 |
|

Thursday, March 01, 2007
Mengenali Jenis-jenis Bos
Mengenali Jenis-jenis Bos
Bagi menangani bos, kita perlu terlebih dahulu mengenali jenis-jenis bos yang ada di sekeliling kita. Dengan mengenal jenis dan perlakuan seseorang bos, kita akan dapat menyesuaikan diri kita bagi bekerja dengannya. Mungkin pendedahan beberapa orang penulis berkenaan dengan bos yang tidak baik dapat membantu kita lebih mengenali mereka yang bergelar bos. Menurut mereka, bos atau pengurus secara umumnya terdiri daripada: BOS YANG LEMAH Bos seperti ini hakikatnya tidak berminat sama sekali menjadi bos. Kelakuannya beragam-ragam. Dia mahu di-sukai oleh orang lain dan bencikan konflik serta risiko. Dia amat lemah dalam kemahiran mengurus, tetapi tidak bersedia mempelajarinya. Berdepan dengan bos sebegini memerlukan kita mengenal pasti masalah-masalah yang ada dan menghindarkan diri daripada memperkatakan apa yang menjadi kebenciannya. Jika dia tidak mahu mengambil peranan kepimpinan, berhubunglah dengan bos kepada bos itu. Ambil inisiatif bagi melaksanakan kerja-kerja yang perlu, tetapi jangan lupa memaklumkannya perkembangan yang berlaku dalam organisasi. Jadikan hidupnya menyenangkan. Dia tetap perlu dimaklumkan dengan isu-isu kritikal sahaja supaya tindakan anda mendapat sokongannya apabila timbul apa-apa pertelingkahan di kemudian hari.
BOS YANG SUKA BERPOLITIK Bos sebegini selalunya mempunyai agenda tertentu dan hanya merujuk kepada anda sekiranya anda mampu me-nyempurnakan agendanya. Dia juga tidak teragak-agak mengorbankan anda sebagai 'kambing hitamnya' apabila matlamatnya terjejas. Kepada bos sebegini, penuhilah impiannya dengan menjadikan mereka kelihatan hebat dengan kejayaan projek-projek yang strategik. Anda pula, hanya perlu memfokuskan kepada kerja-kerja yang mempunyai nilai yang tinggi sahaja, tetapi kurang glamor. Anda juga perlu ingat bos sebegini pasti bertindak balas hatta sanggup menghapuskan anda jika kedudukan dan agendanya diancam. Jika perlu, maklumkan ke pengetahuan pihak atasan peranan penting bos sebegini kepada kejayaan sesebuah projek supaya dia merasa bangga dengan tindakan kita mengharumkan namanya. Anda tidak rugi berbuat demikian kerana masa anda naik pasti tiba juga apabila bos sebegini naik kerana kejayaannya bergantung pada anda.
BOS HITAM PUTIH Bos dalam kategori ini berada dalam kekeliruan dan sukar memahami sesuatu. Dia tidak memahami konteks sesuatu perkara dan idea-idea yang sukar. Jika demikian keadaannya, layanilah bos sebegini seperti mana kita melayani anak-anak kecil. Berikan dia maklumat-maklumat yang mudah berserta sokongan data-data yang meyakinkan. Jangan cuba memaksanya memahami perkara-perkara yang sukar dan memeningkan kepalanya sahaja.
BOS YANG GHAIRAH PADA PERKARA-PERKARA KECIL Biar betapa kerap dan baik pun anda melakukan sesuatu, bos sebegini sentiasa mencari kesalahan anda. Anda tentu merasa sangat kecewa dan hilang upaya berdepan dengan bos sebegini. Mengapa dia begitu tidak mempercayai anda? Ini mungkin disebabkan dia tidak sanggup menerima kegagalan. Bagi bos sebegini, berilah maklumat yang lengkap dan yakinkan dirinya yang anda mengambil langkah-langkah yang berhati-hati ketika melaksanakan kerja-kerja anda.
Bos sebegini sangat cerewet. Serba-serbi hendak di-ambil tahu sehingga anda seringkali merasa rimas dan tidak ketentuan. Anda perlu bersabar dan memberikan maklumat sebagaimana yang diperlukannya.
BOS YANG HALIMUNAN Anda tentu menjadi tidak tentu hala kerana bos ini tidak memandu anda dalam melaksanakan sesuatu kerja. Wujud ataupun tidak wujudnya bos ini tidak membantu anda kerana dia adalah halimunan. Halimunan mungkin kerana dia sentiasa sibuk dengan urusan lain, tidak mahu mengambil tahu ataupun tidak mahir dalam sesuatu perkara dan hanya membiarkan anda sahaja bergelut dengannya.
Bagi bos ini, anda perlulah menggunakan kemahiran komunikasi anda dengan memberikannya maklumat yang lengkap, ringkas dan mudah sahaja. Mudahkan dia supaya dapat memberikan keputusan yang anda mahukan. Tunjukkan kepadanya arah tuju, perancangan dan matlamat kerja anda. Ikatlah dirinya dengan komitmen secara berkala.
BOS YANG HANYA MEMENTINGKAN KERJA SAHAJA Bos ini memerah keringat dan idea anda semaksima mungkin sehingga anda mungkin terpaksa melupakan dunia sebenar anda di luar pejabat. Anda mungkin tidak dapat bertahan lama dengan bos sebegini. Cubalah cari peluang menerangkan kepadanya bahawa anda memerlukan keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan.
BOS YANG TERUK Dia sangat tidak beradab dan merasa seronok melihat anda gagal. Dia menunjukkan sikap buruknya terhadap anda sehingga anda merasa bosan dengannya.
Howard Eisner (2001) menerusi artikelnya bertajuk "Bad Bosses: How to Cope if You Get Stuck With One" di dalam Majalah Tech Manager menyenaraikan 6 jenis bos yang teruk, iaitu: -Bos yang tidak mendengar dengan baik. -Bos yang bersifat autokratik. -Bos yang enggan membuat sebarang keputusan. -Bos yang cenderung mengambil kisah dan men-campuri perkara-perkara yang kecil dan remeh temeh. -Bos yang suka mencari masalah dengan sesiapa sahaja. -Bos yang lebih berminat mendapat pujian atas kejayaan yang dicapai.
Walau bagaimanapun rupa dan perangai bos, anda sebenarnya mempunyai dua pilihan. Sama ada anda berterusan bertahan dengannya sehingga anda mencapai kejayaan yang melayakkan anda pula bergelar bos ataupun anda mengangkat kaki meninggalkan organisasi itu. Pilihan di tangan anda. Buatlah pertimbangan yang sewajarnya kerana mencari bos yang terbaik adalah sama beratnya kepada sesebuah organisasi mencari pekerja yang terbaik. Peranan anda adalah bekerja dengan baik, cekap, mencapai matlamat anda serta memajukan diri anda. Jika bos anda gagal membantu anda mencapai hasrat itu, apalah gunanya lagi anda terus berhempas pulas bersama-sama organisasi sebegini.
Anda perlu ingat peranan bos kepada diri dan kerjaya anda adalah amat penting. Jika anda mempunyai bos yang bersikap seperti pembimbing, pengajar, mentor dan juru-latih, anda pasti berjaya dalam mencapai matlamat anda. Jika sebaliknya, anda sebenarnya sudah membazirkan umur singkat anda kepada sesuatu yang menjahanamkan diri anda sahaja.
Bos lahir daripada pelbagai sumber. Ada orang yang berhempas pulas dari bawah, meniti tangga kerjaya dan akhirnya menjadi bos. Ada yang masuk sahaja ke dalam organisasi, terus sahaja menjadi bos, biarpun umur dan pengalaman baru setahun jagung. Ada juga yang menjadi bos secara kebetulan ataupun dengan tidak sengaja. Bermacam-macam lagi cara seseorang itu mendapat gelaran bos.
Dipetik daripada: Bab 11, Buku Aku Mahu Naik Pangkat oleh Khairur Rizal Ramli
Sumber dari web http://www.pts.com.my
Wednesday, February 28, 2007
TEKNIK SUPAYA NAMPAK SIBUK DAN EFEKTIF
Teknik Supaya Nampak Sibuk dan Efektif Sebagai orang bawahan, terdapat beberapa teknik menunjukkan kita sibuk dan efektif. Kita perlu menerima hakikat tidak semua kerja memerlukan kita 'bersembunyi' melakukannya. Apatah lagi dengan kehendak dunia sekarang ini, iaitu semuanya mahukan kerja mereka dipromosikan bagi makluman semua orang. Tidak ada lagi istilah kerja ikhlas, tanpa balasan ataupun menyembunyikan hasil kerja masing-masing. Jika difikirkan, bagaimana pekerja dapat dinilai pencapaiannya jika semua kerja yang dilakukannya dalam keadaan senyap-senyap atau di sebalik tabir sahaja sedangkan ganjaran diberikan berdasarkan apa yang dilihat, dirasa, didengar dan dikecapi. Kepada pekerja bawahan yang mahukan kejayaan datang kepada mereka, bukannya berpenat lelah untuk orang lain mendapat habuannya, maka diberikan beberapa panduan berikut: 1. Lewat meninggalkan pejabat Dengan melakukan demikian, lazimnya orang lain menganggap kita sebagai pekerja yang sibuk, banyak kerja dan berat tanggungjawab serta mempunyai senarai kerja yang perlu disegerakan. Lewat meninggalkan pejabat adalah yang nyata dan mudah dilihat oleh orang lain. Lewat di sini bukan bermaksud sengaja melakukannya kerana ia boleh membawa kesan negatif jika dilakukan dengan cara yang tidak betul ataupun munasabah. Ini kerana ada pandangan sesetengah pihak, pekerja sebegini sebenarnya tidak efektif. Mereka sepatutnya mampu bekerja mengikut masa yang ditetapkan. Jika mereka melangkaui masa yang ditetapkan, bermakna mereka tidak melakukan kerja secara terbaik dalam masa yang ditetapkan. Biarpun demikian, anggapan majoriti ahli organisasi terutamanya pihak atasan adalah pekerja yang cemerlang adalah seorang yang masuk bertugas awal dan kembali ke rumah paling lewat. Biarpun tidak banyak kerja yang dilakukan, persepsi begini sering menentukan nasib pekerja iaitu kesanggupan melakukan kerja lebih masa, tanpa mengira waktu. Jika inilah persepsi dan pandangan mereka yang memimpin organisasi, maka itulah yang sewajarnya menjadi pilihan orang bawahan bagi dilakukan demi memastikan kerjayanya cerah pada masa hadapan. Namun demikian, janganlah berlebih-lebihan dalam melakukan kaedah ini. Keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan sosial dengan keluarga dan masyarakat juga penting dalam melahirkan pekerja yang berkualiti. Biar betapa sibuknya seseorang itu sehingga menjadi seorang yang workaholic, peranan mereka selaku ketua keluarga dan ahli masyarakat tidak boleh diabaikan sama sekali. Biasanya organisasi turut menilai peranan pekerja dalam membangunkan masyarakat di sekeliling mereka. Oleh itu, libatkan diri anda dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan sosial. Ini akan menambahkan lagi 'bisa' diri anda. Jika anda turut dikenali oleh masyarakat sekeliling, anda mungkin diberi kepercayaan memimpin persatuan, kelab dan kumpulan sosial oleh masyarakat. Dengan kejayaan ini mungkin bos anda juga tidak mampu menandinginya dan rasa 'segan' dengan anda. 2. Selalu banyak kerja Kaedah ini seperti memasarkan diri kepada orang lain. Semakin lama kita bercakap dengan orang lain berkenaan kesibukan kita, semakin percayalah orang kepada kita. Walaupun demikian, janganlah kita melakukannya sehingga sampai ke tahap yang memualkan orang lain seolah-olah orang lain tidak sibuk ataupun tidak penting dalam organisasi. Yang terbaik adalah kesederhanaan. Biar orang lain merasakan apa yang sedang kita lakukan pada masa itu adalah atas pengorbanan kita bagi aktiviti lain yang menurut ilmu ekonomi ada kos lepasnya. Jika kita berada di suatu tempat, kita sebenarnya sudah mengorbankan peluang kita berada di suatu tempat lain. Ini berlaku kerana manusia normal tidak mampu berada di dua tempat dalam satu masa. Dengan menyatakan sedemikian boleh menyebabkan orang lain faham kita berada di tempat itu ataupun melakukan aktiviti tertentu, kita sebenarnya sanggup mengorbankan aktiviti lain. Mungkin perkara itu tidak kurang ataupun lebih nilainya berbanding aktiviti yang sedang kita lakukan. Sekiranya kita berjaya menyampaikan mesej ini, maka kita akan menyebabkan orang lain menghargai kehadiran kita dan berusaha memanfaatkannya secara optimum. Lihat dalam kehidupan ini, mereka yang bergelar pemimpin sama ada dalam pertubuhan politik mahupun organisasi perniagaan biasa melakukan perkara ini. Apabila mereka dijemput menyampaikan ucapan dalam satu majlis, mereka selalu berkata mereka sebenarnya ada temu janji di tempat lain yang terpaksa dikorbankan supaya dapat hadir ke majlis itu. Orang yang mendengarnya terus menganggap beliau sangat sibuk dan menghargai kehadirannya. Mereka begitu berbesar hati dengan kehadirannya dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pemimpin itu biarpun kebenaran dakwaannya belum lagi dibuktikan. Ada juga orang yang menyarankan supaya kita berjalan dengan pantas bagi ke sana ke mari ataupun melakukan sesuatu dengan cepat sebagai tanda masa itu penting dan kita tidak bersedia membuangnya begitu sahaja. 3. Melakukan kerja secara besar-besaran Apabila kita melakukan sesuatu kerja dengan betul, kita perlu melakukannya dengan sebaik-baiknya. Tunjukkan kepada semua ahli organisasi yang kita sedang melakukan sesuatu. Mempromosikan kerja kepada orang lain adalah antara syarat kejayaan dalam kerjaya. Anda boleh melakukannya dengan mengatur beberapa siri mesyuarat yang tidak berkesudahan, mengeluarkan laporan kemajuan kepada pihak atasan serta berjalan mundar-mandir dengan mengelek fail ke mana sahaja kita pergi. Ada baiknya jika apa yang anda lakukan itu, dibuat pelancaran secara rasmi yang melibatkan bos anda ataupun VIP yang lain. Ini tentu membanggakan anda, organisasi dan bos anda sendiri. Bukan sahaja bos menjadi saksi kepada kejayaan anda, tetapi semua orang yang hadir di majlis itu turut melihat kejayaan anda melakukan kerja yang diamanahkan. Bukankah itu bonus kepada kerjaya anda? Satu panduan berguna bagi sentiasa diingati oleh orang lain terutamanya pemimpin di peringkat per-tengahan adalah, jangan sekali-kali cuba mengatasi bos sendiri dalam apa jua aspek, terutamanya pada masa berada di hadapan orang lain. Pesanan ini sudah menjadi semacam pantang larang yang perlu diawasi oleh pekerja bawahan. Jika panduan atau pantang larang ini dilanggar, kerjaya seseorang itu tidak akan bertahan lama. Pada peringkat awal seseorang itu memulakan kerjaya, kejayaannya banyak bergantung pada ihsan, bimbingan dan kepercayaan pihak atasannya. Jika beliau menjadi 'ayam tambatan' bos dan organisasinya, beliau akan melangkah ke hadapan dengan mudah dan cepat. Segala kesusahan yang orang lain lalui mungkin tidak dilalui olehnya kerana mereka adalah golongan terpilih yang diasuh bagi mengambil alih kepimpinan organisasi pada masa hadapan. Semasa persaingan bagi mendapatkan pekerja bawahan yang terbaik, organisasi selalunya menggunakan pelbagai tawaran ke arah itu. Sementara itu, pekerja yang sedia ada sedikit sebanyak rasa tergugat, terutamanya dalam keadaan peluang pekerjaan yang terhad. Terdapat beberapa langkah yang dicadangkan oleh beberapa pakar pengurusan bagi memastikan kita kekal dalam organisasi dan kewujudan kita masih dianggap relevan. Dipetik daripada: Dapatkan teknik-teknik dan panduan-panduan selanjutnya daripada Aku Mahu Naik Pangkat oleh Khairur Rizal Ramli
Sumber dari web http://www.pts.com.my
Tuesday, February 20, 2007
EQ Melawan IQ
Dipetik daripada buku "MENTAL SIHAT" terbitan PTS Millennia Sdn Bhd Banyak kajian yang dijalankan dalam bidang EQ menggariskan berapa kebolehan yang ditakrifkan sebagai EQ. Antaranya ialah Kebolehan memahami emosi diri, kebolehan mengurus emosi dengan sesuai, kebolehan memotivasikan diri, kebolehan mengenali emosi individu lain dan kebolehan mengendalikan persahabatan. Kecerdasan emosi diperoleh melalui lima bentuk kebolehan kendiri seperti berikut: 1. Kebolehan memahami emosi diri. 2. Kebolehan mengurus emosi dengan sesuai. 3. Kebolehan memotivasikan diri. 4. Kebolehan mengenali emosi individu lain. 5. Kebolehan mengendalikan persahabatan. Kita pernah mendengar ibu yang mempertaruhkan nyawa sendiri bagi menyelamatkan anak-anak semasa kecemasan. Kejadian seperti ini menunjukkan emosi adalah penentu di sebalik tindakan yang drastik. Individu yang mempunyai kecerdasan fikiran tidak semestinya menggunakan pertimbangan akal yang rasional. Semasa dalam kecemasan, emosi merangsang pertimbangan dan tingkah laku. Pentingnya peranan emosi sehingga timbul pandangan di kalangan ahli-ahli psikologi. Pandangan berkenaan faktor emosi menentukan kejayaan dan kegagalan dalam hidup individu. Faktor ini dikenali sebagai kecerdasan emosi. Profesor di Universiti Harvard, Amerika Syarikat iaitu Profesor George Vaillant menceritakan pemerhatiannya di dalam buku Adaptation to Life. Buku ini mengisahkan sekumpulan pelajar Universiti Harvard sekitar 1940-an. Kehidupan berkeluarga dan kerjaya mereka dituruti sehingga ke peringkat pertengahan usia. Kecerdasan emosi diperoleh melalui lima bentuk kebolehan kendiri seperti berikut: 1. Kebolehan memahami emosi diri. 2. Kebolehan mengurus emosi dengan sesuai. 3. Kebolehan memotivasikan diri. 4. Kebolehan mengenali emosi individu lain. 5. Kebolehan mengendalikan persahabatan. Kebolehan Memahami Emosi Diri Ajaran Islam menuntut penganutnya bermuhasabah. Muhasabah dalam Islam bermaksud menghitung kesalahan, mengimbau kesilapan dan melihat kembali kealpaan diri dalam mengerjakan suruhan Tuhan. Sesudah itu, perlu diperbetulkan segala kesalahan, kesilapan dan kealpaan supaya menjadi pedoman pada masa hadapan. Hal yang sama juga perlu dilakukan kepada emosi diri. Sebelum bermuhasabah, individu itu perlu sedar proses berfikir sehingga mencetuskan emosi dan tindak balas luar kawal. Perlu dilihat kembali apakah individu itu terbawa-bawa sehingga terlebih tindak balas kepada suatu isu.Perlu dinilai sama ada beliau mementingkan perkara kecil ataupun meremehkan perkara yang besar. Selepas itu, penyesuaian kognitif perlu dilakukan ke arah penyelesaian total. Kebolehan Mengurus Emosi dengan Berkesan Mengurus emosi adalah pekerjaan sepenuh masa. Mengurus emosi memerlukan persediaan kognitif yang cukup dan pemahaman mengenai situasi yang mencetuskan emosi berkenaan. Pengurusan yang berkesan memerlukan sistem sokongan yang berterusan. Sistem sokongan ini merangkumi aspek biologi dan psikososial. Ada individu yang perlu mengambil ubat-ubatan anti kemurungan dan mood stabilizer bagi mengurus emosi supaya stabil. Mereka adalah pesakit yang didiagnosis menghidapi kecelaruan emosi. Kebolehan Memotivasikan Diri Pada zaman kegawatan ekonomi, ramai usahawan terpaksa bergelut dan tidak kurang pula yang kecundang. Jatuh bangun adalah asam garam kehidupan. Apa yang penting adalah keupayaan belajar bangun kembali, berjalan dan berlari. Usaha yang berterusan serta sikap yang optimis dan berfikiran positif membantu mencapai kejayaan. Kebolehan Mengenali Emosi Orang Lain Sahabat memberitahu saya berkenaan rakannya yang bersikap dingin, enggan bertegur sapa dan kelihatan seperti kehilangan mood secara tiba-tiba. Beliau hairan lantas menganggap rakannya membenci beliau berdasarkan andaian yang tidak berasas. Akhirnya, selepas beberapa hari tidak bersua muka, sahabat tadi berjaya merungkaikan kekusutan perhubungan. Beliau merasa bersalah kerana tidak dapat membalas jasa ayahnya yang selama ini bertungkus-lumus menyekolahkan nya. Malangnya, ayah beliau meninggal dunia akibat sakit kanser. Kebolehan Mengendalikan Persahabatan Pengendalian persahabatan memerlukan pengawalan diri yang baik. Individu itu perlu berupaya mengawal perasaan marah, sedih, benci dan suka yang keterlaluan. Beberapa kebolehan yang dikenal pasti sebagai komponen utama kebijaksanaan menjalin hubungan: Kebolehan menguruskan kumpulan.Kebolehan merunding penyelesaian.Kebolehan menjalin hubungan peribadi melalui perkaitan personal.Kebolehan menganalisis individu lain melalui perasaan, motif dan sikap. Biasanya, individu yang mempunyai kualiti kepimpinan berasaskan seperti ciri-ciri yang disebutkan di atas. Daya kepimpinan antara individu dengan individu lain berbeza daripada segi tahap, kualiti serta saiz individu yang dipimpin. Kecerdasan emosi dapat dilatih sejak kecil. Apabila beberapa kebolehan seperti yang dibincangkan di atas dapat dibentuk semasa kecil, maka mereka membesar dengan memperoleh aset yang tidak ternilai harganya. Sehingga ada yang berpendapat kecerdasan emosi dapat menentukan kejayaan dalam hidup.
Saturday, February 17, 2007
Assalamualaikum.. ....Mohon maaf atas kesulitan. Kepada para pembaca blog http://fareaster.blogdrive.com kerana FarEast jarang mengupload blog, disebabkan terlalu sibuk dengan urunsan kerja. Blogdrive.com kerap offline, oleh itu FarEast berhijrah ke http://fareaster.blogspot.com (Blogger.com), untuk kemudahan para pembaca. Sebarang teguran, kritikan, dan sindiran yang membina adalah diperlukan bagi memperbaiki kelemahan penulis. ::--FarEast--::
Monday, August 28, 2006
Henti bincang Artikel 121, Artikel 11 – Abdullah
Henti bincang Artikel 121, Artikel 11 – Abdullah
 Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu semua pihak di negara ini menghentikan semua perbincangan berkaitan Artikel 121 dan Artikel 11 dalam Perlembagaan Malaysia. Menurut Perdana Menteri, sekiranya perkara tersebut terus dibangkitkan, ia akan menimbulkan pelbagai masalah di negara ini dan tidak akan menguntungkan mana-mana pihak. ''Semua pihak perlu mengawal diri mereka daripada terus menimbulkan isu-isu sensitif berkaitan sesuatu kaum dan agama.''Nasihat saya pada semua pihak, hentikan daripada terus menimbulkan isu- isu sensitif. Jangan mewujudkan keadaan yang akan menyusahkan kita semua. Jika berlaku kesusahan maka semua orang tidak akan senang,'' katanya.Abdullah yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-53, di sini hari ini. Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting; Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Chan Kong Choy; bekas Presiden MCA Tun Ling Liong Sik dan pemimpin parti komponen BN yang lain. Perdana Menteri berkata, setiap peruntukan yang termaktub di bawah Perlembagaan Malaysia adalah hasil daripada rundingan pemimpin-pemimpin terdahulu. ''Jika kita semua mematuhi artikel- artikel yang sedia ada di bawah Perlembagaan Malaysia, saya percaya segala masalah tidak akan timbul di kalangan kita. Jika perkara sensitif terus dibincang atau ditimbulkan, ia akan meributkan keadaan sedia ada jika tidak ditangani segera.''Tak payahlah lagi Artikel 121 dan Artikel 11 itu dipinda. Ini semua hanya akan menimbulkan masalah antara satu sama lain,'' kata Abdullah. Abdullah berkata, ada pihak yang bertanya mengapa perkara-perkara itu tidak boleh dibincangkan. ''Agama merupakan satu isu cukup sensitif. Negara maju seperti Amerika Syarikat juga mempunyai isu-isu sensitif berkaitan agama dan kaum. Ini semua akan mengambil masa yang saya sendiri juga tidak tahu,'' ujar beliau. Dalam ucapannya itu juga, Abdullah berkata, semangat muafakat yang diamalkan oleh parti komponen telah menjadikan BN kekal kuat dan dipercayai rakyat. Perdana Menteri berkata, muafakat yang tercetus daripada semangat setiakawan itu menjadikan BN berterusan memerintah dan mampu memajukan rakyat negara ini. ''Ini adalah keajaiban pada BN, banyak parti yang menunjuk semangat muafakat pada parti menjadikan BN bertambah kuat,'' katanya. Abdullah turut teringat detik-detik MCA yang berdiri teguh bersama UMNO ketika UMNO dilanda masalah dan bagaimana ketika MCA dilanda krisis, Allahyarham Tun Ghafar Baba diberi mandat oleh UMNO untuk menolong menyelesaikan krisis itu. Sumber Dari http://www.myislamnetwork.net/portal/
Sunday, August 27, 2006
KISAH ASHABUL UKHDUD dari surah Al-Buruj.
KISAH ASHABUL UKHDUD dari surah Al-Buruj.
Kisah ini sangat penting untuk dijadikan rujukan dan ikutan kepada pemuda-pemudi Islam zaman ini kerana ia mengisahkan seorang pemuda yang berani kerana Allah s.w.t, hatta ditaruhkan nyawa sekalipun. Ilmu yang benar akan memimpin kita kepada Allah s.w.t, dan ini lah yang di ajarkan oleh pendeta (ahli Ibadat) sedangkan ilmu yang diajarkan oleh ahli sihir istana adalah bathil semata-mata. Tawaqqal dan berserahnya pemuda itu kepada Allah s.w.t menyebabkan bukan sahaja dia seorang, malah keseluruhan rakyat mendapat hidayah dan beriman kepada Allah s.w.t. . Kita dapat mengikuti kisah pemuda ini tertera dalam Surah Al-Buruj dan diterangkan dengan jelas oleh Nabi kita Muhammad s.a.w dalm hadith baginda seperti berikut ;
Shuhaib bin Simaan Arrmmi ra. mengatakan bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Di masa dahulu ada seorang raja (Yahudi) yang mempunyai seorang yang ahli sihir, kemudian ketika ahli sihir telah tua ia berkata kepada raja: "Kini aku telah tua dan mungkin telah dekat ajalku, karena itu anda kirim kepadaku seorang pemuda yang dapat aku ajarkan kepadanya ilmu sihir"
Maka raja berusaha mendapat seorang pemuda untuk mempelajari ilmu sihir itu, sedang di tengah jalan antara tempat ahli sihir dengan rumah pemuda itu ada tempat seorang pendeta (ahli ibadah) yang mengajar agama, maka pada suatu masa pemuda itu singgah di tempat pendeta untuk mendengarkan pengajiannya, maka ia tertarik dengan ajaran pendeta itu sehingga jika ia terlambat datang kepada ahli sihir dia akan dipukul, dan bila terlambat kembali ke rumahnya juga dia dipukul, maka ia mengadu tentang kejadian itu kepada pendeta.
Maka diajar oleh pendeta jika terlambat datang kepada ahli sihir supaya berkata aku ditahan oleh ibuku, dan bila terlambat kembali ke rumah katakan: Aku ditahan oleh ahli sihir.
Maka berjalan beberapa lama kemudian itu, tiba-tiba pada suatu hari ketika ia akan (hendak) pergi, mendadak (tiba-tiba) di tengah jalan ada seekor binatang buas sehingga orang-orang (ramai) tidak berani jalan di tempat itu, maka pemuda itu berkata: "Sekarang aku akan mengetahui yang mana lebih yang lebih baik di sisi Allah apakah ajaran pendeta atau ajaran ahli sihir", lalu ia mengambil sebutir batu dan berdoa "Ya Allah jika ajaran pendita itu lebih baik di sisimu maka bunuhlah binatang itu supaya orang-orang dapat lalu lalang di tempat ini".Lalu dilemparkanlah batu itu, dan langsung terbunuh binatang itu. Dan orang ramai gembira karena telah dapat lalu lintas di jalan itu.
Maka ia langsung memberitakan kejadian itu kepada Rahib (pendita), maka berkatalah Rahib itu kepadanya : "Anda kini telah afdhat (pesan) daripadaku, dan anda akan diuji, maka jika diuji jangan sampai menyebut namaku". Kemudian pemuda itu dapat menyembuhkan orang buta dan sopak dan berbagai macam penyakit yang berat-berat pada semua orang.
Ada seorang pembesar dalam majlis raja dan dia telah buta karena sakit mata, ketika ia mendengar berita bahwa ada seorang pemuda dapat menyembuhkan pelbagai macam penyakit maka ia segera pergi kepada pemuda itu sambil membawa hadiah yang banyak, sambil berkata: "sembuhkan aku, dan aku sanggup memberikan kepadamu apa saja yang anda suka".
Jawab pemuda itu: "Aku tidak dapat menyembuhkan seseorang pun sedang yang menyembuhkan hanya Allah azza wajalla, jika engkau mahu beriman (percaya) kepada Allah, maka aku akan berdoa semoga Allah menyembuhkan mu".
Maka langsung dia beriman kepada Allah dan didoakan oleh pemuda dan seketika itu juga ia sembuh dengan izin Allah s.w.t.
Kemudian ia kembali ke majlis raja sebagaimana biasanya, dan ditanya oleh raja "Hai Fulan siapakah yang menyembuhkan matamu"
Jawabnya "Rabbi (Tuhanku)".
Raja bertanya: "Aku?".
Jawabnya "Bukan, tetapi Tuhanku dan Tuhanmu iaitu Allah".
Ditanya oleh Raja "Apakah anda mempunyai Tuhan selain Aku?"
Jawabnya "Ya, Tuhan ku dan Tuhanmu ialah Allah".
Maka disiksa oleh raja seberat-beratnya siksa sehingga terpaksa ia memberitahu raja itu akan pemuda yang mendoakannya untuk sembuh itu.
Maka segera dipanggil pemuda itu lalu berkata "Hai anak sungguh hebat sihirmu sehingga dapat menyebuhkan orang buta dan sopak dan berbagai macam penyakit"
Jawab pemuda itu "Sesungguhnya aku tidak dapat menyembuhkan siapa pun, hanya semata-mata Allah azza wa jalla".
Raja itu pun bertanya "Adakah aku?",
"Tidak" jawab permuda itu. maka tanya raja itu
"Adakah engkau ada tuhan lain selain aku?"
Jawab pemuda "Ya, Tuhanku dan Tuhanmu hanya Allah".
Maka pemuda itu ditangkap dan disiksa seberat-beratnya sehingga terpaksa dia menunjukkan pada Rahib yang mengajarnya. Maka dipanggil Rahib dan dipaksa untuk meninggalkan agamanya, tetapi Rahib tetap bertahan dan tidak mahu beralih agama, maka diletakkan gergaji di atas kepalanya dan digergaji dari atas kepalanya hingga terbelah dua badannya.
Kemudian kembali pemuda itu diperintah untuk meninggalkan agama yang dianutnya (agama Islam), tetapi pemuda ini juga menolak perintah raja, Maka raja memerintahkan supaya pergi ke puncak gunung dan di sana juga supaya ditawarkan kepadanya untuk meninggalkan agamanya dan mengikuti agama raja, jika tetap menolak supaya dilempar dari atas gunung itu, maka ketika telah sampai di atas gunung dan ditawarkan kepadanya pemuda untuk berubah agama, dan ditolak oleh pemuda itu. Kemudian pemuda itu berdoa "Allahumma ikfinihim bimaa syi'ta: (Ya Allah selesaikanlah urusanku dengan mereka ini dengan aku sehendak-Mu)". Tiba-tiba gunung itu bergoncang sehingga mereka berjatuhan dari atas bukit dan mati semuanya, maka segeralah pemuda itu kembali menemui raja, dan ketika ditanya:
"Manakah orang-orang yang membawamu?".
Jawabnya: "Allah yang menyelesaikan urusan mereka".
Lalu pemuda itu diperintah untuk membawanya ke laut dan naik perahu, bila telah sampai di tengah laut ditanyakan padanya jika ia mau mengubah agama, jika tidak maka lemparkan ke dalam laut dan ketika telah sampai di tengah laut pemuda itu berdoa: "Allahumma ikfinihim bimaa syi'ta", maka tenggelamlah orang yang membawanya semuanya dan segeralah pemuda kembali menghadap raja.
Dan ketika ditanya oleh raja "Bagaimana keadaan orang-orang yang membawamu?"
Jawabnya: "Allah yang menyelesaikan mereka".
Kemudian pemuda itu berkata kepada raja "Engkau takkan dapat membunuhku kecuali jika engkau menurut perintahku maka dengan itu engkau akan dapat membunuhku"
Raja bertanya: "Apakah perintahmu?"
Jawab pemuda: "Kau kumpulkan semua orang di suatu lapangan, lalu engkau gantung aku di atas tiang, lalu anda ambil anak panah milikku ini dan kau letakkan di busur panah dan membaca: Bismillahi Rabbil ghulaarn (Dengan nama Allah Tuhan pemuda ini), kemudian anda lepaskan anak panah itu, maka dengan itu anda dapat membunuhku". Maka semua usul pemuda itu dilaksanakan oleh raja, dan ketika anak panah telah mengenai pelipis pemuda itu ia mengusap dengan tangannya dan langsung mati, maka semua orang yang hadir berkata: "Aamannaa birrabil ghulaam (Kami beriman kepada Tuhannya pemuda itu)". Sesudah itu ada orang memberitahu kepada raja bahwa semua rakyat telah beriman kepada Tuhannya pemuda itu, maka bagaimanakah usaha untuk menghadapi rakyat yang banyak ini. Maka raja memerintah supaya di setiap jalan digali parit dan dinyalakan api, dan tiap orang yang berjalan di sana, dan ditanya lentang agamanya, jika ia telap setia pada kami biarkan, tetapi jika ia tetap percaya kepada Allah masukkanlah ia ke dalam parit api itu.
Maka adanya orang berbaris-baris dorong mendorong yang masuk di dalam parit api itu, sehingga tiba seorang wanita yang mengendong bayinya yang masih menyusu, ketika bayinya diangkat oleh pengikut-pengikut raja untuk dimasukkan kedalam parit berapi itu, wanita itu hampir menurut mereka berganti agama karena sangat belas kasihan pada anaknya yang masih kecil itu, tiba-tiba anak bayi itu berbicara dengan suara lantang: "Sabarlah hai ibuku karena kau sedang mempertahankan yang hak.
(H.R. Ahmad, Muslim dan Annasa'i)
Berkata Ibnu Abbas kisah ini berlaku 70 tahun sebelum Nabi saw.
|
|
|
|
 |
|
|
Web Master

|
|
|
{+}
parliamentlive
{+}
tv4all
{+}
webtv.parti-pas
{+}
terengganukini {+} MISG
{+}
IPIJ
{+} NurIslam {+} THR {+} NurHidayah {+} IKIM {+} IslamChannel {+}
Umnotv
{+} RTM {+} Tv3 {+} Ntv7 {+}
SaudiRadio
{+}
RadioTarbiyah
|
|
Inspirasi |
INSAN ACUAN QUR'AN
"tak pernah membazirkan masa
matanya kepenatan kerana kuat membaca
suaranya lesu kerana kuat mengaji & berzikir
tidurnya lena dengan cahaya keimanan
bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan
sumbangan dan kewajipan hanya pada agama"
===================
To be able to defeat,
Shaytaan and his deceit,
Ask Allah for help and repeat,
Lailahailallah.
If we want to succeed,
We must purify our greed,
Obey him in every deed,
Lailahailallah.
To become completely freed,
From your envy and your greed,
In your hart plant the seed of,
Lailahailallah.
Every night and every day,
Every night and every day,
Never Forget to say Lailahailallah.
Never Forget to say Lailahailallah.
By : Khurram Malik
===================
Firman Allah:Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat:
"Sesungguhnya Aku hendak jadikan seorang khalifah di muka bumi. "
(Al-Baqarah: 30)
Maksudnya: Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya
mereka menyembah-Ku.
(Adz-Dzariat: 5)
Maka tibalah giliran bagi “UMAT ISLAM” melaksanakan tujuan Allah yang
telah melahirkan umat ini ke tengah-tengah masyarakat umat manusia:
Maksudnya: Kamu [umat Islam] adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk
manusia, iaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat
kejahatan dan kamu beriman kepada Allah.
(Aali Imraan: 110)
Dan firman Allah:
Maksudnya: Dan demikianlah kami jadikan kamu [umat Islam] umat yang adil
dan pilihan, agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul
[Muhammad] menjadi saksi atas perbuatan kamu ...
(Al-Baqarah: 143)
Firman Allah:
Maksudnya: “Dan Al-Quran itu telah Kami bahagi-bahagikan dia agar kamu
membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dengan lambat dan tenang dan
Kami menurunkannya dengan beransur-ansur.”
(Al-Isra': 106)
Beautified is the life of this world for those who disbelieve and they mock at
those who believe. But those who obeys Allah`s orders and keep away from what He
has forbidden , will be above them on the Day of Resurrection. And Allah gives
(of His Bounty Blessings Favours Honours on the Day of Resurrection) to whom He
wills without limit.
( Al-Baqarah : 212 )
(It will be said):"Seize him and fetter him .Then throw him in a
blazing fire. Then fasten him with a chain whereof the length is seventy cubits!
Verily he used not to believe in Allah ,the Most Great..
( Al-Haqqah : 30-33 )
O you who believe! Spend of that with which We have provided for
you , before a Day comes when there will be no bargaining ,nor friendship nor
intercession.And it is the disbelievers who are Zalimun (wrong doers).
( Al-Baqarah : 254 )
|
|
|
 |