 |
|

Monday, August 28, 2006
Henti bincang Artikel 121, Artikel 11 – Abdullah
Henti bincang Artikel 121, Artikel 11 – Abdullah
 Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu semua pihak di negara ini menghentikan semua perbincangan berkaitan Artikel 121 dan Artikel 11 dalam Perlembagaan Malaysia. Menurut Perdana Menteri, sekiranya perkara tersebut terus dibangkitkan, ia akan menimbulkan pelbagai masalah di negara ini dan tidak akan menguntungkan mana-mana pihak. ''Semua pihak perlu mengawal diri mereka daripada terus menimbulkan isu-isu sensitif berkaitan sesuatu kaum dan agama.''Nasihat saya pada semua pihak, hentikan daripada terus menimbulkan isu- isu sensitif. Jangan mewujudkan keadaan yang akan menyusahkan kita semua. Jika berlaku kesusahan maka semua orang tidak akan senang,'' katanya.Abdullah yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-53, di sini hari ini. Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting; Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Chan Kong Choy; bekas Presiden MCA Tun Ling Liong Sik dan pemimpin parti komponen BN yang lain. Perdana Menteri berkata, setiap peruntukan yang termaktub di bawah Perlembagaan Malaysia adalah hasil daripada rundingan pemimpin-pemimpin terdahulu. ''Jika kita semua mematuhi artikel- artikel yang sedia ada di bawah Perlembagaan Malaysia, saya percaya segala masalah tidak akan timbul di kalangan kita. Jika perkara sensitif terus dibincang atau ditimbulkan, ia akan meributkan keadaan sedia ada jika tidak ditangani segera.''Tak payahlah lagi Artikel 121 dan Artikel 11 itu dipinda. Ini semua hanya akan menimbulkan masalah antara satu sama lain,'' kata Abdullah. Abdullah berkata, ada pihak yang bertanya mengapa perkara-perkara itu tidak boleh dibincangkan. ''Agama merupakan satu isu cukup sensitif. Negara maju seperti Amerika Syarikat juga mempunyai isu-isu sensitif berkaitan agama dan kaum. Ini semua akan mengambil masa yang saya sendiri juga tidak tahu,'' ujar beliau. Dalam ucapannya itu juga, Abdullah berkata, semangat muafakat yang diamalkan oleh parti komponen telah menjadikan BN kekal kuat dan dipercayai rakyat. Perdana Menteri berkata, muafakat yang tercetus daripada semangat setiakawan itu menjadikan BN berterusan memerintah dan mampu memajukan rakyat negara ini. ''Ini adalah keajaiban pada BN, banyak parti yang menunjuk semangat muafakat pada parti menjadikan BN bertambah kuat,'' katanya. Abdullah turut teringat detik-detik MCA yang berdiri teguh bersama UMNO ketika UMNO dilanda masalah dan bagaimana ketika MCA dilanda krisis, Allahyarham Tun Ghafar Baba diberi mandat oleh UMNO untuk menolong menyelesaikan krisis itu. Sumber Dari http://www.myislamnetwork.net/portal/
Sunday, August 27, 2006
KISAH ASHABUL UKHDUD dari surah Al-Buruj.
KISAH ASHABUL UKHDUD dari surah Al-Buruj.
Kisah ini sangat penting untuk dijadikan rujukan dan ikutan kepada pemuda-pemudi Islam zaman ini kerana ia mengisahkan seorang pemuda yang berani kerana Allah s.w.t, hatta ditaruhkan nyawa sekalipun. Ilmu yang benar akan memimpin kita kepada Allah s.w.t, dan ini lah yang di ajarkan oleh pendeta (ahli Ibadat) sedangkan ilmu yang diajarkan oleh ahli sihir istana adalah bathil semata-mata. Tawaqqal dan berserahnya pemuda itu kepada Allah s.w.t menyebabkan bukan sahaja dia seorang, malah keseluruhan rakyat mendapat hidayah dan beriman kepada Allah s.w.t. . Kita dapat mengikuti kisah pemuda ini tertera dalam Surah Al-Buruj dan diterangkan dengan jelas oleh Nabi kita Muhammad s.a.w dalm hadith baginda seperti berikut ;
Shuhaib bin Simaan Arrmmi ra. mengatakan bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Di masa dahulu ada seorang raja (Yahudi) yang mempunyai seorang yang ahli sihir, kemudian ketika ahli sihir telah tua ia berkata kepada raja: "Kini aku telah tua dan mungkin telah dekat ajalku, karena itu anda kirim kepadaku seorang pemuda yang dapat aku ajarkan kepadanya ilmu sihir"
Maka raja berusaha mendapat seorang pemuda untuk mempelajari ilmu sihir itu, sedang di tengah jalan antara tempat ahli sihir dengan rumah pemuda itu ada tempat seorang pendeta (ahli ibadah) yang mengajar agama, maka pada suatu masa pemuda itu singgah di tempat pendeta untuk mendengarkan pengajiannya, maka ia tertarik dengan ajaran pendeta itu sehingga jika ia terlambat datang kepada ahli sihir dia akan dipukul, dan bila terlambat kembali ke rumahnya juga dia dipukul, maka ia mengadu tentang kejadian itu kepada pendeta.
Maka diajar oleh pendeta jika terlambat datang kepada ahli sihir supaya berkata aku ditahan oleh ibuku, dan bila terlambat kembali ke rumah katakan: Aku ditahan oleh ahli sihir.
Maka berjalan beberapa lama kemudian itu, tiba-tiba pada suatu hari ketika ia akan (hendak) pergi, mendadak (tiba-tiba) di tengah jalan ada seekor binatang buas sehingga orang-orang (ramai) tidak berani jalan di tempat itu, maka pemuda itu berkata: "Sekarang aku akan mengetahui yang mana lebih yang lebih baik di sisi Allah apakah ajaran pendeta atau ajaran ahli sihir", lalu ia mengambil sebutir batu dan berdoa "Ya Allah jika ajaran pendita itu lebih baik di sisimu maka bunuhlah binatang itu supaya orang-orang dapat lalu lalang di tempat ini".Lalu dilemparkanlah batu itu, dan langsung terbunuh binatang itu. Dan orang ramai gembira karena telah dapat lalu lintas di jalan itu.
Maka ia langsung memberitakan kejadian itu kepada Rahib (pendita), maka berkatalah Rahib itu kepadanya : "Anda kini telah afdhat (pesan) daripadaku, dan anda akan diuji, maka jika diuji jangan sampai menyebut namaku". Kemudian pemuda itu dapat menyembuhkan orang buta dan sopak dan berbagai macam penyakit yang berat-berat pada semua orang.
Ada seorang pembesar dalam majlis raja dan dia telah buta karena sakit mata, ketika ia mendengar berita bahwa ada seorang pemuda dapat menyembuhkan pelbagai macam penyakit maka ia segera pergi kepada pemuda itu sambil membawa hadiah yang banyak, sambil berkata: "sembuhkan aku, dan aku sanggup memberikan kepadamu apa saja yang anda suka".
Jawab pemuda itu: "Aku tidak dapat menyembuhkan seseorang pun sedang yang menyembuhkan hanya Allah azza wajalla, jika engkau mahu beriman (percaya) kepada Allah, maka aku akan berdoa semoga Allah menyembuhkan mu".
Maka langsung dia beriman kepada Allah dan didoakan oleh pemuda dan seketika itu juga ia sembuh dengan izin Allah s.w.t.
Kemudian ia kembali ke majlis raja sebagaimana biasanya, dan ditanya oleh raja "Hai Fulan siapakah yang menyembuhkan matamu"
Jawabnya "Rabbi (Tuhanku)".
Raja bertanya: "Aku?".
Jawabnya "Bukan, tetapi Tuhanku dan Tuhanmu iaitu Allah".
Ditanya oleh Raja "Apakah anda mempunyai Tuhan selain Aku?"
Jawabnya "Ya, Tuhan ku dan Tuhanmu ialah Allah".
Maka disiksa oleh raja seberat-beratnya siksa sehingga terpaksa ia memberitahu raja itu akan pemuda yang mendoakannya untuk sembuh itu.
Maka segera dipanggil pemuda itu lalu berkata "Hai anak sungguh hebat sihirmu sehingga dapat menyebuhkan orang buta dan sopak dan berbagai macam penyakit"
Jawab pemuda itu "Sesungguhnya aku tidak dapat menyembuhkan siapa pun, hanya semata-mata Allah azza wa jalla".
Raja itu pun bertanya "Adakah aku?",
"Tidak" jawab permuda itu. maka tanya raja itu
"Adakah engkau ada tuhan lain selain aku?"
Jawab pemuda "Ya, Tuhanku dan Tuhanmu hanya Allah".
Maka pemuda itu ditangkap dan disiksa seberat-beratnya sehingga terpaksa dia menunjukkan pada Rahib yang mengajarnya. Maka dipanggil Rahib dan dipaksa untuk meninggalkan agamanya, tetapi Rahib tetap bertahan dan tidak mahu beralih agama, maka diletakkan gergaji di atas kepalanya dan digergaji dari atas kepalanya hingga terbelah dua badannya.
Kemudian kembali pemuda itu diperintah untuk meninggalkan agama yang dianutnya (agama Islam), tetapi pemuda ini juga menolak perintah raja, Maka raja memerintahkan supaya pergi ke puncak gunung dan di sana juga supaya ditawarkan kepadanya untuk meninggalkan agamanya dan mengikuti agama raja, jika tetap menolak supaya dilempar dari atas gunung itu, maka ketika telah sampai di atas gunung dan ditawarkan kepadanya pemuda untuk berubah agama, dan ditolak oleh pemuda itu. Kemudian pemuda itu berdoa "Allahumma ikfinihim bimaa syi'ta: (Ya Allah selesaikanlah urusanku dengan mereka ini dengan aku sehendak-Mu)". Tiba-tiba gunung itu bergoncang sehingga mereka berjatuhan dari atas bukit dan mati semuanya, maka segeralah pemuda itu kembali menemui raja, dan ketika ditanya:
"Manakah orang-orang yang membawamu?".
Jawabnya: "Allah yang menyelesaikan urusan mereka".
Lalu pemuda itu diperintah untuk membawanya ke laut dan naik perahu, bila telah sampai di tengah laut ditanyakan padanya jika ia mau mengubah agama, jika tidak maka lemparkan ke dalam laut dan ketika telah sampai di tengah laut pemuda itu berdoa: "Allahumma ikfinihim bimaa syi'ta", maka tenggelamlah orang yang membawanya semuanya dan segeralah pemuda kembali menghadap raja.
Dan ketika ditanya oleh raja "Bagaimana keadaan orang-orang yang membawamu?"
Jawabnya: "Allah yang menyelesaikan mereka".
Kemudian pemuda itu berkata kepada raja "Engkau takkan dapat membunuhku kecuali jika engkau menurut perintahku maka dengan itu engkau akan dapat membunuhku"
Raja bertanya: "Apakah perintahmu?"
Jawab pemuda: "Kau kumpulkan semua orang di suatu lapangan, lalu engkau gantung aku di atas tiang, lalu anda ambil anak panah milikku ini dan kau letakkan di busur panah dan membaca: Bismillahi Rabbil ghulaarn (Dengan nama Allah Tuhan pemuda ini), kemudian anda lepaskan anak panah itu, maka dengan itu anda dapat membunuhku". Maka semua usul pemuda itu dilaksanakan oleh raja, dan ketika anak panah telah mengenai pelipis pemuda itu ia mengusap dengan tangannya dan langsung mati, maka semua orang yang hadir berkata: "Aamannaa birrabil ghulaam (Kami beriman kepada Tuhannya pemuda itu)". Sesudah itu ada orang memberitahu kepada raja bahwa semua rakyat telah beriman kepada Tuhannya pemuda itu, maka bagaimanakah usaha untuk menghadapi rakyat yang banyak ini. Maka raja memerintah supaya di setiap jalan digali parit dan dinyalakan api, dan tiap orang yang berjalan di sana, dan ditanya lentang agamanya, jika ia telap setia pada kami biarkan, tetapi jika ia tetap percaya kepada Allah masukkanlah ia ke dalam parit api itu.
Maka adanya orang berbaris-baris dorong mendorong yang masuk di dalam parit api itu, sehingga tiba seorang wanita yang mengendong bayinya yang masih menyusu, ketika bayinya diangkat oleh pengikut-pengikut raja untuk dimasukkan kedalam parit berapi itu, wanita itu hampir menurut mereka berganti agama karena sangat belas kasihan pada anaknya yang masih kecil itu, tiba-tiba anak bayi itu berbicara dengan suara lantang: "Sabarlah hai ibuku karena kau sedang mempertahankan yang hak.
(H.R. Ahmad, Muslim dan Annasa'i)
Berkata Ibnu Abbas kisah ini berlaku 70 tahun sebelum Nabi saw.
Saturday, August 26, 2006
Diskriminasi terhadap pakaian menutup aurat
Diskriminasi terhadap pakaian menutup aurat
Sebelum ini saya pernah memaparkan di BLOG ini berkenaan masalah yang melibatkan seorang kakitangan kanan di sebuah hotel 5 bintang di KL yang dikatakan dipecat kerana menggunakan pakaian menutup aurat sejurus kembali dari Tanah Suci. Kita menyangkakan perkara ini telah reda dan selesai. Sepatutnya tidak ada lagi diskriminasi pakaian dalam negara ini, tambahan kita sekarang sudah 49 tahun Merdeka, sepatutnya semua kaum dan bangsa serta industri telah faham dan akur akan adat, budaya dan kepercayaan rakyat Malaysia.

Percayakah anda bahawa seorang wanita Islam masih lagi didiskriminasi semata-mata kerana memilih untuk berpakaian menutup aurat, mengenakan pakaian tudung mini telekong biasa (mematuhi peraturan agamanya yang me WAJIB kan pakaian sedemikian bagi setiap wanita yang telah baligh)? Jika berlaku di Singapura atau Thailand mungkin kita terpaksa akur kerana Islam bukannya agama resmi negara-negara jiran kita itu dan Islam juga bukanlah agama majoriti penduduknya, tetapi di Malaysia?
Sedih rupa-rupanya walaupun tegang urat-urat leher kita memekik dan melaung MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA tetapi rupa-rupanya kita masih belum bebas merdeka mengamalkan suruhan agama kita.
Hari ini dalam akhbar BERITA HARIAN seorang pembaca melahirkan masalah ini kerana memberi respon kepada penulis dalam keluaran sebelumnya yang mendedahkan larangan pemakaian tudung (menutup aurat) dikalangan kakitangan sektor perhotelan di Johor.
Penulis dalam keluarah hari ini menulis:
Permohonan saya (untuk mendapatkan kerja di hotel tersebut di Langkawi) ditolak ketika temuduga atas alasan hotel TIDAK MENGGALAKKAN pemakaian tudung untuk pekerja di kaunter atau front office.
Penulis tersebut turut mendakwa bahawa diskriminasi seumpama ini bukan hanya melibatkan hotel milik asing malah juga hotel milik Bumiputera di Langkawi!
Bayangkan rupanya ada persepsi bahawa pakaian menutup aurat ini lekeh dan tidak sesuai dalam industrinya. Jika ini bukan diskriminasi dan menghina Islam, apakah sebenarnya maksud tindakan tersebut?
Saya tertarik apabila penulis mengakhiri surat beliau dengan menulis:
Semoga kita berpayung di bawah Islam Hadhari yang mementingkan kualiti kerja tanap mengenepikan KEWAJIPAN penganut Islam yang taat.
Sesungguhnya isu berpakian menutup aurat ini tidak diberikan penekanan serius walaupun ianya merupakan hukum Allah yang jelas, berpunca dari sikap kalangan pimpinan kita sendiri. Insyallah kalau kita dipimpin oleh mereka yang cemburu dan cintakan Islam, pasti perkara seumpama ini tidak tercetus sehingga mengeliru dan membingungkan rakyat jelata.
Selamat Hari Wanita 2006 kepada semua wanita di Malaysia yang saya hormati.
RoslanSms
Thursday, August 24, 2006
Tun Dr M bertarung untuk dapatkan hak bersuara
Tun Dr M bertarung untuk dapatkan hak bersuara
Ketika beliau PM dahulu kalangan ahli-ahli dan pimpinan Umno menjulang dan menjunjungnya. Apabila beliau berucap atau menyampaikan amanat semua memasang telinga, tekun mendengar. Apabila beliau ketawa, mereka ketawa, apabila beliau menangis mereka turut menangis.
Demikianlah Tun Dr Mahathir dihari-hari beliau berkuasa dahulu.

Kini tidak lagi. Beliau dilihat sebagai ancaman kepada pimpinan dan parti. Maka dimana sahaja beliau pergi, beliau akan diekori. Ke mana sahaja beliau mahu berucap atau berumpa dengan ahli-ahli Umno dan rakyat, maka usaha dilakukan untuk mengagalkannya.
Dalam sekelip mata sahaja manusia yang disanjung tinggi boleh bertukar menjadi insan yang paling dibenci, demikianlah nasib bekas Presdien Umno itu.
Kini beliau mengadu yang beliau tidak diberikan peluang untuk bertemu apalagi menyampaikan pandagan dan pendapatnya kepada ahli-ahli Umno dan rakyat jelata. Tetapi Tun bukan jenis manusia yang mudah berputus asa walaupun dalam usia selanjut 81 tahun.
Dimana sahaja ada ruang dan peluang, beliau akan mengambil kesempatan.
Semalam ketika berucap dalam satu malis anjuran Dewan Perniagaan Melayu Kedah di sebuah hotel di Alor Setar Tun menyatakan bahawa beliau akan bertanding untuk menjadi perwakilan mewakili Umno Bahagian Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung Umno kelak.
Menurut perlembagaan Umno setiap bahagian akan menghantar 13 orang perwakilan iaitu 6 dikalangan pimpinan terkanan bahagian manakala 7 dikanlangan ahli biasa yang dipilih dalam mesyuarat agung bahagian masing-masing.
Demikianlah gigihnya Tun berusaha untuk mendapatkan lesen untuk berucap di hadapan perwakilan Umno di PWTC nanti. Itu pun sebenarnya belum tentu lagi, kerana walaupun beliau mungkin berjaya dipilih sebagai perwakilan oleh Kubang Pasu namun tidak bererti beliau akan diberi peluang berucap mewakili bahagian dimana sahaja ada kesempatan. Ini kerana biasanya bahagian berkenaan akan berbincang memutuskan siapa diantara mereka yang akan bangun berucap.
Saya pasti Ketua Bahagian Kubang Pasu yang juga seorang Timbalan Menteri dalam kabinet Dollah (walaupun pernah menadi SETPOL Tun semasa Tun PM dahulu) tidak akan mudah menggadaikan kedudukan dan masa depan politik beliau dengan memberikan kebenaran kepada Tun berucap sebagai perwakilan Kubang Pasu.
Apa pun saya yakin kiranya Tun berjaya menadi perwakilan sudah pasti akan gegar PWTC walaupun beliau mungkin nanti disekat dari berucap.
Sekurang-kurangnya para pemberita dan wakil akhbar terutama dari luar negara akan mengerumuni beliau kerana beliau adalah seorang FIGURE yang dikenali dunia setelah menawat awatan PM selama 22 tahun.
Mungkinkah pimpinan Umno yang cemas dengan perkembangan ini akan mengambil tindakan yang lebih drastik dalam menyekat dan menghalang Tun? Itu pun kita sudah terima maklumat bahawa sedang dijalankan inisiatif senyap-senyap untuk memastikan perwakilan di Mesyuarat Agung Kubang Pasu nanti menolak pencalonan Tun sebagai salah seorang perwakilan mereka.
Demikianlah susahnya hidup Tun di dalam Umno yang pernah beliau terajui satu hari dahulu. Apakah agaknya yang mahu diperkatakan oleh Tun itu sehingga pimpinan Umno merasa cemas dan mahu menggagalkan usaha beliau itu?
Marilah kita ikuti perkembangan selanjutnya kisah bangsawan yang sungguh menarik, kekadang melucu dan menghiburkan ini.
Sumber dari http://n32.blogspot.com/
Ketua Hakim Negara jamin Perlembagaan Persekutuan dipatuhi
Sumber : Berita Harian
Oleh Mohd Feroz Abu Bakar
Ketua Hakim Negara jamin Perlembagaan Persekutuan dipatuhi
PUTRAJAYA: Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menetapkan Mahkamah Sivil tidak boleh mencampuri urusan Mahkamah Syariah, kata Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.
Beliau menegaskan, peruntukan dalam Perlembagaan sudah membahagikan bidang kuasa undang-undang sivil dan syariah dengan Mahkamah Sivil tidak boleh mencampuri urusan Mahkamah Syariah.
Sehubungan itu, katanya, semua pihak terutama umat Islam tidak perlu bimbang atau beranggapan hakim Mahkamah Sivil cuba mencampuri bidang kuasa Mahkamah Syariah apabila membicarakan kes berkaitan orang Islam.
"Jika Perlembagaan Persekutuan mengatakan hal itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil, kita akan kendali tetapi jika dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah, kita tidak akan kendalikan kes itu.
"Hakim sivil dalam penghakiman mereka hanya mentafsir undang-undang berasaskan bidang kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan. Jadi, Mahkamah Sivil hanya mengendalikan hal berkaitan Islam berdasarkan peruntukan undang-undang," katanya.
Beliau memberitahu pemberita demikian selepas menghadiri Persidangan Tahunan Majlis Hakim Malaysia di sini semalam. Lebih 80 hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan menghadiri persidangan tiga hari itu.
Turut hadir, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Richard Malanjum; Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Hamid Mohamed; Imam Masjid Al-Farah, New York, Feisal Abdul Rauf dan Ketua Hakim New South Wales, Australia, JJ Spi gelman.
Ahmad Fairuz menjelaskan, hakim sivil hanya mentafsir Perlembagaan Persekutuan berdasarkan kuasa yang diberikan kepadanya mengikut undang-undang ketika membuat penghakiman bagi kes berkaitan orang Islam.
Individu atau peguam pula membawa kes berkaitan orang Islam ke Mahkamah Sivil bagi mendapat pandangan hakim sivil mengenai kes mereka berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Saya tidak faham mengapa orang ramai harus keliru. Mereka tidak perlu bimbang (kononnya) kami (institusi mahkamah sivil) cuba merampas peranan Mahkamah Syariah.
"Kami hanya mentafsir Perlembagaan berdasarkan apa yang sepatutnya ditafsir dengan hujah yang diberikan kepada kami dan tiada sebab untuk orang ramai bimbang mengenainya" katanya
Ahmad Fairuz juga menegaskan, pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan tidak harus dipertikai kerana ia dibuat mengikut prosedur dan proses yang sama sejak merdeka hingga sekarang.
Katanya, jika beberapa Ketua Hakim Negara sebelum ini yang bermula sebagai hakim mahkamah terbabit dianggap sebagai individu berintegriti dan jujur, tiada sebab pelantikan hakim sekarang harus dipersoalkan.
"Ada peguam menuduh hakim ini tidak jujur dan tiada integriti. Tunjukkan kami bukti dan kita akan bertindak," katanya.
Beliau menamakan Ketua Hakim Negara kedua, Tun Syed Sheh Syed Hassan Barakbah Al-Haj; Ketua Hakim Negara keempat, Tun Mohamed Suffian Mohamed Hashim dan Ketua Hakim Negara kelima, Sultan Azlan Shah sebagai antara contoh hakim yang berintegriti dan jujur.
Beliau berkata, hakim sekarang dilantik berasaskan kaedah yang diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan, dilantik pihak berkuasa yang sama dan mengikut prosedur yang sama sejak 1957.
Katanya, jika bekas Ketua Hakim Negara itu dianggap individu berintegriti dan jujur, tiada alasan hakim sekarang, yang dilantik oleh pihak berkuasa yang sama, menggunakan prosedur serupa, dianggap tidak berintegriti.
Ahmad Fairuz berkata, semua pihak berkepentingan termasuk Majlis Peguam diberi peluang untuk memberi pandangan dan ahlinya ditawarkan jawatan sebagai hakim.
Katanya, jika Pengerusi Majlis Peguam tidak diminta memberi pandangan mengenai pelantikan hakim, tidak bermakna ahli Majlis Peguam tidak berpeluang memberi pendapatnya sebelum pelantikan hakim.
"Beberapa peguam kanan yang biasa membentangkan kes di mahkamah dan tahu perjalanan mahkamah biasanya memberi pandangan dalam rundingan tidak rasmi sebelum pelantikan hakim baru.
"Jangan mempersalahkan prosedur pelantikan atau kenaikan pangkat hakim," katanya yang tidak menolak kemungkinan lebih ramai ahli Majlis Peguam dilantik sebagai hakim pada masa depan.
Wednesday, August 23, 2006
Empat negeri setuju -- Gubal perundangan sekat penyebaran agama lain di kalangan umat Islam
Sumber : Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 22 Ogos – Empat negeri iaitu Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak bersetuju untuk melaksanakan undang-undang bagi mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama lain di kalangan orang Islam.
Kesemua negeri itu sedang berusaha untuk mempercepatkan pewartaan undang-undang itu. Pulau Pinang akan membentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) November ini, Sarawak pula akan membincangkan mengenai perkara itu di Kabinet negeri secepat mungkin.
Sabah pula akan merujuk kepada Peguam Negeri untuk digubal undang-undang itu. Sementara Wilayah Persekutuan pula, yang merangkumi Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya sedang menggubal draf undang- undang itu.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata, beliau akan merujuk kepada pejabat Peguam Negara bagi menggubal undang-undang tersebut. ‘‘Kita akui di Sabah masih belum wujud undang-undang itu bagaimanapun ia perlu dirujuk kepada Peguam Negara,’’ katanya di Kota Kinabalu hari ini. Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam yang mengarahkan empat kerajaan negeri mengambil tindakan yang sesuai untuk menggubal undang-undang berkenaan. Abdullah berkata, empat negeri yang masih belum mempunyai undang-undang seperti di bawah Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan itu ialah Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya), Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
Bagi Sarawak, undang-undang tersebut akan dibentangkan ke Kabinet negeri secepat mungkin. Ketua Menterinya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, setakat ini Sarawak memang tidak mempunyai undang-undang sedemikian kerana tidak banyak kontroversi berkaitan agama berlaku di negeri itu. “Perkara ini (menggubal undang-undang) akan dibawa ke Kabinet negeri untuk dibincangkan dan akan dilaksanakan secepat mungkin,’’ katanya. Sementara itu, mengulas perkara yang sama, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Sarawak, Datuk Daud Abdul Rahman berkata, penggubalan undang-undang tersebut akan dirujuk terlebih dahulu kepada Peguam Negeri sebelum ia dibentangkan di Kabinet negeri.
‘‘Peguam Negeri akan meneliti prosedur pelaksanaan undang-undang itu yang diamalkan di negeri lain sebagai panduan untuk dipraktikkan di negeri ini,’’ katanya.
Bagaimanapun, tambahnya, arahan Perdana Menteri semalam akan diambil tindakan segera kerana bimbang kemungkinan berlaku pertelingkahan atau kontroversi agama pada masa akan datang.‘‘Sudah sampai masanya undang-undang sedemikian diperlukan sebagai persediaan awal berlaku kontroversi berkaitan agama di negeri ini,’’ katanya. Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Shabudin Yahaya menjelaskan, draf undang-undang itu bagi mengawal atau menyekat pengembangan agama lain di kalangan orang Islam bagi negeri itu sedang dalam proses akhir disiapkan.
Ia dijangka dibentangkan untuk diluluskan pada persidangan DUN, November ini. Katanya, draf itu akan diperakukan dalam mesyuarat MAIPP September ini terlebih dahulu sebelum dibentangkan pada persidangan tersebut. ‘‘Kerajaan negeri sebelum ini telah memberi jaminan bahawa tiada halangan dalam menggubal atau mewujudkan peruntukan itu seperti yang termaktub di bawah Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996,’’ katanya. Shabudin memberitahu, dalam usaha menyiapkan draf berkenaan, pihaknya akan merujuk kepada undang-undang yang diguna pakai di negeri lain untuk keselarasan.
‘‘Draf ini apabila diluluskan akan menyelaraskan undang-undang Pulau Pinang dengan negeri lain bagi memastikan orang Islam tidak dihasut atau dipengaruhi untuk cenderung kepada agama lain, menjadi pengikut, ahli agama bukan Islam atau meninggalkan dan membelakangkan agama Islam,’’ tegasnya.
Dalam pada itu, Ketua Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon telah mengarahkan Penasihat Undang-Undang Negeri supaya mempercepatkan kajian dan penelitian undang-undang itu sebagaimana yang diarahkan oleh Perdana Menteri semalam.
Katanya, Pulau Pinang akan mengadakan perbincangan dengan keempat-empat negeri terbabit bagi menggubal undang-undang yang sama supaya tidak menimbulkan sebarang keraguan dan masalah pada masa hadapan.
‘‘Perkara tersebut sudah ada dalam Perlembagaan Persekutuan dan ia diberi perlindungan dan perlembagaan mengatasi semua perkara. ‘‘Kerajaan negeri juga akan mengambil inisiatif untuk memberi penjelasan kepada semua penduduk agar ia tidak menimbulkan sebarang keraguan di masa hadapan,’’ katanya.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, beliau akan merujuk kepada Peguam Negara esok mengenai kedudukan draf undang-undang itu untuk Wilayah Persekutuan.
Sambil menyokong arahan Perdana Menteri itu, beliau berkata, kerajaan negeri kemungkinan boleh dianggap melanggar undang-undang Malaysia sekiranya tidak mengambil inisiatif untuk berbuat demikian seperti yang diperuntukkan di bawah Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.
‘‘Kita perlu ingat di dalam Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa seseorang itu tidak boleh mengembang agama lain di kalangan orang Melayu atau Islam.
‘‘Saya berharap semua kerajaan negeri akan memberi perhatian terhadap perkara ini demi melindungi orang Melayu atau Islam daripada dipengaruhi oleh agama atau kepercayaan lain,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini. Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata, perkara itu perlu disegerakan kerana ia melibatkan sensitiviti orang Islam di negara ini. |
|
|
|
|
 |
|
|
Web Master

|
|
|
{+}
parliamentlive
{+}
tv4all
{+}
webtv.parti-pas
{+}
terengganukini {+} MISG
{+}
IPIJ
{+} NurIslam {+} THR {+} NurHidayah {+} IKIM {+} IslamChannel {+}
Umnotv
{+} RTM {+} Tv3 {+} Ntv7 {+}
SaudiRadio
{+}
RadioTarbiyah
|
|
Inspirasi |
INSAN ACUAN QUR'AN
"tak pernah membazirkan masa
matanya kepenatan kerana kuat membaca
suaranya lesu kerana kuat mengaji & berzikir
tidurnya lena dengan cahaya keimanan
bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan
sumbangan dan kewajipan hanya pada agama"
===================
To be able to defeat,
Shaytaan and his deceit,
Ask Allah for help and repeat,
Lailahailallah.
If we want to succeed,
We must purify our greed,
Obey him in every deed,
Lailahailallah.
To become completely freed,
From your envy and your greed,
In your hart plant the seed of,
Lailahailallah.
Every night and every day,
Every night and every day,
Never Forget to say Lailahailallah.
Never Forget to say Lailahailallah.
By : Khurram Malik
===================
Firman Allah:Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat:
"Sesungguhnya Aku hendak jadikan seorang khalifah di muka bumi. "
(Al-Baqarah: 30)
Maksudnya: Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya
mereka menyembah-Ku.
(Adz-Dzariat: 5)
Maka tibalah giliran bagi “UMAT ISLAM” melaksanakan tujuan Allah yang
telah melahirkan umat ini ke tengah-tengah masyarakat umat manusia:
Maksudnya: Kamu [umat Islam] adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk
manusia, iaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat
kejahatan dan kamu beriman kepada Allah.
(Aali Imraan: 110)
Dan firman Allah:
Maksudnya: Dan demikianlah kami jadikan kamu [umat Islam] umat yang adil
dan pilihan, agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul
[Muhammad] menjadi saksi atas perbuatan kamu ...
(Al-Baqarah: 143)
Firman Allah:
Maksudnya: “Dan Al-Quran itu telah Kami bahagi-bahagikan dia agar kamu
membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dengan lambat dan tenang dan
Kami menurunkannya dengan beransur-ansur.”
(Al-Isra': 106)
Beautified is the life of this world for those who disbelieve and they mock at
those who believe. But those who obeys Allah`s orders and keep away from what He
has forbidden , will be above them on the Day of Resurrection. And Allah gives
(of His Bounty Blessings Favours Honours on the Day of Resurrection) to whom He
wills without limit.
( Al-Baqarah : 212 )
(It will be said):"Seize him and fetter him .Then throw him in a
blazing fire. Then fasten him with a chain whereof the length is seventy cubits!
Verily he used not to believe in Allah ,the Most Great..
( Al-Haqqah : 30-33 )
O you who believe! Spend of that with which We have provided for
you , before a Day comes when there will be no bargaining ,nor friendship nor
intercession.And it is the disbelievers who are Zalimun (wrong doers).
( Al-Baqarah : 254 )
|
|
|
 |