Photobucket - Video and Image Hosting

 
     


 

 

 

Thursday, August 24, 2006
Tun Dr M bertarung untuk dapatkan hak bersuara

Tun Dr M bertarung untuk dapatkan hak bersuara

Ketika beliau PM dahulu kalangan ahli-ahli dan pimpinan Umno menjulang dan menjunjungnya. Apabila beliau berucap atau menyampaikan amanat semua memasang telinga, tekun mendengar. Apabila beliau ketawa, mereka ketawa, apabila beliau menangis mereka turut menangis.

Demikianlah Tun Dr Mahathir dihari-hari beliau berkuasa dahulu.



Kini tidak lagi. Beliau dilihat sebagai ancaman kepada pimpinan dan parti. Maka dimana sahaja beliau pergi, beliau akan diekori. Ke mana sahaja beliau mahu berucap atau berumpa dengan ahli-ahli Umno dan rakyat, maka usaha dilakukan untuk mengagalkannya.

Dalam sekelip mata sahaja manusia yang disanjung tinggi boleh bertukar menjadi insan yang paling dibenci, demikianlah nasib bekas Presdien Umno itu.

Kini beliau mengadu yang beliau tidak diberikan peluang untuk bertemu apalagi menyampaikan pandagan dan pendapatnya kepada ahli-ahli Umno dan rakyat jelata. Tetapi Tun bukan jenis manusia yang mudah berputus asa walaupun dalam usia selanjut 81 tahun.

Dimana sahaja ada ruang dan peluang, beliau akan mengambil kesempatan.

Semalam ketika berucap dalam satu malis anjuran Dewan Perniagaan Melayu Kedah di sebuah hotel di Alor Setar Tun menyatakan bahawa beliau akan bertanding untuk menjadi perwakilan mewakili Umno Bahagian Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung Umno kelak.

Menurut perlembagaan Umno setiap bahagian akan menghantar 13 orang perwakilan iaitu 6 dikalangan pimpinan terkanan bahagian manakala 7 dikanlangan ahli biasa yang dipilih dalam mesyuarat agung bahagian masing-masing.

Demikianlah gigihnya Tun berusaha untuk mendapatkan lesen untuk berucap di hadapan perwakilan Umno di PWTC nanti. Itu pun sebenarnya belum tentu lagi, kerana walaupun beliau mungkin berjaya dipilih sebagai perwakilan oleh Kubang Pasu namun tidak bererti beliau akan diberi peluang berucap mewakili bahagian dimana sahaja ada kesempatan. Ini kerana biasanya bahagian berkenaan akan berbincang memutuskan siapa diantara mereka yang akan bangun berucap.

Saya pasti Ketua Bahagian Kubang Pasu yang juga seorang Timbalan Menteri dalam kabinet Dollah (walaupun pernah menadi SETPOL Tun semasa Tun PM dahulu) tidak akan mudah menggadaikan kedudukan dan masa depan politik beliau dengan memberikan kebenaran kepada Tun berucap sebagai perwakilan Kubang Pasu.

Apa pun saya yakin kiranya Tun berjaya menadi perwakilan sudah pasti akan gegar PWTC walaupun beliau mungkin nanti disekat dari berucap.

Sekurang-kurangnya para pemberita dan wakil akhbar terutama dari luar negara akan mengerumuni beliau kerana beliau adalah seorang FIGURE yang dikenali dunia setelah menawat awatan PM selama 22 tahun.

Mungkinkah pimpinan Umno yang cemas dengan perkembangan ini akan mengambil tindakan yang lebih drastik dalam menyekat dan menghalang Tun? Itu pun kita sudah terima maklumat bahawa sedang dijalankan inisiatif senyap-senyap untuk memastikan perwakilan di Mesyuarat Agung Kubang Pasu nanti menolak pencalonan Tun sebagai salah seorang perwakilan mereka.

Demikianlah susahnya hidup Tun di dalam Umno yang pernah beliau terajui satu hari dahulu. Apakah agaknya yang mahu diperkatakan oleh Tun itu sehingga pimpinan Umno merasa cemas dan mahu menggagalkan usaha beliau itu?

Marilah kita ikuti perkembangan selanjutnya kisah bangsawan yang sungguh menarik, kekadang melucu dan menghiburkan ini.

Sumber dari  http://n32.blogspot.com/


Posted at 09:24 pm by fareaster
Bagi Comment  

Ketua Hakim Negara jamin Perlembagaan Persekutuan dipatuhi

Sumber : Berita Harian

Oleh Mohd Feroz Abu Bakar

Ketua Hakim Negara jamin Perlembagaan Persekutuan dipatuhi

PUTRAJAYA: Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menetapkan Mahkamah Sivil tidak boleh mencampuri urusan Mahkamah Syariah, kata Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.


Beliau menegaskan, peruntukan dalam Perlembagaan sudah membahagikan bidang kuasa undang-undang sivil dan syariah dengan Mahkamah Sivil tidak boleh mencampuri urusan Mahkamah Syariah.

Sehubungan itu, katanya, semua pihak terutama umat Islam tidak perlu bimbang atau beranggapan hakim Mahkamah Sivil cuba mencampuri bidang kuasa Mahkamah Syariah apabila membicarakan kes berkaitan orang Islam.

"Jika Perlembagaan Persekutuan mengatakan hal itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil, kita akan kendali tetapi jika dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah, kita tidak akan kendalikan kes itu.

"Hakim sivil dalam penghakiman mereka hanya mentafsir undang-undang berasaskan bidang kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan. Jadi, Mahkamah Sivil hanya mengendalikan hal berkaitan Islam berdasarkan peruntukan undang-undang," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas menghadiri Persidangan Tahunan Majlis Hakim Malaysia di sini semalam. Lebih 80 hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan menghadiri persidangan tiga hari itu.

Turut hadir, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Richard Malanjum; Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Hamid Mohamed; Imam Masjid Al-Farah, New York, Feisal Abdul Rauf dan Ketua Hakim New South Wales, Australia, JJ Spi gelman.

Ahmad Fairuz menjelaskan, hakim sivil hanya mentafsir Perlembagaan Persekutuan berdasarkan kuasa yang diberikan kepadanya mengikut undang-undang ketika membuat penghakiman bagi kes berkaitan orang Islam.

Individu atau peguam pula membawa kes berkaitan orang Islam ke Mahkamah Sivil bagi mendapat pandangan hakim sivil mengenai kes mereka berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Saya tidak faham mengapa orang ramai harus keliru. Mereka tidak perlu bimbang (kononnya) kami (institusi mahkamah sivil) cuba merampas peranan Mahkamah Syariah.

"Kami hanya mentafsir Perlembagaan berdasarkan apa yang sepatutnya ditafsir dengan hujah yang diberikan kepada kami dan tiada sebab untuk orang ramai bimbang mengenainya" katanya

Ahmad Fairuz juga menegaskan, pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan tidak harus dipertikai kerana ia dibuat mengikut prosedur dan proses yang sama sejak merdeka hingga sekarang.

Katanya, jika beberapa Ketua Hakim Negara sebelum ini yang bermula sebagai hakim mahkamah terbabit dianggap sebagai individu berintegriti dan jujur, tiada sebab pelantikan hakim sekarang harus dipersoalkan.

"Ada peguam menuduh hakim ini tidak jujur dan tiada integriti. Tunjukkan kami bukti dan kita akan bertindak," katanya.

Beliau menamakan Ketua Hakim Negara kedua, Tun Syed Sheh Syed Hassan Barakbah Al-Haj; Ketua Hakim Negara keempat, Tun Mohamed Suffian Mohamed Hashim dan Ketua Hakim Negara kelima, Sultan Azlan Shah sebagai antara contoh hakim yang berintegriti dan jujur.

Beliau berkata, hakim sekarang dilantik berasaskan kaedah yang diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan, dilantik pihak berkuasa yang sama dan mengikut prosedur yang sama sejak 1957.

Katanya, jika bekas Ketua Hakim Negara itu dianggap individu berintegriti dan jujur, tiada alasan hakim sekarang, yang dilantik oleh pihak berkuasa yang sama, menggunakan prosedur serupa, dianggap tidak berintegriti.

Ahmad Fairuz berkata, semua pihak berkepentingan termasuk Majlis Peguam diberi peluang untuk memberi pandangan dan ahlinya ditawarkan jawatan sebagai hakim.

Katanya, jika Pengerusi Majlis Peguam tidak diminta memberi pandangan mengenai pelantikan hakim, tidak bermakna ahli Majlis Peguam tidak berpeluang memberi pendapatnya sebelum pelantikan hakim.

"Beberapa peguam kanan yang biasa membentangkan kes di mahkamah dan tahu perjalanan mahkamah biasanya memberi pandangan dalam rundingan tidak rasmi sebelum pelantikan hakim baru.

"Jangan mempersalahkan prosedur pelantikan atau kenaikan pangkat hakim," katanya yang tidak menolak kemungkinan lebih ramai ahli Majlis Peguam dilantik sebagai hakim pada masa depan.


Posted at 07:50 pm by fareaster
Bagi Comment  




Wednesday, August 23, 2006
Empat negeri setuju -- Gubal perundangan sekat penyebaran agama lain di kalangan umat Islam

Sumber : Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Empat negeri iaitu Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak bersetuju untuk melaksanakan undang-undang bagi mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama lain di kalangan orang Islam.

Kesemua negeri itu sedang berusaha untuk mempercepatkan pewartaan undang-undang itu. Pulau Pinang akan membentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) November ini, Sarawak pula akan membincangkan mengenai perkara itu di Kabinet negeri secepat mungkin.

Sabah pula akan merujuk kepada Peguam Negeri untuk digubal undang-undang itu. Sementara Wilayah Persekutuan pula, yang merangkumi Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya sedang menggubal draf undang- undang itu.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata, beliau akan merujuk kepada pejabat Peguam Negara bagi menggubal undang-undang tersebut. ‘‘Kita akui di Sabah masih belum wujud undang-undang itu bagaimanapun ia perlu dirujuk kepada Peguam Negara,’’ katanya di Kota Kinabalu hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam yang mengarahkan empat kerajaan negeri mengambil tindakan yang sesuai untuk menggubal undang-undang berkenaan.
Abdullah berkata, empat negeri yang masih belum mempunyai undang-undang seperti di bawah Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan itu ialah Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya), Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Bagi Sarawak, undang-undang tersebut akan dibentangkan ke Kabinet negeri secepat mungkin.
Ketua Menterinya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, setakat ini Sarawak memang tidak mempunyai undang-undang sedemikian kerana tidak banyak kontroversi berkaitan agama berlaku di negeri itu.
“Perkara ini (menggubal undang-undang) akan dibawa ke Kabinet negeri untuk dibincangkan dan akan dilaksanakan secepat mungkin,’’ katanya. Sementara itu, mengulas perkara yang sama, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Sarawak, Datuk Daud Abdul Rahman berkata, penggubalan undang-undang tersebut akan dirujuk terlebih dahulu kepada Peguam Negeri sebelum ia dibentangkan di Kabinet negeri.

‘‘Peguam Negeri akan meneliti prosedur pelaksanaan undang-undang itu yang diamalkan di negeri lain sebagai panduan untuk dipraktikkan di negeri ini,’’ katanya.

Bagaimanapun, tambahnya, arahan Perdana Menteri semalam akan diambil tindakan segera kerana bimbang kemungkinan berlaku pertelingkahan atau kontroversi agama pada masa akan datang.‘‘Sudah sampai masanya undang-undang sedemikian diperlukan sebagai persediaan awal berlaku kontroversi berkaitan agama di negeri ini,’’ katanya. Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Shabudin Yahaya menjelaskan, draf undang-undang itu bagi mengawal atau menyekat pengembangan agama lain di kalangan orang Islam bagi negeri itu sedang dalam proses akhir disiapkan.

Ia dijangka dibentangkan untuk diluluskan pada persidangan DUN, November ini. Katanya, draf itu akan diperakukan dalam mesyuarat MAIPP September ini terlebih dahulu sebelum dibentangkan pada persidangan tersebut. ‘‘Kerajaan negeri sebelum ini telah memberi jaminan bahawa tiada halangan dalam menggubal atau mewujudkan peruntukan itu seperti yang termaktub di bawah Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996,’’ katanya.
Shabudin memberitahu, dalam usaha menyiapkan draf berkenaan, pihaknya akan merujuk kepada undang-undang yang diguna pakai di negeri lain untuk keselarasan.

‘‘Draf ini apabila diluluskan akan menyelaraskan undang-undang Pulau Pinang dengan negeri lain bagi memastikan orang Islam tidak dihasut atau dipengaruhi untuk cenderung kepada agama lain, menjadi pengikut, ahli agama bukan Islam atau meninggalkan dan membelakangkan agama Islam,’’ tegasnya.

Dalam pada itu, Ketua Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon telah mengarahkan Penasihat Undang-Undang Negeri supaya mempercepatkan kajian dan penelitian undang-undang itu sebagaimana yang diarahkan oleh Perdana Menteri semalam.

Katanya, Pulau Pinang akan mengadakan perbincangan dengan keempat-empat negeri terbabit bagi menggubal undang-undang yang sama supaya tidak menimbulkan sebarang keraguan dan masalah pada masa hadapan.

‘‘Perkara tersebut sudah ada dalam Perlembagaan Persekutuan dan ia diberi perlindungan dan perlembagaan mengatasi semua perkara. ‘‘Kerajaan negeri juga akan mengambil inisiatif untuk memberi penjelasan kepada semua penduduk agar ia tidak menimbulkan sebarang keraguan di masa hadapan,’’ katanya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, beliau akan merujuk kepada Peguam Negara esok mengenai kedudukan draf undang-undang itu untuk Wilayah Persekutuan.

Sambil menyokong arahan Perdana Menteri itu, beliau berkata, kerajaan negeri kemungkinan boleh dianggap melanggar undang-undang Malaysia sekiranya tidak mengambil inisiatif untuk berbuat demikian seperti yang diperuntukkan di bawah Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

‘‘Kita perlu ingat di dalam Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa seseorang itu tidak boleh mengembang agama lain di kalangan orang Melayu atau Islam.

‘‘Saya berharap semua kerajaan negeri akan memberi perhatian terhadap perkara ini demi melindungi orang Melayu atau Islam daripada dipengaruhi oleh agama atau kepercayaan lain,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata, perkara itu perlu disegerakan kerana ia melibatkan sensitiviti orang Islam di negara ini.


Posted at 08:48 pm by fareaster
Bagi Comment  

Siapakah Dia...?

Siapakah Dia...?
 
Siapakah orang yang sibuk ?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah
lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil

berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir
senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak
lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa
menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih
berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa
amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata
memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa
amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?

Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu  
sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.
 
Fwd- Nasuha : Msn group

Posted at 03:39 am by fareaster
Bagi Comment  




Monday, August 21, 2006
Kedudukan Agama Islam Dalam Perlembagaan Perlu Diperjelas

 

BANGI: Peruntukan Perlembagaan Persekutuan berhubung kedudukan dan kedaulatan agama Islam perlu diperjelaskan kepada rakyat supaya pertikaian mengenainya tidak berbangkit dan permasalahan seperti isu murtad dapat ditangani dengan baik.

Antara peruntukan itu ialah Artikel 11 (4) yang melarang bukan Islam menyebar ajaran agama lain kepada masyarakat Islam dan Artikel 121 (1A) yang menetapkan mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa dalam perkara yang dalam bidang kuasa mahkamah syariah.

Itu adalah antara resolusi yang diputuskan di akhir Seminar Kebangsaan Kedaulatan Islam di Malaysia: Erti Dan Realiti yang dihadiri kira-kira 1,000 ilmuan, profesional dan aktivis Islam, di sini semalam.

“Semua pihak yang bertanggungjawab dengan Islam hendaklah menjelaskannya kepada warga Malaysia,” kata resolusi itu.

Ahli panel forum itu termasuk Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria; Pengerusi Persatuan Peguambela Islam, Zainur Zakaria; pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari; peguam Sulaiman Abdullah; peguam syarie, Kamar Ainiah Kamaruzaman dan Presiden Majlis Peguam Syarie Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar.

Turut berucap pada seminar anjuran Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) itu ialah Presidennya, Datuk Dr Siddiq Fadhil.

Seminar itu menggesa Parlimen dan semua Dewan Undangan Negeri segera menggubal dan melaksanakan akta dan enakmen yang menghalang gerakan penyebaran agama lain kepada umat Islam seperti yang dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“(Kami) menyeru kepada semua Raja-Raja Melayu supaya prihatin dan tegas terhadap bidang kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk mempertahankan kedaulatan Islam supaya tidak dimanipulasikan mana-mana pihak,” kata resolusi itu.

Laman web PEMBELA  http://www.myislamnetwork.net 

“Berjihad Mempertahankan Akidah Keluarga dan
Anak-Anak”


Posted at 07:32 pm by fareaster
Bagi Comment  




Sunday, August 20, 2006
Pendekatan dan Strategi Pencegahan Gejala Sosial Masyarakat

Pendekatan dan Strategi Pencegahan Gejala Sosial Masyarakat

 

 

 

 

Pendahuluan.

 

Sebelum sebarang langkah untuk merumuskan pendekatan dan pencegahan yang berkesan dalam menyantuni masyarakat khususnya golongan belia dan remaja, kepimpinan masjid dan surau harus meneliti kedudukan mereka secara mendalam serta situasi mereka yang sedia ada.  Beberapa pengamatan dapat dinyatakan dalam hal ini iaitu;

 

1.      Wujudnya tanggapan bahawa masjid dan surau hanya sesuai untuk orang-orang tua.

 

2.      Struktur kepimpinan masjid dan surau tidak memberi ruang peluang penyertaan belia dan remaja secara langsung dalam pembangunan masjid dan surau.

 

3.      Masjid dan surau tidak dikembangkan untuk memberi perhatian kepada permasalahan belia dan remaja.

 

4.      Kegiatan masjid dan surau dan sangat cenderung kepada memenuhi keperluan orang-orang dewasa dan tua sahaja.

 

5.      Belia dan remaja tidak terbimbing dalam aktiviti yang sesuai untuk mendekatkan diri mereka kepada masjid dan surau.

 

Dalam analisis khidmat tersebut umumnya masjid dan surau tidak mengembangkan aktivitinya untuk melihat persoalan-persoalan masyarakat dengan lebih luas seperti:

 

1.                  Pendidikan kekeluargaan.

2.                  Pembangunan belia dan remaja.

3.                  Pegurusan kebajikan golongan tidak bernasib baik.

4.                  Kecemerlangan persekolahan anak-anak.

5.                  Masalah-masalah keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat.

6.                  Pembangunan rakyat termiskin.

7.                  Kemudahan membaca.

8.                  Pengukuhan ekonomi anak kariah.

9.                  Peningkatan kualiti dan taraf hidup anak kariah.

10.             Pengindahan kawasan kariah.

11.             Pendidikan dewasa.

12.             Pusat pendidikan kanak-kanak.

13.             Pendidikan kaum wanita.

14.             Khidmat kaunseling remaja.

15.             Pembangunan kesihatan anak kariah.

16.             Bimbingan kerjaya belia.

17.             Pembangunan sumber tempatan.

18.             Khidmat penyebaran maklumat semasa.

19.             Khidmat pusat musyawarah anak kariah

20.             Khidmat bantuan perbelanjaan persekolahan

21.             Khidmat pusat pembangunan kepimpinan masyarakat

22.             Khidmat penyelesaian konflik komuniti

23.             Khidmat nasihat persediaan perkahwinan

24.             Khidmat pusat bantuan kecemasan

25.             Khidmat membangun organisasi masyarakat setempat.

26.             Pusat kaunseling pekerja industri.

 

Semua aspek tersebut adalah bidang dan medan kerja masjid dan surau yang boleh benar-benar menjadikan masjid sebagai Pusat Pembangunan dan Kemajuan Masyarakat yang sebenar.

 

Persoalan-persoalan dan masalah-masalah yang kini sedang berlaku di dalam masyarakat memerlukan perubahan paradigma yang besar dalam gerakkerja masjid dan surau. Hanya melalui keperihatinan dari masjid dan surau sahajalah akan menempatkan fungsi masjid ditengah-tengah hati nuraini komuniti lingkungannya.  Keperihatinan masjid dan surau terhadap keperluan komuniti sekitarnyalah akan menambat masyarakat untuk mendampingi masjid dan surau dalam semua ehwal kehidupan mereka.

 

Dari pengamatan di atas natijah yang berlaku ialah kelompok belia dan remaja kian menjarak dari masjid dan surau.  Dengan demikian, keberkaitan hidup anak muda dengan masjid dan surau tidak berlaku dan pembinaan tidak dapat dilaksanakan secara berkesan. Akhirnya mereka akan terlibat dan terjebak dalam aktiviti-aktiviti maksiat dan munkarat.

 

Pihak Prihatin Malaysia meneliti fenomena ini dengan insaf bahawa suatu pendekatan yang berkesan perlu dirumus dan diimplementasikan.  Namun begitu beberapa prasyarakat perlu dipenuhi sebagai upaya untuk memastikan pendekatan yang diambil akan berkesan;

 

  1. Keterbukaan Kepimpinan Masjid dan Surau.

 

Iaitu perlu ada keterbukaan yang membenarkan serta memberi keyakinan kepada belia dan remaja bahawa penglibatan mereka amat perlu dan penting.  Keterbukaan ini akan membenarkan belia dan remaja diberi peluang turut serta dalam merancang serta melaksanakan aktiviti yang sesuai dan berciri 'kebeliaan' dan 'kepemudaan'.

 

  1. Melibatkan belia dan remaja dalam struktur jawatankuasa kariah.

 

Jawatankuasa kariah perlu menyemak kemungkinan untuk memastikan penyertaan belia dan remaja secara formal dalam menentukan 'kerusi' kepada belia dan remaja dalam jawatankuasa kariah perlu didahulukan sebagai laluan untuk menarik minat kehadiran dan penyertaan mereka.

 

  1. Aktiviti masjid dan surau perlu mewujudkan hubungan dengan belia.

 

Kehadiran belia dan remaja akan hanya terjamin jika aktiviti yang dilaksanakan 'berkait', 'berkenaan' dan 'bersesuaian' dengan keperluan belia dan remaja.  Justeru itu, pihak masjid dan surau perlu menggiatkan aktiviti yang secocok dan cukup merangsang minat mereka.

 

PENDEKATAN

 

Pendekatan masjid dan surau untuk menjangkau kelompok belia dan remaja sememangnya tidak mudah.  Kesedaran dan komitmen dari pimpinan masjid dan surau perlu dicetuskan secara tulen untuk menghulurkan tangan kasih serta 'harapan keyakinan' bahawa anak-anak muda memang boleh dididik.  Sesungguhnya kita perlu membuktikan dedikasi masa, tenaga dan upaya kita untuk membangunkan mereka.

 

Bagaimanapun pendekatan kita tetap diterjemahkan berdasarkan beberapa asas hubungan kita dengan mereka iaitu;

 

1.         Hubungan Nasihat.

 

Kelompok belia dan remaja perlu diberikan dengan nasihat-nasihat yang 'bernas', 'tepat' dan 'padat'.  Apa yang perlu dielakkan ialah leteran yang boleh menimbulkan kebosanan.  Pemimpin masjid dan surau harus membina hubungan nasihat dengan kelompok belia dan remaja ini agar mereka tidak jemu datang ke masjid dan surau.

 

2.         Hubungan Teladan.

 

Hubungan teladan ini menjadi penentu kepada kepercayaan belia terhadap kepimpinan masjid dan surau.  Tingkahlaku, percakapan, pengurusan, disiplin, kejujuran dan kesungguhan pemimpin masjid dan surau akan terus menjadi perhatian anak muda.  Ketelusan keperibadian pemimpin masjid dan surau sering dituntut agar menyakinkan anak muda untuk turut serta dalam kegiatan-kegiatan masjid dan surau.

 

3.         Hubungan Kasih Sayang.

 

Masjid dan surau harus dirasakan sebagai 'ibu' kepada masyarakat amnya dan anak muda khususnya.  Hubungan yang membina perasaan kasih bukan benci, sayang bukan herdik, lembut bukan kasar, membelai bukan mengutuk dan memujuk bukan menyerang, perlu disuburkan antara belia dan remaja dengan masjid dan surau.

 

4.         Hubungan Membimbing.

 

Masjid dan surau harus dirasakan sebagai pusat kaunseling yang berkesan bagi menyantuni alam kebeliaan dan keremajaan.  Membimbing dengan aktiviti yang melengkapkan diri mereka dengan wawasan dan gagasan hidup yang tertib dan teratur akan lebih menambat hati nuraini mereka dengan masjid dan surau.

 

Berasaskan hubungan-hubungan ini, pendekatan berikut dicadangkan untuk digunapakai;

 

  1. Bina Keilmuan Belia dan Remaja

 

Keilmuan amat asasi dalam pembinaan kelompok belia dan remaja.  Penekanan yang wajar kepada kegiatan-kegiatan belia dan remaja yang berteraskan kefahaman dan penghayatan ilmu-ilmu Islam adalah pendekatan yang perlu diutamakan.

 

Dalam hal ini, penekanan ilmu agama yang asas bagi melengkapkan belia dan remaja dengan pengetahuan fardhu ain adalah penting dengan tidak pula mengabaikan kelilmuan mereka mengenai hal-hal fardu kifayah.

 

  1. Bina Keperibadian Belia.

 

Masjid dan surau setepatnya berperanan untuk membina sahsiah yang luhur di dalam masyarakat.  Kekuatan sahsiah adalah benteng bagi menangkis krisis moral yang menggejala di kalangan masyarakat masa kini.

 

Dengan yang demikian, pendekatan membina keperibadian belia dan remaja juga merupakan teras dalam menjayakan pembangunan masjid dan surau.  Belia dan remaja yang dibangunkan kemurnian akhlaknya akan menjadi harapan kepada perkembangan masyarakat yang berpedoman, murni dan harmonis.

 

Isi pembinaan sahsiah juga harus menjurus kepada;

 

1.         Pembentukan matlamat hidup.

2.         Penegasan harga hidup.

3.         Penekanan kesucian hidup.

 

  1. Bina Kepimpinan Belia dan Remaja.

 

Aspek kepimpinan adalah kemuncak pembinaan yang perlu dicapai oleh masjid dalam menggerakkan kelompok belia dan remaja.

 

Pembinaan kepimpinan belia dan remaja memerlukan kebijaksanaan yang tepat dari pendokong masjid dan surau agar tidak berlaku kepincangan dan kebuntuan dalam membangun pelapis.

 

Masjid dan surau perlu membuat tapisan yang tepat agar dapat mewujudkan kelompok terpilih dari kalangan belia dan remaja bagi menjalani latihan yang ada kaitan dengan kefahaman, kemahiran dan kecekapan kepimpinan.  Yang demikian hal ehwal pengurusan masjid dan surau perlu dijadikan sukatan latihan untuk belia dan remaja, disamping aspek lain termasuk penyampaian khutbah, memimpin majlis, merancang aktiviti serta mengendalikan urusan kewangan masjid.

 

            KEMAHIRAN

 

Kemahiran untuk mengandalikan organisasi masjid dan surau adalah kecekapan dalam merancang, mengimplementasi, memantau dan menggerakkan susulan untuk mencapai keberkesanan maksima ketika menggerak sebarang tugas yang dilaksanakan untuk menghasilkan impak yang dihajati oleh organisasi masjid dan surau untuk memberi khidmat kepada masyarakat.

 

            KEMAHIRAN melibatkan:

 

·        Ketelitian.

·        Keterperincian.

·        Kerapian.

·        Kekemasan.

·        Ketekunan.

·        Kecemerlangan.

 

KEMAHIRAN adalah berasaskan:

 

·        Keilmuan.

·        Informasi terkini.

·        Teknologi berkesan.

·        Pertimbangan dan perhitungan yang teliti.

 

  

 

PENUTUP

 

Pendektan yang berkesan hanya dapat direalisasikan melalui kesungguhan dan kerapian pihak jawatankuasa masjid dan surau.  Pembangunan belia dan remaja adalah rukun kepada kesinambungan budaya dan tamadun masyarakat yang hendak dibina.  Matlamat tetap sama, walaupun kaedah dan pendekatan mungkin berlaian antara satu sama kariah yang lain.

 

  

 

Disediakan Oleh:

Ustaz Kamaruddin bin Kassim

Timbalan Pengerusi

Pertubuhan Prihatin Kesihatan dan Sosial Malaysia.

Email: prihatin1426@yahoo.com.my

Tel: 019-4782708


Posted at 04:44 am by fareaster
Bagi Comment  




Next Page
 

Web Master

 




fareaster
October 17th
Male
Malaysia


Image hosted by Photobucket.com

   




 
<< August 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31





 

 

 

 

 

  Archive

 

JOm LInk

 

Links Menarik

 

 

 

 

Demi Masaa

 

Kenalan Blog

 

Group

 

 

 

Layarilah

 

Laman Web  Pilihan

 

Inspirasi

INSAN ACUAN QUR'AN

"tak pernah membazirkan masa

matanya kepenatan kerana kuat membaca

suaranya lesu kerana kuat mengaji & berzikir

tidurnya lena dengan cahaya keimanan

bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan

kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

sumbangan dan kewajipan hanya pada agama"

===================

To be able to defeat,
Shaytaan and his deceit,
Ask Allah for help and repeat,
Lailahailallah.

If we want to succeed,
We must purify our greed,
Obey him in every deed,
Lailahailallah.

To become completely freed,
From your envy and your greed,
In your hart plant the seed of,
Lailahailallah.

Every night and every day,
Every night and every day,
Never Forget to say Lailahailallah.
Never Forget to say Lailahailallah.

By : Khurram Malik

===================

 

Firman Allah:Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat:
"Sesungguhnya Aku hendak jadikan seorang khalifah di muka bumi. "
(Al-Baqarah: 30)

Maksudnya: Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya
mereka menyembah-Ku.
(Adz-Dzariat: 5)
Maka tibalah giliran bagi “UMAT ISLAM” melaksanakan tujuan Allah yang
telah melahirkan umat ini ke tengah-tengah masyarakat umat manusia:

Maksudnya: Kamu [umat Islam] adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk
manusia, iaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat
kejahatan dan kamu beriman kepada Allah.
(Aali Imraan: 110)

Dan firman Allah:
Maksudnya: Dan demikianlah kami jadikan kamu [umat Islam] umat yang adil
dan pilihan, agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul
[Muhammad] menjadi saksi atas perbuatan kamu ...
(Al-Baqarah: 143)

Firman Allah:
Maksudnya: “Dan Al-Quran itu telah Kami bahagi-bahagikan dia agar kamu
membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dengan lambat dan tenang dan
Kami menurunkannya dengan beransur-ansur.”
(Al-Isra': 106)

 

Beautified is the life of this world for those who disbelieve and they mock at those who believe. But those who obeys Allah`s orders and keep away from what He has forbidden , will be above them on the Day of Resurrection. And Allah gives (of His Bounty Blessings Favours Honours on the Day of Resurrection) to whom He wills without limit.

 
( Al-Baqarah : 212 )


 
(It will be said):"Seize him and fetter him .Then throw him in a blazing fire. Then fasten him with a chain whereof the length is seventy cubits! Verily he used not to believe in Allah ,the Most Great..

 
( Al-Haqqah : 30-33 )


 
O you who believe! Spend of that with which We have provided for you , before a Day comes when there will be no bargaining ,nor friendship nor intercession.And it is the disbelievers who are Zalimun (wrong doers).

 
( Al-Baqarah : 254 )

 

 

 IKLAN

 

 

 

 

 
 



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed






Blogdrive