namun menurut Prof Zainal Kling : Kefahaman yang lebih mendalam dan
meluas terhadap keperluan manusia , bukan sekadar keperluan asasi,
timbul dari kesadaran bahawa setiap individu ataupun kelompok manusia
memerlukan tahap dan jumlah pendapatan yang berlainan untuk hidup
selesa dan baik. Demikian juga, pelbagai negara dan bangsa mempunyai
penegasan dan tekanan terhadap pelbagai faktor kehidupan yang sedikit
berbeza dengan yang lain sebagai takrif dan pencapaian untuk hidup
berkualiti. Dengan demikian negara-negara yang hampir sama tahap GNP
per kapitanya akan mempunyai tahap pencapaian berlainan dari sudut
ukuran hidup berkualiti. Selaras dengan kesadaran itu maka ukuran
klasik dengan menggunakan GNP per kapita sahaja tidak lagi sempurna dan
tidak lagi memadai untuk memastikan para penduduk yang berlainan
kaadaan dan tahap pencapaian dalam negara menikmati hidup yang
berkualiti serta maju.
Beliau mencadangkan supaya digunapakai Petunjuk Sosial Pembangunan Berasaskan kepada HDI (Human Development Index) berikut:
i. Ekonomi- pendapatan dan kemiskinan
ii. Trend demografi
iii.Komitmen terhadap kesihatan
iv. Komitmen terhadp pendidikan
v. Difusi Teknologi
vi. Prestasi ekonomi
vii.Ketaksamaan pendapatan dan penggunaan
viii.Struktur perdagangan
vx.Tanggungjawab bantuanluar dan kerjasama
x. Pengangguran
xi. Penggunaan tenaga dan kesan alam sekitar.
xii.Gender dan kesamaan dalam kuasa, pendidikan, serta ekonomi
xii.Hak asasi manusia.8
2. Merumuskan Indeks Pembangunan Konfrehensif Dari Perspektif Islam
Cadangan cadangan ini walaupun kita akui baik dan sebagai langkah
awal namun masih belum sempurna. Indeks ini terrnyata lebih
menekankan aspek kebendaan dan tidak menyentuh aspek pertahanan ,
pendidikan, monetary dan sebagainya . Oleh itu ia perlu dicerakinkan
lagi dan dihalusi serta dirumus oleh berbagai pakar bidang ilmu seta
disepakati bersama sebagai indeks petunjuk yang mewakili perspektif
Islam yang sebenarnya untuk menjadi asas pembangunan dan pemerkasan
negara atau umat secara menyeluruh.
Di samping itu entiti yang paling menonjol mewakili umat ialah
kerajaan atau pemerintah. Teras Pemerintah ialah golongan pemimpin.
Kumpulan elit politik dan wawasan perjuangan mereka yang memerintah
sesebuah negara perlu ditukar dari semasa kesemasa berdasarkan
kegagalan ideologi dan pengurusan mereka memerintah menurut penilaian
rakyat. Suatu sistem kepimpinan yang membenarkan proses peralihan ini
lah yang dipanggil dasar syura , muafakat atau yang kini dikenali
sebagai kaedah yang demokratik.
3. Empowerment Kepimpinan
Empowerment kepimpinan bermaksud sistem pembekalan kepimpinan yang
lebih dinamis perlu dinikmati oleh rakyat yang merdeka untuk
meningkatkan kualiti golongan elit politik yang memimpin mereka. Dengan
adanya perubahan kepimpinan yang menyeluruh menyebabkan rakyat dan
negara sentiasa dipimpin oleh kumpulan yang terbaik dan cemerlang. Ini
memerlukan wujudnya kebebasan jentera penyelenggara demokrasi seperrti
SPR yang bebas (tidak dimilik partikan oleh parti yang memerrintah),
Badan Kehakiman, media, jentera penguatkuasa dan pasukan keamanan dan
keselamatan yang menjaga kepentingan rakyat yang lebih tinggi dari
menjaga kepentingan parti pemerintah.
Sebab itulah kita dapati dalam negara maju dari sudut amalan
demokrasi di mana rakyat mereka menikmati tahap kebebasan yang lebih
tinggi dan maju, pemerintahan di negara berkenaan sering beralih teraju
dari berbagai parti atau kumpulan elit politik yang merintah.Ini kerana
menurut kemahuan rakyat yang bebas membuat pilihan . Manakala di negara
mundur negara diperintah sekian lama oleh parti tertentu sahaja. Malah
parti itupun didominasi oleh orang tertentu dan kroni asuhannya untuk
terus berkuasa dengan penuh kelemahan, tanpa kualiti dan terus menindas
rakyat dengan undang-undang dan akta draconion.
4. Pemurnian sistem kepemimpinan
Pemimpin mencerminkan rakyat. Mutu pemimpin adalah refleksi terhadap mutu rakyat dan akhlak mereka.Terdapat Aathar yang menegaskan : Bagaimana kaadaan kamu begitulah halnya para pemimpin yang akan dinobatkan untuk kamu
. Oleh sebab itu proses meingkatkan kualiti umat umumnya sangat perlu
untuk dapat melahirkan golongan para pemimpin yang berkualiti dan tidak
lemah serta melemahkan umat dan negara..
Apakah konsep kepemimpinan yang unggul, sifat dan traits kepimpinan
yang terpuji , benar dan soleh, dasar perjuangan yang betul dan jitu,
kaedah melahirkan kepimpinan yang terbaik dan diberkati oleh Allah.
Inilah persoalan pokok yang mesti dijawab dengan jaya dan baiknya
setiap individu umat.
Sebab itu amat banyak ayat dan hadith serta pandangan ulama yang
menjelaskan tentang kemuliaan menjadi pemimpin, pemimpin adalah
pemegang amanah, seksa Allah terhadap pemimpin korup dan menyeleweng
serta zalim, Kejayaan umat kerana pemimpin yang beriman, berilmu, soleh
dan bijaksana. Kegagalan umat kerana kepimpinan haprak yang tidak
berkualiti dan lembam serta tidak mempunyai tujuhala yang betul dan
sebagainya.
Kepimpinan pemuda dalam konteks gerakan Islam dicadangkan agar :
- Menguasai asas ekonomi termasuk memahami
laporan-laporan ekonomi kerajaan, pengurusan kewangan kerajaan,
pendapatan negra pengawalan inflasi dan sebagainya.
- Memahami kepentingan perniagaan dan menguasai bagaimana perniagaan berroperasi, membuat keputusan dan juga proses perakaunannya.
- Menguasai maklumat tentang institusi-institusi kewangan termasuk bank, insurans, unit amanah, tabung simpanan pekerja d.l.l.
- Menguasai ilmu pendidikan termasuk memahami sistem pendidikan yang baik dan boleh bersaing pada masa hadapan.
- Memiliki
pengetahuan tentang undang-undang dn perlembagaan seperti doktrin
pengasingan kuasa dan funsi check and balance yang menjadi sebahagian
daripada sistem perundangan.
- Memahami selok belok pentadbiran, agar prinsip-prinsip pentadbiran yang baik dapat dikuasai.
- Memahami peraturan-peraturan kerajaan.
- Memahami bagaimana tugas, tanggungjawab dan akauntabiliti memainkan peranan ke arah membentuk etika pentadbiran.
- Mendalami dasar-dasar dan rancangan awam.
- Meningkatkan kemahiran perhubungan awam termasuk mendapatkankan maklum balas rakyat tentang kerajaan dan parti.9
5. Pemurnian demokrasi prasyarat pemerkasaan
Penjelasan mengenai peri perlunya pemulihan demokrasi di laksanakan
oleh parti yang merintah Malaysia kini telah dibuat oleh banyak pehak ;
baik dari dalam mahupun dari luar negara. Presiden PAS dalam ucapan
dasarnya baru-baru ini menegaskan:
Asas dan sendi demokrasi yang sihat tentunya memerlukan reformasi
perjalanan dan sistem pilihanraya yang mendukungi ciri-ciri, antaranya
seperti berikut:
1. Sebuah Suruhanjaya Pilihanraya yang bebas, wibawa dan kompeten.
2. Daftar pemilih yang bersih, dikemaskini dan disahkan.
3. Tidak berlaku penyalahgunaan kuasa oleh pihak kerajaan sebelum dan selepas Parlimen dibubarkan.
4. Pencapaian kepada media secara adil oleh semua parti dan calon yang bertanding.
5. Kebebasan perhimpunan yang membenarkan penyebaran maklumat dan penerangan oleh semua parti yang bertanding.
6. Tidak wujud amalan membeli undi dalam bentuk rasuah atau kekerasan dan peras-ugut.
7. Jaminan undi rahsia ditentukan sebelum dan selepas proses
mengundi bagi mengelakkan budaya takut. Penggunaan dakwat tak mudah
dinyahkan (indelible ink), walaupun antara kaedah yang paling
tradisional, diyakini mampu menangani masalah pengundi hantu.
Demokrasi yang matang dan sihat, berhajatkan perlaksanaan dan
penghayatan 3 unsur penting dalam sesebuah sistem pemerintahan. Secara
khususnya: i. Persaingan politik yang ekstensif
ii. Partisipasi politik yang tinggi dan
iii. Jaminan kekebasan sivil dan
politik 10
Selaras dengan ini kami juga telah menegaskan beberapa perkara antaranya ialah tentang perlunya :
..perlaksanaan demokrasi yang berimbang dan
adil, sama ada dalam bentuk multi-party system mahu pun two-party
systems, kita hingga menekankan tentang perlunya diikuti kaedah
perwakilan bernisbah (proportional representation) sama ada dengan
sistem senarai (list system) mahupun sistem undi tunggal yang boleh
dipindahkan (single transfernable vote system). Ini memastikan care
taker government yang menguruskan pilihan raya berlaku adil dan bersih.11
Sejajar dengan pemurnian proses dan amalan demokrasi ialah
pengamalan dasar dan perlaksanaan konsep good governance atau kerajaan
yang baik yang merangkum :
..wujudnya pemerintahan negara yang bersih
dan absah dan budaya kehidupan bermasyarakat yang demokratik dengan
menitikberatkan persyaratan bahawa dalam sistem dan proses
penyelenggarakan kehidupan bernegara semestinya wujud keabsahan dan
kedaulatan (legitimasi), keterbukaan dan ketelusan (transperansi),
pertanggungjawaban (akauntabiliti), penegakan dan kepatuhan terhadap
hukum (rules of law), kelayakan dalam mengurusi masalah pemerintahan
(kompetensi), - di mana perlu - dilaksanakan sistem desentralisasi yang
menyuburkan demokrasi partisipatoris di daerah (desentralisasi), dan
kemampuan mengelola negara dengan pertanggung-jawaban orang ramai, di
samping memberikan ruang partisipasi yang luas kepada masyarakat untuk
berperanan dalam dalam lingkungan kebijaksanaan umat.
Ini adalah rentetan dari kesedaran bahawa pengelolaan negara yang baik merangkumi:
Pemantapan penghayatan keagamaan
Pemisahan kekuasaan
Pengawasan dan keseimbangan (Checks and Balance)
Ketelusan (Transperancy)
Partisipasi yang meluas
Akauntabiliti (Accountability)
Desentralisasi (Decentralization)
Penobatan Undang-undang merangkum pembelaan terhadap hak asasi manusia (Rules of law and respect for human rights)
Perlaksanaan sistem pilihanraya yang adil, bebas dan bersih
Kebebasan akhbar
Pembentukan tingkah laku
penjawat institusi swasta dan pemerintah yang berterusan dan lain-lain12
Beberapa program bertindak berkaitan dengan perkara ini telah juga dinyatakan dalam ucapan Kami terdahulu. Antaranya ialah :
Umat dan gerakan Islam perlu berkerja keras
untuk melahirkan proses kehidupan demokratik; berasaskan syura melalui
pengamalan nilai-nilai kehidupan bermasyarakat, berbangsa, dan
bernegara sebagaimana yang dituntut oleh syara, yang antara lain
termasuklah perkara-perkara berikut:
Menegakkan kedaulatan rakyat yang memberi
keabsahan kepada badan-badan kerajaan dalam penyelenggaraan
pemerintahan secara demokratik.
Mengukuhkan penghayatan ajaran beragama yang
merupakan nilai-nilai akhlak dan moral yang paling tinggi dalam
mencegah terjadinya pembudayaan pemerintahan yang buruk.
Berusaha ke arah melahirkan kehidupan sosial
budaya yang berkeperibadian; menjunjung tinggi nilai-nilai kebaikan,
bersungguh-sungguh dalam menjalankan pekerjaan; di samping menghargai
kedudukan sebagai warga negara.
Meningkatkan pemberdayaan masyarakat dan
kekuatan ekonomi nasional yang menunjangi sistem ekonomi di kalangan
rakyat berlandaskan kemampuan pengelolaan sumber daya alam dan sumber
daya manusia yang produktif, mandiri, maju, berdaya saing, berwawasan
lingkungan, dan berkelanjutan.
Meninggikan mutu kesejahteraan rakyat yang
ditandai oleh meningkatnya kualiti kehidupan yang layak dan bermartabat
serta memberikan perhatian utama untuk memenuhi keperluan asas seperti
makan minum, keselamatan, kesehatan, pendidikan, dan peluang pekerjaan.
Membantu ke arah kewujudan jentera dan petugas
negara yang berfungsi melayani masyarakat secara profesional, berdaya
guna, produktif, telus, bebas dari korupsi, kolusi, dan nepotisme.
Menggalakkan perumusan dan penghayatan tata
hubungan kelembagaan yang mampu mengatasi kekurangan penyeleng-garaan
pemerintahan dan saling melengkapi dalam rangka membangun keupayaan
lembaga atau institusi yang memiliki kemampuan dalam menjayakan program
pembangunan.
Merealisasi sistem dan iklim nasional yang
demokratik dan bermutu demi memperteguh iman, akhlak mulia,
kreativiti, budaya inovatif, wawasan Islam, kecerdasan, kesihatan,
disiplin dan tanggung jawab, di samping melahirkan warga yang
berketrampilan, serta menguasai ilmu pengetahuan dan teknologi
6. Secara lebih khusus, gerakan Islam di Malaysia perlulah:
1. Membina alternatif kepada politik negara
sehingga pengaruhnya dalam menentukan halatuju dan corak politik negara
dapat diperluaskan. Pendekatan menerangkan kepada masyarakat mengenai
kepentingan memilih politik alternatif yang Islamik perlu diusahakan.
2. Mendidik semula fahaman politik murni di kalangan umat.
3. Mendidik para aktivisnya bahawa terangkum
dalam sifat sebuah gerakan Islam itu juga termasuk aspek politik dan
segala tindakannya perlu mempunyai impak politik.
4. Mempunyai kerangka agenda politik yang lengkap
untuk menyelamatkan umat dari menjadi mangsa kepada golongan anti Islam
yang mahu meminggirkan umat dari arus perdana politik negara dan global.
5. Mampu membina aktivis yang berkecimpung secara
langsung dalam politik pilihan raya agar mempunyai integriti yang
tinggi sebagai contoh yang disegani oleh masyarakat.
6. Terbina dengan sahsiah yang baik dan dihormati serta meng-gambarkan segala ciri-ciri Islam dalam dirinya.
7. Berlandaskan matlamat yang konsisten untuk menjunjung syariat dalam proses pembangunan negara.
8. Memastikan parti-parti politik Islam berfungsi
sebagai wadah yang berwibawa, berintegriti, bertangungjawab dan dapat
melaksanakan amanah umat tatkala memegang kuasa.
9. Pemerataan struktur Gerakan Islam yang luas
dalam sesuatu kawasan perlu diimbangi dengan disiplin pengurusan yang
kemas. Kesedaran untuk sentiasa meningkatkan daya pengurusan organisasi
Gerakan Islam perlu dikembangkan.
10. Gerak kerja Gerakan Islam untuk membawa perubahan hendaklah dicapai melalui
perubahan terancang bukan perubahan kebetulan.
11. Proses pengkondisian anggota untuk bersedia
berperanan hendaklah diwujudkan dalam Gerakan Islam agar semua anggota
dapat berfungsi. Gerakan Islam perlu mengelakkan gejala menganggur
dalam organisasi di kalangan aktivisnya.
12.Jaringan kerjasama
antara sesama organisasi hendaklah ditingkatkan dalam menangani isu umat.
13. Berbaik sangka di antara sesama sendiri dalam dan antara organisasi untuk menghormati kepelbagaian uslub.
14. Memberi penekanan kepada mengukuhkan kekuatan ekonomi organisasi agar lebih berdikari dalam gerak kerjanya.13
7. Pemerkasaan Ulama
Para alim Ulama sebagai pewaris para Nabi mesti ditingkatkan kualiti
dan kemahiran mereka dalam berbagai lapangan untuk memahami Fiq al
Waqi dengan jitu di samping memahami fiqh al Nusus wal Mutuun.
Ulama yang memenuhi hasrat dan kemahuan rakyat dari segi kejujuran ,
keilmuan, ketegasan dan keberanian tentulah akan berada di
tengah-tengah kemelut masyarakat dan menanganinya secara yang wajar.
Untuk itu mereka perlu diperkasa dari sudut keyakinan, kefahaman
tentang strategi musuh, pemerkasaan kebistarian, kerohanian,
keorganisasian, kepakaran dan persekitaran sosio-Politik dan
Sosio-Ekonomi. Huraian lanjut dan terpeinci mengenai hal ini telah kita
cerakinkan dalam tulisan bertajuk: Menjana empowerment Ulama: Menggarap
Permasalahan Umat.14
8. Memperkasa Institusi Fatwa
Fatwa dan institusi yang berkaitan dengannya perlu ditanggongjawabkan kepada mereka yang layak dan puncak dalam ilmu berkaitan.
Fatwa yang mengharamkan umat Islam menolong, mendokan Hizbullah di
Lebanon berhadapan dengan kezaliman Zionist adalah salah dan tidak
bertempat. Perkara ini telah ditegaskan oleh Syaikh Yusuf al Qaradhawi
dalam wawancarnya dengan Station Tv al Jazeera baru-baru ini . Menurut
Dr Abdullah Said , Maha Guru Fiqh al Muqaran dari Universiti al Azhar :
أن هذه الفتوى خاطئة وليست في موعدها ولا الشرع يتطلبها
ولا الوقت يحتملها.. فالمسلمون أمة واحدة والعدوان -أصلاً- على الإسلام..
والصهاينة يعتدون على المقدسات وعلى الشعوب المسلمة.. فمن يقاومها فهو
مناصر للإسلام.. وإذا كنا نختلف فيما بيننا اختلافًا مذهبيًّا أو
فكريًّا.. فإن العقيدة واحدة وهي لا إله إلا الله محمد رسول الله.. يؤمن
بها الإيراني كالسعودي والمصري لا فرق فيها بين سني وشيعي.. واختلافنا
كشيعة وسنة لا يعني أن نمكّن عدونا منا فهذه فتنة.. وعلى مدى التاريخ وقف
المسلمون جميعًا في العراق، وفي أرض فارس في وجه جميع من اعتدى على
الإسلام، وعلى رأسهم التتار بجميع حملاتهم والصليبيون حتى اندحروا
وهزموا.. ولم نسمع أن مسلمًا قال لمسلم أنت سني لا تقاتل أو شيعي لا
تقاتل.. بل وقف الجميع في خندق واحد، هدفهم إعلاء كلمة الله ونصرة دينه
وهذا هو المطلوب.. وإن كانت مثل هذه الفتاوى من باب تصفية الحسابات فقد
أساء قائلها وخالفه التوفيق؛ لأن هذا ليس وقت تصفية الحسابات.15
Menurut Dr. Abdul Rabbi al Nabi :
أنه يجب علينا في الاجتهاد ألا ننظر لفقه النص وحده،
فالنظر لفقه النص غير كاف، وقد علمنا الإسلام أن ننصر من هم أقرب إلينا في
الملة، فلقد حزن المسلمون أولاً في مكة بهزيمة الروم؛ لأنهم كانوا أهل
كتاب.. ووعدهم الله بالفرح القريب وأقرهم عليه بنصرهم على الفرس
"وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ (4) بِنَصْرِ اللَّهِ يَنْصُرُ
مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ" (الروم: 4 - 5)، كما أننا
نعين النصارى في قتالهم ضد اليهود؛ لأنهم أقرب إلينا مودة بشهادة القرآن
{لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آَمَنُوا الْيَهُودَ
وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَوَدَّةً لِلَّذِينَ
آَمَنُوا الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَى} [المائدة: 82]، والحكم هنا
على عموم اللفظ لا على خصوص السبب.. فإذا كان الإسلام علمنا هذا مع من
يخالفونا في الملة فمن باب أولى أن تكون النصرة لمن ينتمون لديننا ويؤمنون
بربنا ويصدقون نبينا، ويصلون صلاتنا.. 16
Dalam kenyataan terbaru Dr