Entry: KEMAHIRAN BEKERJA SECARA EFEKTIF Friday, March 02, 2007



Kemahiran Bekerja Secara Efektif

Bekerja secara efektif adalah jaminan seseorang itu kekal dalam sesebuah organisasi. Efektif secara mudah bermaksud, input yang digunakan dapat memberikan pulangan yang terbaik atau maksimum. Ia berkait rapat dengan konsep produktiviti. Jika seseorang itu dibekalkan dengan sumber-sumber yang banyak, tetapi hasil pulangannya sangat mengecewakan, ia dikatakan tidak efektif. Kesannya, produktiviti kerja akan menurun sekaligus menurunkan keuntungan organisasi.  

Organisasi pula, dalam keadaaan sumber yang amat terhad pasti akan memberikan keutamaan kepada pekerja yang mampu memberikan keuntungan kepadanya. Ini kerana organisasi bukannya sebuah organisasi yang berorintasikan kebajikan. Keuntungan mesti dicapai untuk menampung segala kos perniagaan samada yang bersifat tetap atau berubah. Jika tidak mencapai keuntungan yang disasarkan, bukan sahaja golongan pekerja terjejas malah organisasi mungkin terpaksa gulung tikar dan berkubur begitu sahaja.

Dalam zaman yang penuh dengan persaingan ini, aspek kecekapan bekerja amat dititikberatkan oleh sesebuah organisasi. Tahap kecekapan seseorang pekerja mesti diukur supaya mereka boleh diberikan ganjaran sejajar dengan pencapaian tahap kecekapan yang dimiliki.

Walaubagaimanapun bagi menjadi cekap bukanlah suatu yang mudah. Ia memerlukan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang banyak. Seseorang yang cekap pada hari ini mungkin sudah tidak cekap lagi pada esok hari kerana kecekapan itu sentiasa berubah mengikut keadaan persekitaran dalaman dan luaran organisasi. Bahkan kecekapan juga bukanlah suatu ukuran berbentuk kuantiti semata-mata. Ia juga menggambarkan kualiti sesuatu kerja yang dihasilkan.

Bagi menjadi cekap, kita biasanya melakukan sesuatu kerja itu secara berulang-ulang sehinggalah suatu ketika kita mampu melakukannya dengan memejam mata sahaja. Namun jika itu sudah dicapai oleh seseorang pekerja, ia bukanlah satu tahap kecekapan yang terbaik. Tahapnya akan dipertingkatkan lagi. Sesungguhnya kecekapan bukanlah suatu yang mati dan jumud. Ia bergerak dan berubah-ubah mengikut keadaan.

Di sudut yang lain pula, seseorang yang pada asalnya dianggap tidak cekap di suatu tempat tetapi apabila ia berpindah ke sebuah organisasi yang lain, ia mungkin akan dianggap sudah mencapai suatu tahap kecekapan yang munasabah. Sudah dinyatakan sebelum ini bahawa kecekapan boleh dicapai dengan pembelajaran berterusan dan ketabahan melakukan sesuatu secara berulang-ulang. Dalam muka surat 61 hingga 74 buku Aku Mahu Naik Pangkat (http://www.pts.com.my/modules.php?name=Katalog_Buku_v2&op=ViewBookDetails&bid=470) disenaraikan beberapa kemahiran asas yang boleh dianggap sebagai kecekapan umum yang perlu dimiliki oleh pekerja pada alaf ini.

Dipetik daripada: Bab 2, Aku Mahu Naik Pangkat oleh Khairur Rizal Ramli

   6 comments

malaysia web design
June 25, 2009   01:00 PM PDT
 
kalau update lagi cantik
malaysia web design
June 22, 2009   05:03 PM PDT
 
info kreatif
fire alarm syetem
May 20, 2009   05:37 PM PDT
 
MEMBERIKAN SEMANGAT
malaysia visa
March 27, 2009   05:54 PM PDT
 
aku pun suka info ni
exhibits fabrication
March 26, 2009   05:11 PM PDT
 
lepas ni aku kerja lebih Efektif
web design
March 25, 2009   07:27 PM PDT
 
bagus juga info ni

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments